You are on page 1of 5

1.

0 KOMPONEN DI DALAM PAPAN SUIS UTAMA


1.1 Busbar

Busbar yang digunakan adalah dari jenis 'hard drawn high conductivity copper' yang
boleh tahan keadaan kerosakan maksima 31 MVA. Busbar hendaklah dicat dengan
warna merah, kuning, biru dan hitam bagi mengenali fasa dan neutral. Neutral basbar
mestilah mempunyai saiz yang sama dengan basbar fasa. Busbar mengalirkan dan
mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar
yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat
sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan kerja pemasangan. Kedudukan
palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada juga yang
mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus
tidak melebihi 1.5A/mm persegi.

1.2 Pengasing

Pengasing (Isolator) digunakan hanya untuk pengasingan tempatan sahaja. Ianya tidak
digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan daripada suis
dimana ianya dikehendaki di 'OFF' apabila litar berkenaan tiada membawa arus.
Tujuannya bagi mempastikan yang bekalan tidak boleh dipulihkan sekiranya suis
kawalan di 'ON', yang boleh mendatangkan bahaya jikalau pada ketika itu pengendali
tidak menyangka litar-litar dihidup semula atau pun pada ketika itu penyelenggaraan
mekanikal sedang dibuat.
1.3 Alatubah Arus

Alatubah arus (current transformer) digunakan di dalam sesuatu pemasangan adalah


bagi mengelakkan penempatan jangka ampiar, jangka faktor kuasa dan geganti terus
kepada talian. Pemasangan meter dan geganti dengan menggunakan CT mempunyai
kebaikan berikut :-

a) Alat yang dikeluarkan daripada talian dengan terminal yang telah dibumikan,
dengan itu pengguna dan peralatan boleh dijauhkan dari apa-apa punca
bahaya.
b) Nisbah arus di dalam jangka akan menjadi 1/K kali arus talian dan dengan
pergerakan jangka sebanyak 5 A boleh digunakan bagi mengukur arus yang
lebih besar.

1.4 Kabel

Kabel yang biasa terdapat atau yang berkaitan dengan PSU ialah dari jenis:
a) PVC
b) PVC/PVC
c) PVC/SW A/PVC
d) PILCDSTAR

Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada ditingkat
bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk melalui
parit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel (cable box) atau
cable gland. Hujung kabel dipasang telinga kabel (cable lug), melalui telinga kabel
inilah kabel disambungkan menggunakan skrew dan nut kepada pemutus litar.
Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui pemutus litar. Saiznya selalunya
lebih kecil dari kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau melalui trunking atau
dulang kabel (cable tray), bergantung kepada kemana kabel tersebut pergi, samada ke
dalam bangunan atau keluar bangunan. ‘Cable-box termination’ digunakan untuk
kabel PILCDSTAR dan bagi kabel PVC/SWA/PVC, ‘cable-gland termination’
digunakan. Kabel-kabel tersebut kebiasaannya diamalkan untuk pemasangan kabel
bawah tanah.
1.5 Penyentuh

Penyentuh atau ‘contactor’ terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu digunakan
bersama-sama dengan alat-alat seperti suismasa (timeswitch), kapasitor bank, motor-
motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh mempunyai keupayaan
memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai ‘relay coil’ yang membuka dan
menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai sukatan arus bergantung kepada
alat-alat yang hendak digunakan

1.6 Busbar Coupler

Juga merupakan pengasing, biasanya digunakan untuk menyambung dua basbar dari
berlainan kemasukan dengan keadaan yang sama. Untuk menggelakkan Basbar
‘Coupler’ (pengganding) dan dua kemasukan bekalan yang berlainan di’ON’kan
serentak, ianya mesti dijalin dengan kekuncikaitpunca (interlocked).
2.0 LITAR DI DALAM BILIK PAPAN SUIS UTAMA

3.0 SPESIFIKASI PENGGUNAAN PAPAN SUIS UTAMA

1. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU.
Alat dan komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi
keseluruhan pemasangan ditempatkan di sini.
2. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada keupayaan
membawa arus. Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang
tertentu sahaja misalnya motor-motor elektrik.
4.0 JADUAL PENYELENGGARAAN SUB STESEN

BIL PERKARA BAIK TIDAK BAIK CATATAN

You might also like