Minit Mesyuarat 15 2016

You might also like

You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SMK DATO MOHD YUNOS SULAIMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 15/2016

Tarikh : 04 September 2016.

Masa : 2.00 petang

Tempat : Bilik Kurikulum

Pengerusi : Tuan Haji Khiru Nasir bin Rohani

Kehadiran(Bilangan) : 9 orang.

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan


para pentadbir ke mesyuarat pengurusan kali yang ke 15.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat ke 14 2016 dibentang oleh Puan Hajah Zaleha binti Jani.
Dicadang untuk disahkan oleh Tuan Haji Mohd Rosli bin Bakir.
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Zulkurnain bin Abdul Rahman.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 3 Solat Hajat Perdana untuk calon-calon PT3, SPM dan STPM 2016 .
- Tarikh diubah dari 29 September 2016 kepada 22 September 2016.
- Imam jemputan yang pertama tidak dapat hadir, telah digantikan oleh Ustaz
Ahmad Dhiauddin bin Salimin, Penolong Pengarah Seksyen Kurikulum,Unit
Akademik ( Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Tindakan : En Rozman bin Safie / Pn.Rofiah binti Wahid

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Laporan Tn Pengetua -

4.1.1 Berkaitan asrama


- Berjaya wujudkan Majlis Permuafakatan Asrama.
- Dilema latihan ghazal – adakah di bawah kelolaan sekolah atau asrama.
- Perlu adakan satu perjumpaan antara jurulatih dan ahli ghazal asrama
untuk kesahihan status tersebut.
- Program hafazan asrama, diharap dapat memantapkan sahsiah diri
pelajar-pelajar asrama.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.2 Tugasan masa cuti.


- Semua guru mata pelajaran dan murid perlu diberitahu tentang tugasan
masa cuti. Murid perlu menyiapkan tugasan ini semasa cuti dan guru-
guru mata pelajaran mesti menyemaknya apabila dihantar semula oleh
murid.

4.2 Laporan Penolong Kanan Pentadbiran – Tuan Haji Mohd Rosli bin Bakir

4.2.1 Memaklumkan tarikh cuti pertengahan penggal bermula 9 September


2016 hingga 18.September 2016.

4.2.2 Buku Rekod Mengajar


Setiap pentadbir yang bertanggungjawab menyemak RPH perlu ingatkan
guru-guru supaya :
i - menulis RPH ikut format SPSK, mesti ada 6 perkara iaitu:

a) Bidang / tajuk
b) Hasil Pembelajaran
c) Aktiviti Pembelajaran
d) Bahan Bantu Belajar
e) Nilai
f) Refleksi

ii- Hantar Buku Rekod Mengajar untuk disemak setiap minggu dan
pastikan menurunkan tanda tangan dalam Buku Semakan pentadbir
berkenaan.
Tindakan : Semua Pentadbir
4.2.3 Mengedarkan jadual bertugas pentadbir semasa cuti.
- Pastikan membuat catatan dalam Buku Laporan Bertugas Pentadbir.
- Menguruskan surat-surat masuk / keluar.
Makluman dan tindakan : Pentadbir bertugas
4.2.4 Mengedarkan borang-borang
a) Maklumat Pasca Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM.
b) Senarai Penerima Jadual Waktu Semakan Skrip Jawapan dengan
murid ( PT3 dan SPM ) mengikut bidang.
c) Jadual Kerja Pasca Penilaian dan Peperiksaan Percubaan PT3 dan
SPM.
d) Jadual semakan teknikal skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM
dan PT3 hari Isnin 19.9.2016 dan hari Selasa 20.9.2016.
e) Jadual pemetaan pengisian Pecutan 10- PT3 dan Pecutan 25-SPM.
Borang-borang tersebut akan mula diedarkan kepada guru-guru mata
pelajaran PT3 dan SPM pada hari esok 5.9.2016.
Tindakan : PKP dan GKMP
4.2.5 PT3 ( 9 – 13 Oktober 2016)
i) Memaklumkan kepada ahli mesyuarat tentang pelantikan Puan Yanti binti
Ahmad sebagai Ketua Pengawas PT3.
ii) Ahli mesyuarat juga sebulat suara melantik 2 orang guru sebagai
timbalan ketua pengawas ;
a) Puan Suraya binti Othman ( Dewan B )
b) Puan Norazah binti Ahmad ( Dewan Harmoni )
Tindakan : PKP
4.2.6 Program Pasca PT3
i) PdP berjalan seperti biasa – mengemaskini PBS dan suai kenal
pembelajaran menengah atas bagi mata pelajaran teras.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

