You are on page 1of 10

YJY/BM1/6/10

SJK (C ) SIN MIN, TRONOH MINES, KAMPAR


PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR (JULAI)
6
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Nama :_____________________ Markah : _____________


Kelas : 6A Masa : 1 jam 15 minit
T.t Ibu
Arahan : Bapa/Penjaga:___________
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
Bahagian A
(20 markah)
Soalan 1 – 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Perak VS Kelantan

Peminat bola sepak berkumpul di pintu masuk ______________ untuk menyaksikan


perlawanan antara pasukan Perak menentang pasukan Kelantan semalam.
A stadium
B sekolah
C perhentian bas
D Aquaria KLCC

2 Encik Tan berasa gembira apabila melihat tanamannya hidup ____________.


A mekar
B subur
C cantik
D indah

3 Kawasan sawah padi di belakang rumah nenek terbentang ______________.


A bulat
B luas
C lebar
D panjang

4 Ashriesya mengulang kaji pelajaran di __________ biliknya kerana peperiksaan bakal


menjelang.
A bawah
B tepi
C belakang
D dalam

-1/10-
5 Encik Teng Wei Jie sering berulang alik dari Tronoh Mines _________ Kampar kerana
urusan perniagaan.
A di
B daripada
C ke
D pada

6 Pui Ning terpaksa menahan lapar _____________ dia tidak mempunyai wang belanja.
A sementara
B kerana
C bahawa
D walaupun

7 Xin Yee terpaksa ___________ di dalam bas kerana tempat duduk telah penuh.
A berlari
B bergaduh
C berjalan
D berdiri

8 Sudah ______________ Jia Kit meninggalkan keluarganya untuk bekerja di Singapura.


A berhari-hari
B berabad-abad
C berdekad-dekad
D bertahun-tahun

9 Puan Yew menyuruh kami duduk di tempat ________________ setelah beliau masuk ke
kelas.
A sekarang
B semalaman
C masing-masing
D lama-kelamaan

10 “_________________lah belajar supaya kamu lulus dalam peperiksaan nanti,” kata Guru
Besar kepada murid-murid tahun 6.
A Rajin-rajin
B Malas-malas
C Suka-suka
D Laju-laju

11 Xue Lee merupakan _______________ ibu dan ayahnya bagai menatang minyak yang
penuh.
A anak emas
B kepala batu
C bulan madu
D kakitangan

-2/10-
12 Tun Doktor Mahathir Mohamad merupakan _________________ ulung yang banyak
berjasa kepada negara.
A dermawan
B sejarawan
C negarawan
D usahawan

13 Pilih ayat yang menggunakan kata bilangan dengan betul.

A Beratus-ratus helai selimut telah didermakan kepada mangsa banjir.


B Di dalam beg itu ada setiap kilogram buah mangga.
C Penjenayah itu dipenjarakan selama berlapan tahun.
D Setengah orang anak Puan Haslina menjadi doktor.

Soalan 14
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.
14 Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang semasa perhimpunan.

A Apakah yang diperoleh oleh pemenang semasa perhimpunan tadi?


B Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang semasa
perhimpunan?
C Bagaimanakan para pemenang mendapat hadiah?
D Mengapakah Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang
semasa perhimpunan pagi?

Soalan 15
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
15 Bagaimana keadaan kelas kamu semasa ketiadaan guru?
A Kelas kami berada dalam keadaan yang bersih semasa ketiadaan guru.
B Kelas kami berada dalam kedaan yang senyap semasa guru tiada.
C Kelas kami telah dicat dengan cantik sekali atas kerjasama murid-murid.
D Kelas kami telah didenda oleh guru disiplin.

Soalan 16
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
16 Cikgu Sarizah menyuruh murid-murid menanggalkan kasut sebelum masuk ke bilik
komputer.
A “Jangan pakai kasut di dalam bilik sumber,” kata Cikgu Sarizah.
B “Sila pakai kasut semasa memasuki bilik komputer,” kata Cikgu Sarizah.
C “Murid-murid, kamu tidak dibenarkan masuk ke bilik komputer kerana kamu
tidak menanggalkan kasut,” kata Cikgu Sarizah.
D “Murid-murid, sila tanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam bilik komputer,”
kata Cikgu Sarizah.

