You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG BUBOK II

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI – 1 ( TAHUN 2019)


TARIKH : 9 JANUARI 2019
HARI : RABU
MASA : 2.15 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN : 1. PN. ROHANA BT CHE MAN (PENGERUSI)
2. PN. ZAITON BT JAMIL
3. PN. SOLEHAH BT YUSOFF
4. PN. NORAINI BT YAACOB
5. PN. SITI FATIMAH BT AHMAD
6. EN.YUSNIZAN B YUSOF
7. PN. RAHAMAH BT ISHAK
8. PN. ZARINA BT BEERAN
9. PN. ROSMAWATI BT YUNUS
10. PN. UMMI MADIHAH BT AHMAD
11. EN. AHMAD FAZROL B MOHAMAD
12. EN ABU HASSAN B SAMDIN
13. PN. NOOR FALIANA BT MOHAMED
14. EN. MOHD AL-IZZUDIN B AL – PIKRI
. 15. PN FARIZAM BT MOHD NOOR

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK bagi mesyuarat
kali pertama bagi tahun 2019. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru prasekolah dalam
mesyuarat Panitia BM bagi tahun 2019.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

2.1 Pencadang : Pn Rahamah Bt Ishak

Penyokong : En. Ahmad Fazrol B Mohammad


3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Teknik menjawab dalaman bagi murid tahun 6 akan dijalankan pada 14/1/ 2019.

3.2 Ketua panitia diminta kemaskini fail bagi tahun 2109.

3.3 Program PLC bagi panitia BM akan dijalankan pada tahun ini

3.4 Murid-murid digalakkan menggunakan Quizzes dan Kahoot dalam Pdpc

4.0 DAPATAN MESYUARAT

4.1 Mulai tahun 2019, myportfolio akan disediakan dengan lebih lengkap lagi.

4.2 Guru besar meminta guru untuk memberi respon setiap mesej yang dikirimkan di dalam

kumpulan rasmi telegram sekolah.

4.3 Guru besar meminta semua panitia memasukkan PLC supaya semua guru dapat berkongsi

ilmu dalam memantapkan lagi pdpc.

4.4 Sistem otomasi PSS berjalan seperti biasa.

4.5 Guru besar menggalakan murid aktif bersukan.

4.6 Guru besar meminta ketua panitia menerangkan kepada semua guru mengenai

Borang Pencerapan Guru Standard 4. Ketua Panitia diminta menerangkan kepada

semua guru mengenai kriteria pencerapan agar semua guru dapat melaksanakan

pdpc seperti yang terkandung dalam Standard 4.

4.7 Guru besar juga meminta semua guru membuat penyemakan buku latihan setiap masa.

Latihan yang diberi hendaklah disemak dan elakkan ibu bapa membuat aduan

latihan tidak disemak. Pemeriksaan buku latihan penting untuk memantapkan pdpc.

4.8 Pn Zarina memaklumkan mengenai minggu persekolahan adalah sebanyak 39 minggu.

Semua guru diminta menyediakan RPT sehingga 43 minggu dan mencatat aktiviti

yang dijalankan di sekolah pada minggu yang tidak dapat dilaksanakan pdpc.

4.9 Pn Fatimah memaklumkan mengenai laporan PBS. Beliau mencadangkan dibuat

dua kali dan dipersetujui oleh ajk. Laporan pertama pada pertengahan April. Semua

guru diminta muat turun template perekodan melalui laman web bpk.moe.gov.my.
Pn Fatimah juga memaklumkan mengenai pelantikan jawatankuasa baru PBS.

4.10 Pn Mazlina meminta ketua panitia mengenal pasti guru sebagai Guru Adi Wira –( Hero

Teachers) contoh teladan yang dapat menjadi ikutan oleh yang lain.

5.0 SENARAI NAMA GURU DAN KELAS MENGAJAR 2019.

(Rujuk lampiran yang disediakan )

6.0 RPT dan RPH

6.1 RPT perlu disediakan bagi setiap tahun. Penyediaan RPT adalah dibuat sebanyak 43 minggu. RPT
perlu di email kepada ketua panitia untuk simpanan fail.

6.2 Guru-guru boleh dapatkan RPT Bahasa Melayu mengikut tahun daripada guru-guru berikut:

Tahun 1 – Pn Ummi Madihah Bt Ahmad

Tahun 2 - Pn Siti Fatimah Bt Ahmad

Tahun 3 – En Ahmad Fazrol B Mohammad

Tahun 4 – Pn Zaiton Bt Jamil

Tahun 5 - Pn Rohana Bt Che Man

Tahun 6 – Pn Abu Hassan B Samdin

6.3 RPH perlu disediakan mengikut standard yang ditetapkan .Standard kandungan dan standard
pembelajaran ditulis dalam bentuk nombor unit sahaja.Objektif perlu ditulis dalam bentuk ayat.
Aktiviti dan bahan bantu mengajar perlu di tulis dengan jelas .Bagi pengisian kurikulum pula,
guru boleh mendapatkannya di dalam buku teks. Impak dan refleksi ditulis selepas Pdpc.