ii) Taklimat pakej aliran Tingkatan 4 – kerjasama UBK dan GKMP.


iii) Jejak Jaya – Kenal pasti beberapa orang bekas pelajar SMKDMYS atau
individu tertentu yang berjaya dan jemput mereka untuk berkongsi
pengalaman dan kemahiran.
iv) Aktiviti permainan dan lawatan (jika perlu) – Unit KoKurikulum.

4.2.7 Projek Pembesaran Surau SMKDMYS


i) Masih menunggu surat sokongan dari PPD untuk melengkapkan dokumen
yang perlu dihantar ke Jabatan Agama Islam Negeri.
ii) Borang wakaf mendapat sambutan menggalakkan dan perlu
diperbanyakkan. Guru-guru boleh mengambil peluang masa untuk
promosikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
iii)Tuan Pengetua mencadangkan supaya satu ajk kecil ditubuhkan untuk
mengedarkan surat memohon sumbangan dari sekolah-sekolah lain.
Makluman dan tindakan: S/U Projek
4.2.8 Akademik DTC-JDT
i) Setinggi tahniah kepada pasukan DTC-JDT 6 (13 tahun) dan Encik
Zulkurnain ata kejayaan yang telah dicapai.
ii) Pertemuan dengan ibu bapa murid-murid JDT yang dijadualkan pada
5.9.2016 terpaksa ditangguhkan.
iii) PKP dan PK Petang telah mencapai kata sepakat untuk menyediakan slaid
murid-murid JDT dengan bantuan Encik Tengku Darul Rushdi.
iv) Bagi tujuan pembangunan imej dan sahsiah murid-murid JDT, satu
pertemuan dan perbincangan antara pihak pentadbir dan guru-guru mata
pelajaran akan diadakan. Hasil perbincangan itu akan dibentangkan kepada
ibu bapa murid-murid semasa perjumpaan yang akan diadakan pada tarikh
yang akan diberitahu nanti.
Tindakan : PKP dan PK Petang

4.3. Laporan PK HEM – Puan Hajah Norazlinda binti Mohd Salleh

4.3.1 Program khusus untuk murid-murid tingkatan 5 yang tinggal di asrama (20
minit) bermula jam 6.40 pagi, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi. Program
bermula selepas cuti.
Tindakan : Guru mata pelajaran berkenaan/HEM

4.4 Laporan PK Ko Kurikulum – Encik Zulkurnain bin Abdul Rahman

4.4.1 Hari Ko Kurikulum akan diadakan pada 28 & 29 September 2016.


i) Aktiviti : Perkhemahan Unit Uniform, Jualan dan Anugerah
Kecemerlangan Koko.
ii) Pada 28.9.2016 PdP seperti biasa kecuali bagi yang menyertai
perkhemahan akan mula memasang khemah selepas waktu rehat.
(waktu PdP bermula 7.20 pagi). Latihan kebakaran akan diadakan pada
waktu koko, yang telah dianjak ke belakang).
iii) Pada 29.9.2016, aktiviti jualan dan anugerah kecemerlangan koko. PdP
ditangguhkan.
4.4.2 Pada 8.10.2016 – sambutan Hari Sukan Negara serentak satu Malaysia.
Pengisian wajib – senamrobik.

