You are on page 1of 7

1.

TAJUK KAJIAN

Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 5 Harmoni (5 H) dengan


Menggunakan Program Segar Minda dan Kaya Kosa.

2. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu saya menanda buku latihan pelajar Tingkatan 5 Harmoni (5H),


saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah
berada di peringkat Menengah Atas, tahap penguasaan kosa kata dalam
kalangan pelajar ini sungguh lemah. Ayat yang dibuat tidak
menggambarkan kematangan mereka. Ayat yang mereka tulis atau mereka
bina tidak lengkap dan tergantung. Selain itu, masih ramai pelajar yang
melakukan kesilapan ejaan.. Mereka menggunakan perkataan yang biasa
mereka gunakan dalam pertuturan. Dalam ujian pengesanan yang saya
buat, saya hanya meminta pelajar menulis ayat berasaskan perkataan yang
diberi, saya dapati 53% daripada jumlah pelajar dari kelas ini tidak
menjawab soalan ini dengan baik. Apabila saya tanyakan kepada para
pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang diberikan oleh mereka mudah
sahaja iaitu "saya tak tahu." , “saya tak faham” dan “saya tak faham
maksud perkataan”. Ada juga di kalangan pelajar yang menanyakan
kepada saya markah bagi bahagian membina ayat itu. Saya lihat seolah-
olah mereka telah patah semangat untuk memahami dan memperkaya
kosa kata mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka, jawapan yang
mereka berikan ialah "perkataan tidak pernah mereka jumpa”, “susah untuk
kami faham maksudnya." Saya menyedari bahawa pelajar dalam kelas ini
mempunyai asas bahasa yang agak lemah.

Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan
untuk memperkaya kosa kata pelajar? Adakah cara saya mengajar selama
ini dapat membantu pelajar menambah kosa kata mereka? Apakah yang
boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar memperkaya kosa kata
mereka? Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk
1
membantu pelajar saya? Apabila saya bincangkan perkara ini dengan
rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru mengatakan yang pelajar
hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang
diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab
soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi
menangani masalah ini? Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang mempunyai
kosa kata yang amat terhad. Saya berpendapat lemahnya penguasaan
kosa kata dalam kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan
serta tumpuan terhadap pentingnya aspek kosa kata yang saya berikan
sama ada semasa proses Pengajaran dan Pemudahcara (pdpc) atau
aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan
rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap
kepentingan penguasaan kosa kata. Sekiranya saya tidak membetulkan
keadaan ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik
soalan karangan dan juga soalan membina ayat bagi kertas 2 yang
akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya.

3. FOKUS KAJIAN

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar


saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan
kosa kata. Pelajar saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka
hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan
gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan
apabila menulis ayat.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
 Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat.
 Pelajar menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat
menjadikan ayat itu tidak gramatis.
 Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud
perkataan yang diberi.

2
Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, saya yakin pelajar
boleh membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis. Hal ini seterusnya
diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas
Bahasa Melayu Sijil peperiksaan Malaysia (SPM). Keadaan ini juga pasti
akan meningkatkan nilai Gred Purata Sekolah saya.

4. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai


objektif berikut:

4.1 OBJEKTIF UMUM


 Meningkatkan nilai Gred Purata Sekolah dengan peningkatan peratus
kelulusan Bahasa Melayu.

4.2 OBJEKTIF KHUSUS.


 Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami
oleh para pelajar.
 Meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baru dalam ayat
yang dibina oleh pelajar
 Membantu pelajar menguasai kemahiran belajar dengan merujuk
kamus bagi meningkatkan penguasaan kosa kata mereka
 Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat markah yang cemerlang
bagi bahasa dalam penulisan karangan.

3
5. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 31 orang pelajar tingkatan 5 H.

6. TINDAKAN YANG DICADANGKAN.

6.1 TINJAUAN MASALAH


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap
masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan
mengutip data seperti yang berikut:-

 Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang diberi bagi


menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata.
 Latihan karangan berpandu pelajar bagi mengesan kesilapan
penggunaan perkataan dalam ayat dan penggunaan kosa kata
yang berulang-ulang dalam satu ayat.
 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan penguasaan kosa
kata pelajar.

6.2 PROGRAM SEGAR MINDA


Cara Pelaksanaan:
i. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi
dan contoh ayat dalam kelas.
ii. Pelajar mencatat dalam buku catatan khas.
iii. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan.
iv. Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan perkataan
dalam karangan yang ditulis – 2 minggu sekali.
v. Guru menganalisis karangan pelajar.

4
6.3 PROGRAM KAYA KOSA (200 perkataan dalam tempoh 4 minggu)
Cara Pelaksanaan
i. Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar daripada teks
yang dibaca serta mencatat perkataan tersebut dalam buku
catatan.
ii. Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan
mencatatkannya dalam buku catatan.
iii. Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang dicari maksud
iv. Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua perkataan yang
dikumpul oleh 31 orang pelajar serta mencetakkannya untuk
diedarkan kepada semua pelajar.
v. Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar dengan
mengadakan ujian khas

Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya


melaksanakan tinjauan awal.

Terima Kasih.

5
7. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH PELAKSANAAN


1 Taklimat Penyediaan Kertas Kerja Kajian 10 Jan 2018
Tindakan
2 Mengenalpasti masalah 18 Jan 2018
3 Menulis proposal kajian 20 Jan 2018
4 Merancang Tindakan (Individu/panitia) 25 Jan 2018
5 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 29 Jan 2018
6 Membincangkan masalah yang timbul 1 Feb 2018
dalam tindakan 1 (dalam panitia)
7 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 4 Feb 2018
8 Mengenalpasti masalah dan 8 Feb 2018
pengumpulan data
9 Membincangkan masalah yang timbul 5 Mac 2018
dalam tindakan 2 (dalam panitia)
10 Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 14 Mac 2018
11 Membincangkan masalah yang timbul 3 April 2018
dalam tindakan 3 ( dalam panitia)
12 Ujian untuk mengesan pencapaian 4 April 2018
pelajar
13 Refleksi kajian 9 April 2018
14 Menulis Laporan Kajian 12 April 2018
15 Pembentangan dapatan kajian 15 April 2018

6
8. KOS KAJIAN

KUANTITI x JUMLAH
BIL JENIS BAHAN
HARGA SEUNIT KOS
1 Kertas A4 10 x RM 8.50 RM 85.00

2 Printer Cartridge 01 x RM 75.00 RM 75.00

3 Kamus Dewan 01 x RM 45.00 RM 45.00

4 Photostate Bahan & Laporan Kajian RM 50.00

5 Marker Pen 01 x RM 8.00 RM 8.00

6 Stapler dan dawai kokot 01 x RM 6.00 RM 6.00

JUMLAH KOS RM 269.00


(Ringgit Malaysia : Dua Ratus Enam Puluh Sembilan Sahaja)

You might also like