You are on page 1of 7

1.

0 MENGANALISIS MASALAH
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Pengurusan pendaftaran unit beruniform Kor Kadet Polis yang diketuai oleh Pn.Rohani di
Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana pada ketika ini tidak didaftar dan direkod dengan
cekap sehingga menyukarkan pihak sekolah untuk mencapai semua maklumat yang dikehendaki
dalam tempoh masa yang singkat.
Sebelum ini, sistem pendaftaran dilakukan secara manual iaitu maklumat pelajar seperti
nama,nombor kad pengenalan, kelas dan tingkatan yang dicatat pada buku pendaftaran.
Ini menyukarkan untuk mengesan data yang bertindan yang kemungkinan berlaku keciciran
maklumat.
Sistem pangkalan data dapat mengatasi masalah carian maklumat dengan lebih pantas.

1.2 OBJEKTIF
Objektif sistem yang akan dibina adalah untuk :
1. Pendaftaran ahli Kor Kadet Polis boleh dibuat secara atas talian seperti mendaftarkan
nama, nombor kad pengenalan, bangsa, kelas, jantina dan ras.
2. Perekodan Ahli Kor Kadet Polis dapat dilakukan dengan cekap berbanding kaedah manual
yang hanya menggunakan dokumen.
3. Pentadbir sistem atau guru penasihat Ahli Kor Kadet Polis dan setiausaha unit beruniform
boleh membuat semakan terhadap maklumat pelajar dengan lebih tepat dan cepat mengikut
kriteria seperti ras, jantina dan kelas.

1.3 SKOP PROJEK


Skop projek yang dibuat pada pendaftaran pelajar unit beruniform Kadet Polis Sekolah
Menengah Kebangsaan Laksamana sahaja. Setiap pelajar terdiri daripada nombor kad
pengenalan pelajar, kelas, tingkatan dan maklumat yang berkaitan mengikut kelas
masing-masing. Carian maklumat pula hanya dihadkan kepada data ahli kelab yang telah
dimasukkan contohnya data mengikut ras. Sistem ini juga boleh merekod, mengemaskini dan
juga menghapuskan data yang telah dimasukkan.
1.4 KUMPULAN SASARAN
Sistem ini akan digunakan oleh pelajar yang mendaftar sebagai Ahli Kor Kadet Polis sebagai
pengguna akhir manakala guru penasihat Kor Kadet Polis iaitu Pn.Rohani dan setiausaha Kor
Kadet Polis adalah sebagai pentadbir sistem.

1.5 MENILAI SISTEM SEDIA ADA


Fungsi pendaftaran ahli yang sistem sedia ada adalah untuk mendaftar ahli Kor Kadet Polis
dibuat secara manual dan bertulis. Antara kelebihan dan kekurangan sistem sedia ada ialah

Kelebihan Kekurangan

- Kos yang digunakan adalah rendah - Dokumen yang digunakan akan mudah
- Data direkod akan kekal hilang
- Sukar untuk mendapatkan data yang
dikehendaki

Berdasarkan kelemahan sistem lama tersebut, maka perlu diwujudkan sistem baru yang dimana
sistem baru ini akan mudah untuk dilakukan sandaran data dan juga mudah untuk menganalisis
laporan yang diperlukan.
Nama sistem baru yang akan diwujudkan ialah SISTEM PENDAFTARAN AHLI KOR KADET
POLIS SMK LAKSAMANA

1.6 TEMPOH PROJEK


Rujuk lampiran Carta Gantt
1. Bulan Ogos - Oktober (Tingkatan 4)
2. Bulan Januari - Jun (Tingkatan 5)
2.0 MEREKA BENTUK PENYELESAIAN
2.1 ALGORITMA
CARTA ALIR DAFTAR PENGGUNA BARU
CARTA ALIR KESELURUHAN SISTEM
CARTA ALIR LAPORAN MENGIKUT TINGKATAN/ JANTINA/ RAS -
PENGGUNA
2.2 GAMBAR RAJAH PERHUBUNGAN ENTITI ( ERD )
2.3 PENORMALAN

You might also like