-3/10-
Soalan 17 – 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Jumaat, 12 Jun 2018


Aku tiba di Kuantan, Pahang. Pak cik menunggu aku di Perhentian Bas Kuantan. Kami
terus ke rumahnya di Taman Permai.

Sabtu, 13 Jun 2018


Aku mengikut pak cik menghadiri majlis kenduri perkahwinan di rumah sahabatnya.
Pada sebelah petang, pak cik aku mengadakan majlis hari lahir untuk anaknya yang
kedua.

Ahad, 14 Jun 2018


Pak cik membawa aku dan anak-anaknya bersiar-siar di Teluk Cempedak. Kami
bermain air dan berenang. Pemandangan di sini sungguh indah dan permai.
Kemudian, kami makan di sebuah restoran terkenal di bandar Kuantan.

Isnin, 22 Jun 2018


Aku dan pak cik ke Pasar Raya Giant. Sungguh besar pasar raya ini. Inilah kali pertama
aku mengunjungi pasar raya seperti ini. Aku yang tinggal di kampung hanya ada
sebuah kedai runcit. Pak cik membelikan aku sehelai baju kemeja dan sehelai seluar
jean. Aku berasa sangat gembira.

Selasa, 23 Jun 2018


Aku mengikut pak cik berjumpa dengan sepupunya di Kuala Lipis. Pak cik ingin
mengucapkan selamat jalan kepadanya kerana dia akan menyambung pelajaran ke
luar negara.

Rabu, 24 Jun 2018


Pak cik menghantar aku ke perhentian bas. Sudah tiba masanya aku pulang ke rumah
kerana cuti sekolah bakal berakhir.

17 Siapakah yang menunggu penulis di Kuantan?


A Pak cik penulis
B Mak cik penulis
C Sepupu penulis
D Anak-anak pak cik penulis

18 Ke manakah penulis dibawa pada hari ketiga?


A ke kenduri kahwin
B ke Kuala Lipis
C ke Teluk Cempedak
D ke Pasar Raya Giant

-4/10-
19 Mengapakah pak cik membawa aku ke Kuala Lipis?
A untuk membelikan penulis baju dan seluar yang baharu.
B untuk bermandi-manda dan berenang di Teluk Cempedak.
C untuk mengucapkan tahniah kepada kawannya yang mengadakan
perkahwinan.
D Untuk mengucapkan selamat jalan kepada sepupunya yang bakal
menyambung pelajaran ke luar negara.

20 Rangkai kata menyambung dalam petikan bermaksud


A memanjangkan
B menambahkan
C menghabiskan
D meneruskan

(30 markah)
Soalan 21

21(a). Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong
dalam petikan yang diberi:

kuntum kepal potong bidang

Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga berkhemah di
kawasan yang lapang. Ayah membentangkan se__________ tikar di bawah pokok yang
rendang. Ibu meletakkan beberapa ____________ kek di atas tikar. Saya menemani adik
untuk memetik beberapa ___________ bunga di kawasan yang berhampiran.
[ 3 markah]
21(b). Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Puan Meera

Encik perlu belok kanan di


sudut Jalan Emas. Selepas itu,
terus sahaja mengikuti jalan
sehingga anda terlihat Bank
Rakyat. Rumah Datin Amirah
berada di sebelah bank itu.

Jawapan : _______________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[ 2 markah]
-6/10-
Soalan 22

22(a) Tukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.

Rumah orang kaya itu telah dimasuki pencuri.

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________
[ 2 markah]

22(b). Padankan jawapan dengan kata majmuk yang sesuai.

1. Wartawan itu sedang mengadakan   ambil alih


__________ dengan usahawan
muda yang berjaya itu.

2. Perniagaan kedai runcit Pak Mat   temu ramah


telah di_____________ oleh anak
perempuannya.

[ 2 markah]

Soalan 23

23(a). Betulkan kata adjektif di bawah dengan perkataan yang sesuai.

Contoh: Minyak wangi berjenama itu berbau manis. wangi


1 Pelakon lelaki itu sangat terkenal kerana wajahnya
yang cantik.
2 Xin Yee merupakan murid yang paling panjang di
dalam kelas itu.

