You are on page 1of 7

Install dalam hardisk yang sama, partition berbeza

Ada berapa partition dalam hard disk yang anda gunakan sekarang? Lebih daripada satu?

Jika hard disk anda mempunyai lebih daripada satu partition anda boleh menggunakan cara ini.

Windows yang asal selalunya berada di bahagian Local Disk (C:) dalam hard disk anda. Jadi
untuk windows yang baru anda akan install pada bahagian selain C: iaitu pada bahagian D: atau
bahagian lain selain daripada C:.

Pastikan partition yang anda akan gunakan tersebut lebih daripada keperluan minima untuk
install windows iaitu 16GB untuk window versi 32 bit dan 20GB untuk window versi 64 bit.

Jika partition yang akan digunakan mengandungi apa-apa fail, buat back-up atau pindahkan
dahulu kerana partition tersebut akan diformat/dikosongkan semasa install nanti.

Install dalam hard disk baru

Ini merupakan pilihan terbaik. Jika anda mempunyai hard disk lebih, pasang hard disk tersebut
dan gunakan sebagai tempat untuk windows baru anda.

3. Sediakan installer windows


Installer untuk windows boleh disediakan dalam 2 bentuk iaitu dalam bentuk:

1. Cakera (Disk) CD/DVD atau;


2. USB Flash Drive (thumb drive/pen drive dan sbg)

Jika anda menggunakan cakera (disk), tidak ada yang perlu dibincangkan. Anda boleh pergi ke
langkah yang berikutnya.

Jika komputer anda tidak mempunyai pemain cakera ataupun anda mahu menggunakan USB
Flash Drive untuk install window anda boleh menggunakan cara berikut untuk menyediakan
installer windows.

Cara menyediakan installer window dalam USB Flash Drive


Pastikan USB Flash Drive anda mempunyai kapasiti lebih daripada 4GB.

Pastikan anda mempunyai fail installer windows dalam komputer anda, selalunya dalam bentuk
fail ISO atau disk image.

Cara penyedian installer windows dalam USB Flash Drive:

1. Muat turun perisian berikut: Rufus (Pilih versi portable yang terbaru).
2. Pasang USB Flash Drive anda pada komputer. Jika mengandungi data pindahkan dahulu.
3. Buka perisian Rufus tersebut dan tetapkan setting.
4. Setelah selesai setting klik start dan tunggu hingga proses siap.

4. Install Windows
Jika anda mempunyai pengalaman atau pernah memasang atau format komputer sebelum ini
anda pasti tahu bagaimana cara untuk install Windows baru.

Masukkan cakera (disk) tersebut dalam pemain cakera atau pasangkan USB Flash Drive anda
dan restart komputer anda.

Selalunya selepas restart, komputer anda akan terus membaca installer tersebut dan akan
memaparkan skrin seperti berikut.
Jika komputer anda tidak membaca cakera atau USB Flash drive secara automatik, anda boleh
mengaktifkan pilihan boot dengan menekan kunci F12 pada keyboard anda.

Penting: Pilihan boot mungkin tidak sama bagi setiap komputer. Untuk memastikan kunci
pilihan boot untuk komputer anda cuba perhatikan skrin pertama yang muncul ketika anda ON
komputer dan cari perkataan seperti “Boot option: F12“, “Press F11 to choose Boot device”
dan sebagainya.

Pilih pilihan “boot from DC/DVD drive” jika anda menggunakan cakera (disc) atau “boot from
USB” jika anda menggunakan USB Flash Drive.

Teruskan sehingga anda sampai kebahagian pilihan tempat untuk install windows. Berikut
merupakan contoh untuk Window 7:
Gambar sebagai rujukan sahaja. Jangan Install pada Drive C: jika Windows yang sedia ada di
sini.

Klik pada disk partition selain daripada disk partition yang sudah sedia mengandungi windows.
Jika anda menggunakan disk yang sama pilih disk partition selain C. Jika anda menggunakan
hard disk baru, pilih bahagian disk partition daripada hard disk tersebut.

Jangan lupa untuk format terlebih dahulu disk partition yang ingin anda gunakan agar
pemasangan tersebut lagi bersih. Untuk format, klik pada disk partition yang ingin digunakan,
klik drive option (advance) dan format.

Teruskan sehingga prosess install selesai.

5. Buat Tetapan dual boot


Setelah prosess install window selesai, cuba restart atau ON komputer anda. Paparan untuk
pilihan windows (boot menu) akan keluar yang mana akan menyuruh anda untuk memilih
windows yang and mahu gunakan.

Bergantung pada jenis windows yang anda gunakan paparan untuk pilihan tersebut kelihatan
seperti berikut:

Untuk Window 7: Windows Boot Manager


Untuk Window 8 dan ke atas: Choose an operating system
Bagaimana jika komputer anda gagal untuk memaparkan pilihan tersebut?

Buat boot menu secara manual

Jika komputer anda sama sekali tidak memaparkan boot menu untuk pilihan windows ketika
start-up, jangan bimbang. Anda hanya perlu membuat menu tersebut secara manual.

Anda boleh menggunakan program EasyBCD untuk membuat boot menu. Muat turun versi
percuma program tersebut daripada laman rasmi NeoSmart:EasyBCD.

Install dan run aplikasi tersebut dan buat tetapan seperti berikut:

 Klik pada pilihan “Add New Entry” pada bahagian kiri program tersebut dan pilih tab
windows.
 Pilih “Type” sebagai “window vista/7/8/10” (Bergantung pada windows yang
bermasalah)
 Tetapkan “Name“, contohnya Window 10, Window 8…
 Pada bahagian “Drive” pilih drive yang anda gunakan untuk windows yang tidak muncul
tersebut.
Pastikan anda mengisi maklumat dengan betul. Sebagai contoh, saya menginstall windows 10
pada drive C: dan kemudian Windows 7 pada drive E:. Sewaktu restart, boot menu tidak muncul,
terus masuk window 7. Oleh itu setting untuk easyBCD adalah seperti berikut – Type: Window
vista/7/8/10, Name: Window 10, Drive: C.

 Setelah pasti klik pada butang “Add Entry“


 Untuk memastikan anda membuat tetapan yang betul, klik pada menu “View setting”
pada bahagian kiri program easyBCD. Pastikan terdapat 2 entry.

Restart komputer dan paparan boot menu sepatutnya akan kelihatan.

You might also like