You are on page 1of 2

Terima kasih pengerusi majlis,

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Yang Berusaha Guru Besar SK Taman Jasmin Puan Rohlaizatul ‘Akmal binti Mohd
Sanusi, Yang dihormati Dato’ Hj Anuar bin Idris Yang diPertua PIBG SK Taman Jasmin,

Yang berusaha guru-guru Penolong Kanan,

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,

Guru-guru, ibu bapa, murid-murid seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Tuhan kerana buat kali pertama saya dapat bersama-sama
tuan-tuan dan puan-puan berkumpul di sini untuk menjayakan Kejohanan Sukan
Olahraga SK Taman Jasmin tahun 2019.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan guru-guru dan
Persatuan ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin kerana bersatu hati
untuk menjayakan temasya sukan tahunan ini.Terima kasih dan selamat datang
kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan
kejohanan sukan sekolah pada tahun ini yang mungkin mengembalikan nostalgia
suasana alam persekolahan yang telah lama ditinggalkan. Mungkin keadaan dahulu
dan sekarang amat berbeza namun kemeriahan tetap sama.

Sidang hadirin,

Kejohanan sukan merupakan antara agenda besar dalam kalendar sekolah yang
bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan anak-anak serta membina potensi diri
melalui gaya hidup sihat. Kepada murid yang terserlah kecemerlangan dalam bidang
sukan diharapkan boleh menjadi atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi mewakili daerah, negeri dan juga Negara. Tahniah kepada
murid-murid atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat berpasukan. Saya
yakin semangat ini jika dipindahkan ke bilik darjah sudah pasti memberi impak yang
tinggi kepada pencapaian akademik murid-murid.

Kejohanan ini juga menjadi medan untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu
semangat murid, manakala murid pula berpeluang mengerah kudrat melepaskan
beban emosi dengan berlari sederas mungkin, maka terciptalah momentum yang
dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.
Akhir kata,terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang telah
memberikan sumbangan dana, tenaga dan masa untuk melaksanakan kejohanan
sukan olahraga ini. Teruslah hulurkan sokongan kepada pihak sekolah untuk
membentuk generasi masa depan yang gemilang bagi melestarikan sistem pendidikan
yang berkualiti ke arah membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara.

Kuning emas masaknya padi,

Bunga mawar dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi,

Budi tuan jadi kenangan.

Dengan ini saya merasmikan Temasya Sukan Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin bagi
tahun 2019

Sekian terima kasih.

You might also like