You are on page 1of 1

Pertandingan Perarakan Kelas

Sempena Sambutan Hari MALAYSia


Peringkat Sekolah 2018
Syarat –Syarat Pertandingan:

Semua peserta pertandingan Perarakan Kelas adalah tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan
berikut :

1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua kelas Tingkatan 1,2 dan 4 sahaja. Ketua kelas
perlu mengesahkan penyertaan masing-masing kepada Pn Tina Gulil (Sesi Petang) dan Pn. Stum Semob
(Sesi Pagi) selewat-lewatnya pada 10 September 2018 ( Isnin ).

2. Setiap kelas perlu menghantar seramai 30 hingga 40 orang peserta. Pengecualian hanya diberi
kepada kelas yang memang mempunyai bilangan yang kecil.

3. Pakaian para peserta mestilah sesuai dengan tema iaitu mencerminkan kepelbagaian etnik di
negara kita. Pakaian kasual atau jeans tidak dibenarkan. Pakaian juga haruslah sopan dan tidak mencolok
mata.

4. Semasa berarak, setiap kelas perlu menonjolkan unsur kreativiti, kekemasan dan patriotisme.

5. Setiap kelas tidak dibenarkan membuat sebarang persembahan di hadapan astaka atau
markah sebanyak 5% akan dipotong.

6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Pembahagian Markah Pertandingan Perarakan Kelas

Perkara Kriteria Pembahagian


Kreatif & menarik
Plakad 10 m
Tulisan jelas
Kesesuaian pakaian pada tema
Pakaian 25 m
Kemas & keceriaan
Susunan kumpulan mengikut paras
(tinggi dan rendah)
Kekemasan 15 m
Jarak deretan kumpulan
Susunan anggota (kemas, menarik dan teratur)
Kreativiti / lenggang tangan
Persamaan / keseragaman
Persembahan 50 m
Tertib berjalan
Semangat & kesungguhan

You might also like