You are on page 1of 5

PROGRAM SINAR KASIH 2017

KERTAS KERJA
PROGRAM SINAR KASIH 2017
SK LARKIN 2, JOHOR BAHRU

1. PENGENALAN

Program Sinar Kasih merupakan sebahagian daripada Program Kecemerlangan Tahun 6 yang
telah dirancang oleh jawatankuasa sekolah untuk mempertingkatkan pencapaian UPSR di
Sekolah Kebangsaan Larkin 2. Program Sinar Kasih ini dapat membantu murid-murid
Tahun 6 memahami dan menguasai mata pelajaran teras dengan lebih baik melalui sesi
bimbingan secara kumpulan kecil atau kelas klinikal.

Program Sinar Kasih juga bertujuan meningkatkan kualiti dari segi pencapaian 6A
serta memaksimumkan prestasi kelulusan dan peratus (%) lulus ABC murid-murid Tahun 6.
Kecemerlangan murid-murid dalam akademik dan sahsiah menjadi aset penting ke arah
mencapai Wawasan 2020 . Mereka akan menjadi modal insan yang sangat berguna kepada
negara.

2. RASIONAL

Rasional Program Sinar Kasih ini diadakan adalah untuk:


1. Memberi tumpuan terhadap usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kerohanian
demi kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.
2. Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid mendapatkan ilmu pengetahuan
secara langsung dan berterusan.
3. Secara keseluruhannya, program ini nanti dapat meningkatkan keyakinan murid-murid
tentang kemampuan mereka menguasai sesuatu kemahiran.

3. MATLAMAT

Rasional Program Sinar Kasih ini diadakan adalah untuk:


1. Menguasai kemahiran asas dalam mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains.
PROGRAM SINAR KASIH 2017

2. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap pembelajaran masa


kini.
3. Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain di samping semangat kerjasama dan
toleransi.

4. OBJEKTIF

Antara objektif program ini dijalankan ialah ;-


1. Menambah penguasaan murid-murid dalam kemahiran mengikut mata pelajaran .
2. Meningkatkan prestasi akademik dari segi kualiti dan kuantiti iaitu bilangan A dalam UPSR.
3. Menerapkan budaya dan teknik belajar yang sistematik dan berkesan.
4. Memupuk semangat belajar dan kerja berpasukan.
5. Memberi peluang kepada murid belajar dalam kumpulan yang lebih kecil.

5. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran merupakan semua pelajar Tahun 6. Kelas tambahan ini dibahagikan
kepada tiga kumpulan murid iaitu Kelas Murid Cemerlang, Kelas Murid Harapan dan Kelas
Murid Galus. Program ini diadakan pada setiap hari bermula dari hari Ahad hingga
Khamis kecuali pada hari Rabu (Hari Kokurikulum) . Kelas tambahan yang dijalankan
ialah:
 Ahad - Sains
 Isnin - Matematik
 Selasa - Matematik
 Khamis - Bahasa Melayu

6. TEMPOH MASA

Program Sinar Kasih dijalankan pada setiap hari persekolahan. Masa yang diperuntukkan bagi
setiap sesi ialah 1 jam ( 60 minit ). Bermula pada pukul 1.40 tengah hari dan berakhir pada
pukul 2.40 petang. Satu mata pelajaran bagi setiap sesi. Program ini bermula dari bulan Januari
2017 hingga Ogos 2017.
PROGRAM SINAR KASIH 2017

7. PENGOPERASIAN

A. Murid
Murid-murid dikumpulkan mengikut pencapaian mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Murid-
murid dibimbing secara kumpulan kecil. Setiap kumpulan kecil tidak melebihi 15 orang murid.
Mereka dibimbing oleh seorang guru mengikut subjek yang telah ditetapkan.

B. Tempat
Kelas Tambahan Klinikal dijalankan di dalam bilik darjah dan di dalam bilik-bilik khas iaitu
makmal Sains dan makmal komputer.

C. Guru
Semua guru terlibat dalam Program Sinar Kasih. Setiap guru akan mengajar berdasarkan modul
yang telah disediakan oleh guru subjek teras.

Bil Nama Guru Mata Pelajaran


1. En. Naidatul Zamrizam bin Abu Bahasa Melayu
2. Pn. Asmida Azura binti Muhamad Bahasa Melayu
3. En. Roslan bin Ismail Bahasa Melayu
4. Pn. Tuan Iffah Nabihah binti T. Ibrihim Bahasa Melayu
5. Pn. Hamsanizam binti Abdul Manan Bahasa Melayu
6. Pn. Norhani binti Mahammad Tuki Bahasa Melayu
7. Pn. Siti Haniza binti Samsi Bahasa Inggeris
8. Cik Nor Aishah binti Johar Bahasa Inggeris
9. En. Faiz Syafiq bin Md Salleh Bahasa Inggeris
10. Pn. Sharifah Huda binti Syed Abdul Aziz Bahasa Inggeris
11. Pn. Puavanesvary a/p Pakisamy Bahasa Inggeris
12. Pn. Rafidah binti Manap Matematik
13. Pn. Sa’adiah binti Onn Matematik
14. Pn. Nurhidayah binti Hamid Matematik
15. En. Muhd Syafiq bin Dollah Matematik
16. Cik Mastura binti Muhmaad Matematik
17. Pn. Nur Asilah binti Kamarudein Matematik
PROGRAM SINAR KASIH 2017

18. Pn. Siti Puspa binti Mohd Kamsan Sains


19. En. Nor Azlan bin Ahmad Sains
20. En. Abdullah bin Md. Ramli Sains
21. En. Bakri bin Talib Sains

8. PEMANTAUAN

Pemantauan akan dibuat oleh Guru Besar, Penolong Kanan Kurikulum dan Ketua Panitia mata
pelajaran. Pemantauan akan dibuat dalam 2 kaedah iaitu:
1. Pemantauan terus pada hari Program Kelas Tambahan Klinikal diadakan.
2. Menyemak buku catatan/log yang disediakan oleh guru ( ringkasan mengajar )
3. Buku Rekod Kehadiran Kelas Tambahan Klinikal.

9. PENILAIAN

A. Guru
Program ini akan dijadikan sebagai penilaian prestasi guru dalam borang penilaian prestasi
tahunan. Penilaian akan dibuat berdasarkan :-
1. Kehadiran dan
2. Buku log ( catatan harian )

B. Pelajar.
Setiap pelajar akan dinilai menerusi Ujian Formatif dan Sumatif yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Soalan-soalan ujian akan dibina oleh guru mata pelajaran yang akan dinilai draf awal
oleh Ketua Panitia mata pelajaran. Semua keputusan ujian akan direkodkan oleh guru kelas
dan dinilai oleh pihak pentadbiran sebagai satu pengukuran awal pencapaian calon-calon UPSR.

C. Impak/Hasil
Berdasarkan analisi keputusan ujian yang dijalankan dibantu dengan analisis sistem GROW.
PROGRAM SINAR KASIH 2017

10. PENUTUP

Semoga segala perancangan yang dicadangkan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan
serta mencapai objektif yang telah dinyatakan. Besar harapan kami agar kertas kerja cadangan
ini mendapat kelulusan dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan terutama yang
berkaitan dengan sumber kewangan. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( NAIDATUL ZAMRIZAM BIN ABU ) ( ROZANA BINTI RABANI )


Penyelaras Program Sinar Kasih, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Larkin 2, SK Larkin 2,
Johor Bahru. Johor Bahru.

Ulasan Guru Besar:

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Disahkan oleh,

You might also like