You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: +603-88849370 (Aras 4) 62604 PUTRAJAYA Faks: +603-88849315 MALAYSIA Laman Web: vwww.moe.gov.m) Ruj. Kami: KPM.100-15/2/88( 2) Tarikh 3. Faces 2019 ‘Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Tuan/Puan, PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) BAGI TUJUAN PEMBAYARAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) BAG! MURID TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 1 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kewangan sedang membuat persediaan bagi pembayaran bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1 sesi persekolahan 2020 berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016. 3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Tuan/Puan adalah dimohon untuk memaklumkan kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua/Guru Besar serta guru sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Tuan/Puan untuk mengemaskini maklumat murid di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) terutamanya maklumat pendapatan dan jumlah tanggungan sebelum atau pada 31 Januari 2020. Kegagalan dan kelewatan guru kelas dalam membuat pengemaskinian maklumat tersebut akan menyebabkan murid yang berkelayakan tidak dapat menerima bantuan KWAPM. 4. __Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai dasar berkaitan dengan bantuan KWAPM, YBhg, Datuk/Tuan/Puan boleh berhubung dengan Bahagian Kewangan di talian 03- 8884 7627 / 7629 / 7091. Manakala jika terdapat masalah berkaitan dengan teknikal APDM boleh berhubung dengan pegawai di talian 03-8884 9353 atau e-mel apdm.team@moe.gov.my. 5. Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” agian-Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) BAG! TUJUAN PEMBAYARAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) BAG! MURID TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 1 Ruj, Kami: .KPM.100-15/2/88( 61) Tarikh : | Disember 2019 sk 10. "1 Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik/Vokasional

You might also like