You are on page 1of 1

1.

0 Tajuk

Guli Roket

2.0 Pendahuluan

Permainan guli roket merupakan permainan guli yang popular di pekan Kabong
diawal 80-an. Permainan ini mendapat sambutan daripada kanak-kanak kerana
mereka mampu mengumpul jumlah guli yang banyak dalam satu-satu masa.
Permainan ini juga memerlukan kemahiran melontar guli dengan baik dan
memerlukan perhatian yang tinggi semasa melontar guli.

3.0 Objektif

Tujuan permainan guli ini diadakan adalah untuk menguji sejauhmana kemampuan
pelajar dalam melontar guli ke sasaran. Selain daripada itu, permainan ini mampu
membina kemahiran psikomotor pelajar terutamanya otot yang terlibat di dalam
pergerakkan tangan seperti otot biseps dan triseps. Semangat berpasukan dan
kerjasama yang jitu juga turut diuji dalam mengatur strategi permainan terutamanya
mengatur pergerakkan dan kaedah terbaik untuk melontar dan sebagainya.
Selain daripada itu, permainan ini dapat mengetengahkan budaya dalam permainan
tradisional agar ia tidak luput ditelan dek zaman. Tambahan lagi, permainan ini turut
membolehkan unsur penggabungjalinan, bagaimana seorang guru menerapkan 2
subjek yang berbeza dalam satu masa sebagai contoh di sini matapelajaran
matematik dan PJ.

4.0 Penganjur

 Sepawi bin Hj Lukoi (k)


 Mohd Norazlizam bin Azman
 Mohd Hafriz bin Kamil
 Mohd Firdhauz bin Senan
 Ahmad Azmi bin Hj Sebli

(PISMP 1109 Pengajian Sosial)

You might also like