You are on page 1of 4

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2016

1
HARI ORIENTASI TAHUN 1 2016

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia…

Yang Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,

Yang Dihormati Pn. Naziah binti Ahmad,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,

Puan Noor Asmah binti Ismail,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,

Encik Shamsul Kamal bin Mohamed Kamaruddin,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu,

Para ibu bapa dan penjaga Murid Tahun 1 2016

Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian…

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari yang
berbahagia ini bagi menyempurnakan Hari Orientasi Tahun 1 bagi tahun 2016.

Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa penjaga bagi murid Tahun 1 dan
seterusnya memeriahkan lagi majlis pada pagi ini.

_______________________________________________________________

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, pihak majlis mempersilakan al ustaz Mohd Hanif
bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa –

Amin amin ya rabbal aalamin… terima kasih diucapkan kepada al fadhil ustaz.

_______________________________________________________________

Majlis pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat daripada Yang
Berusaha Encik Tuan Abdul Aziz bin tuan Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

2
HARI ORIENTASI TAHUN 1 2016

- Ucapan GB -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan itu tadi.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan ucapan dan taklimat oleh Puan Naziah bt Ahmad, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Ucapan PK1 -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Naziah bt Ahmad
atas ucapan itu tadi.

______________________________________________________________

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan taklimat Puan Noor Asmah binti Ismail, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

- Ucapan PK HEM -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Noor Asmah binti
Ismail atas ucapan itu tadi.

_______________________________________________________________

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Seterusnya, sama-samalah kita mendengar ucapan dan taklimat Encik Shamsul Kamal bin
Mohamed Kamaruddin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan PK Ko -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Shamsul Kamal
bin Mohamed Kamaruddin atas ucapan itu tadi.

_______________________________________________________________

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Hajah Rosnah binti Rashid, untuk
menyampaikan taklimat berkaitan dengan Kesihatan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

- Ucapan Kesihatan -

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Rosnah
binti Rashid atas taklimat itu tadi.

_______________________________________________________________

3
HARI ORIENTASI TAHUN 1 2016

Dengan berakhirnya penyampaian taklimat itu tadi, maka berakhirlah program Hari Orientasi
Tahun 1 bagi tahun 2016.

Sebelum melabuhkan tirai, majlis sekali lagi menyampaikan sekalung penghargaan kepada Encik
Zairi Anuar bin Anuar, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon 14
Benus atas kesudian pihak AJK menyampaikan Sumbangan Bantuan Persekolahan kepada
Murid Tahun 1. Terima kasih daun keladi kami ucapkan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua hadirin dan hadirat yang sudi hadir untuk
memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua lagi.

Saya bagi pihak majlis ingin memohon maaf andai tersilap kata, tersalah bicara sepanjang majlis
kita berlangsung pada hari ini.

Sekian.. wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan jumpa


lagi.

You might also like