7.0 PELAN STRATEGIK, TAKTIKAL DAN OPERASI

7.1 Pelan strategik telah dibuat untuk 3 tahun iaitu 2017 hingga 2019. Manakala pelan taktikal dan
pelan operasi pula dibuat untuk 1 tahun sahaja. Semua program yang dirancang dimasukkan ke
dalam pelan taktikal dan operasi . Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun :

1. Kelas bimbingan tahun 6

2. Program HIP

3. Kem Serlah Bacaan


4. Program Impian Bersama

5. Bengkel menjawab dalaman dan luaran tahun 6

6. Bengkel berfokus tahun 6

7. Bulan Bahasa

8.0 PENGUBAL SOALAN

8.1 Mulai tahun 2019, murid – murid tahap satu tidak lagi menjalani peperiksaan . Murid tahap
satu akan dinilai berdasarkan pentaksiran berasaskan bilik darjah. Berikut adalah senarai guru
pengubal soalan bagi peperiksaan tahap 2.

PEPERIKSAAN PEMAHAMAN PENULISAN


UJIAN BULANAN 1 TAHUN 4 – ZAITON BT JAMIL TAHUN 4 – M. IZZUDDIN B AL PIKRI
TAHUN 5 – YUSNIZAN B YUSOF TAHUN 5 – ROHANA BT CHE MAN
UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 6 -ABU HASSAN B SAMDIN TAHUN 6 -RAHAMAH BT ISHAK
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 4 – M. IZZUDDIN B AL PIKRI TAHUN 4 – ROSMAWATI BT YUNUS
TAHUN (PPT) TAHUN 5 – ROHANA BT CHE MAN TAHUN 5 – ABU HASSAN B SAMDIN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PULAU PINANG (PPPP) TAHUN 6 - RAHAMAH BT ISHAK TAHUN 6 - ZAITON BT JAMIL
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 4 – ROSMAWATI BT YUNUS TAHUN 4 – M. IZZUDDIN B AL PIKRI
(PAT) TAHUN 5 – YUSNIZAN B YUSOF TAHUN 5 – ROHANA BT CHE MAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 1 & TAHUN 6 - ABU HASSAN B SAMDIN TAHUN 6 - ROHANA BT CHE MAN
2

9.0 TOV/ HEADCOUNT 2018


9.1 Guru tahun 6 diminta berbincang sesama guru untuk menentukan headcount bagi murid tahun
6
9.2 Headcount tahun 4 dan 5 masih belum dibuat kerana markah akan diambil berdasarkan
peperiksaan UB 1.

10.0 LINUS //PEMULIHAN


10.1 Berikut adalah bilangan murid LINUS:
Tahun 2 UPM – 15 orang
Tahun 3 UUM - 6 orang
Tahun 4 Cemerlang – 2 orang
10.2 Beberapa program LINUS pada tahun 2018 akan diteruskan pada tahun 2019 . Program
kelestarian LINUS juga akan dijalankan seperti pemulihan di dalam kelas dan Kem Serlah Bacaan.

11.0 PBS
11.1 Bagi tahun 2019 cikgu Fatimah Din memberitahu terdapat format baru bagi borang perekodan.
Semua guru boleh dapatkan borang PBS dari telegram sekolah.
11.2 Guru-guru diminta menyediakan template perekodan kelas yang di ajar bermula Februari.

12.0 PSS
12.1 Mulai tahun 2019 Program NILAM melibat semua guru . Tugas guru Bahasa Melayu adalah
mengajar cara menulis di dalam buku NILAM dan menjalankan program NILAM di dalam kelas.

13.0 KEWANGAN
13.1 Ketua panitia menyarankan duit panitia digunakan untuk membeli sahiba 2 buah , banner dam
ular, buku rujukan , kertas A4 15 set dan pen white board bagi kegunaan murid dan guru.
13.2 Selain itu panitia akan menyediakan kertas A4 warna dan marker pen untuk kegunaan guru-
guru.
13.3 Ketua panitia memberitahu tv pintar sudah boleh diguna oleh guru-guru BM.

14.0 HAL-HAL LAIN


14.1 Murid tidak menjawab modul cuti sekolah yang diberikan oleh guru pada cuti akhir tahun.
14.2 Rujuk Puan Fatnin untuk mendapatkan buku teks BM.
14.3 Buku aktiviti KKJR akan diedarkan pada murid.
14.5 Murid pemulihan akan diuji dahulu di kelas pemulihan
14.6 Target UPSR 2019 ialah pemahaman 97.4%, dan penulisan pula 98.6%
14.7 Kelas tambahan BM akan dibahagi kepada 5 kumpulan.
14.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 3.50 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh

……………………………… ………………………………..

( NORAINI BT YAACOB) ( PN. ROHANA BT CHE MAN)

SETIAUSAHA PANITIA BAHASA MELAYU KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

SK MACHANG BUBOK II SK MACHANG BUBOK II

You might also like