4.5 Laporan PK T6 – Encik Rozman bin Safie

4.5.1 Apresiasi Seni oleh pelajar-pelajar T6 (aliran PSV) akan diadakan pada
22 -23 September 2016 di Lata Sri Pulai, Kg Melayu Raya. Guru-guru

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

yang berkelapangan dipelawa hadir untuk melihat hasil seni ini.


4.5.2 Pada 25-28 September 2016 – Percubaan Pentaksiran T6 berlangsung di
Dewan Blok E. Murid-murid aliran perdana tidak dibenarkan ke Makmal
Sains dan juga ke Makmal KHB. Manakala tingkatan 5 Andalas, 5
Acalypha dan 5 Aster kekal dikelas masing-masing.

4.6 Laporan PK Petang – Puan Loh Chong Eng

4.6.1 Tugasan masa cuti untuk murid-murid sesi petang sedang diusahakan
dan makluman kepada guru mata pelajaran dan murid sudah dibuat.
4.6.2 Pemantapan ilmu yang melibatkan murid-murid 1 Allium ( DTC-JDT) akan
diadakan pada 22.9.2016.
4.6.3 Penyerahan fail peribadi murid, guru sendiri yang menghantarnya ke bilik
UBK atau guru mesti ada bersama-sama murid yang tolong
membawakannya.

5. HAL- HAL LAIN

5.1 Tuan Pengetua mencadangkan agar difikirkan kategori-kategori tertentu


untuk anugerah guru-guru,contoh pengurusan register terbaik bagi sesi
pagi dan sesi petang.
Tindakan : PK Koko
5.2 Solat Hajat – Tuan Pengetua mahu YDP PIBG, Ketua-ketua kampung dan
PPD, Encik Mohamad Hood turut dijemput untuk sama-sama
menjayakannya.
Tindakan : Puan Rofiah
5.3 Tuan Haji Mohd Rosli memaklumkan 90% jaring di kelas-kelas Blok D
rosak teruk. Semua guru dan murid perlu diberi peringatan berulang-ulang
kali supaya berhati-hati. Sebagai langkah awal, satu blok pilihan akan
ditukar jaring.
5.4 Puan Hajah Zaleha memaklumkan lantai Blok D berlubang-lubang, boleh
memudaratkan guru dan murid. Langkah awal, kerja-kerja menampal
lubang akan dibuat semasa cuti nanti.
Tindakan :Encik Zulkurnain dan Encik Rozman
5.5 Audit Kad Biru (Kad Kursus)
- Yang belum menghantar ( sehingga tarikh 4.9.2016) – 8 orang ( tidak
termasuk yang sakit dan bersalin ).
- Bilangan staf kurang 5 hari berkursus ialah 40 orang.
- Bilangan staf yang sudah melebihi 5 hari kursus ialah 13 orang.
. - Bilangan guru : 123 orang ; 2 orang guru baharu yang menjalani ROS dan
Modul Guru Baharu iaitu
-Cik Nor Shuhadah binti Jusoh ;mentornya Puan Rohani binti Hashim.
-Encik Tengku Darul Rushdi :mentornya Cik Zalipah binti Dollah.
5.6 Tuan Pengetua mengamanahkan supaya taklimat guru sebelum cuti perlu
diadakan untuk menyampaikan intipati mesyuarat pengurusan hari ini.
Taklimat ditetapkan pada hari Rabu 7.9.2016 dengan dipengerusikan oleh
Puan Hajah Norazlinda binti Mohd Salleh dan Encik Rozman bin Safie.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan menetapkan tarikh mesyuarat
yang berikutnya pada hari Rabu 21.9.2016 jam 10.00 pagi di Sanggar Pujangga.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.25 petang.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(Rofiah binti Wahid ) ( )
Setiausaha
Tarikh : 19.9.2016 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like