[ 2 markah]

23(b). Tuliskan Betul atau Salah bagi penggunaan kata penguat pada pernyataan ayat
di bawah.

1 Harga barangan di pasar raya itu terlalu mahal benar.

2 Indah nian pemandangan di tepi pantai itu pada


waktu senja.
3 Kereta yang dipandu oleh Pui Ning sangat laju.

-6/10- [ 3 markah]
Soalan 24
Baca berita di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan ayat yang lengkap.

Perak, 2 Julai 2018 – Tiga orang daripada lima sahabat mati serta-merta, manakala
dua orang lagi mengalami cedera parah apabila kereta Perodua Kancil yang
dinaiki mereka terbakar selepas terlanggar pembahagi jalan di Kilometer 2, Jalan
Tronoh Mines petang semalam.
Chin Feng, 23, Alias, 22 dan Sanjay, 24 merupakan tiga orang kawan yang
meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Yik Heng dan Farid Yusof
mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Besar Ipoh. Mereka dimasukkan
ke Unit Rawatan Rapi.
Sewaktu kemalangan berlaku, lima sahabat ini dalam perjalanan ke Kuala
Lumpur, iaitu kira-kira pada pukul 10.00 pagi. Kemalangan ini dikatakan berpunca
daripada kereta yang dipandu oleh Farid Yusof tidak dapat dikawal dan terbabas
lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan terbakar.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Encik Mansur Man, keadaan jalan yang
licin akibat hujan lebat dan muatan yang lebih menyebabkan kenderaan tidak
dapat dikawal. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk
mengeluarkan mangsa yang tersempit di dalam kenderaan.
Kesemua mangsa yang terkorban telah dikebumikan di kampung halaman
masing-masing, lewat petang semalam.

a. Kemalangan yang melibatkan maut ini berpunca daripada _____________________


________________________________________________________________________________.
[ 1 markah]

b. Siapakah yang mengalami cedera parah dalam kemalangan itu?


_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[ 2 markah]

-7/10-
c. Berpandukan petikan di atas, tuliskan Betul atau Salah bagi pernyataan ayat di
bawah.
1 Kemalangan ini berlaku di Kilometer 2, Jalan Kelantan.

2 Kemalangan ini berlaku pada pukul 10.00 pagi.

3 Pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam


untuk mengeluarkan mangsa yang tersempit.
4 Mangsa yang terkorban telah dikebumikan pada
malam kemalangan tersebut.

[ 2 markah]
d. Pada pendapat kamu, apakah cara-cara untuk menjaga keselamatan diri di jalan
raya? Berikan dua cara yang difikirkan sesuai.

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

[ 3 markah]
Soalan 25
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Inilah kisah sebuah negara,


Negara Malaysia diberi nama,
Negara maju aman sejahtera,
Negara maju membangun bersama,
Rakyat bersatu demi negara,
Menjadikan ia negara ternama.
Semangat muhibah tetap diutama,
Demi Malaysia negara tercinta.
Pemimpin dan rakyat bersatu,
Memupuk semangat generasi baru,
Itulah kisah negara kita,
Demi sebuah negara yang satu,
Setiap rakyat hidup bahagia,
Hidup dalam bersatu padu.
Sanggup berkorban harta dan nyawa,
Demi sebuah negara Malaysia.
Pelbagai kejayaan telah ditempa,
Di persada dunia nama tercipta,
Sukan kita taraf antarabangsa,
Menjadi kebanggaan rakyat kita.

a. Mengapakah rakyat Malaysia berasa bangga?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[ 1 markah]

b. Padankan pernyataan ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

i Negara Malaysia sanggup berkorban untuk


rakyatnya.
Betul
ii Pemimpin dan rakyat tidak mahu
membangunkan negara.
Salah
iii Rakyat perlu hidup bersatu padu.

[ 2 markah]

-9/10-
Itulah kisah negara kita,
Setiap rakyat hidup bahagia,
Sanggup berkorban harta dan nyawa,
Demi sebuah negara Malaysia.

c. Terangkan maksud rangkap syair di atas.


_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[ 2 markah]

d. Apakah pengajaran yang terdapat di dalam syair itu? Berikan pendapat anda.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[ 3 markah]

You might also like