You are on page 1of 1

Rujukan Kami :

Tarikh : MAC 2019

Kepada,
Pengetua Dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Petaling Perdana

Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD)


PETALING PERDANA 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Sukan Sekolah Daerah Petaling Perdana akan
mengadakan Kejohanan Catur (Rendah dan Menengah) MSSD Petaling Perdana 2019 seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 15 - 16 April 2019 (Sekolah Rendah)


17 - 18 April 2019 (Sekolah Menengah)
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Yuran Pendaftaran : RM 50 / satu pasukan

3. Sehubungan dengan itu, tuan adalah dipohon untuk menghantar pasukan sekolah tuan
untuk menyertai kejohanan tersebut.

4. Yuran penyertaan hendaklah dibayar secara tunai ataupun cek. Bayaran secara tunai
melalui CDM boleh dibuat berdasarkan maklumat di bawah.
Bank : CIMB
No. Akaun : 8002593913
Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8

Sekiranya bayaran dibuat melalui cek, ianya hendaklah dipalang dan dibayar atas nama Pengetua
SMK USJ 8. Bayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 5 April 2019. Selain itu, Segala kos
makan serta pengangkutan pasukan sekolah tuan juga adalah tanggungan sekolah masing-masing.

5. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan YM Tuan Ahmad Nomi b Tuan Mat (Penyelia
Pembangunan Sukan) PPD Petaling Perdana di talian 019-2151009.

Sekian, terima kasih.

“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN”

Saya yang menjalankan amanah,

You might also like