You are on page 1of 3

Bahagian A: KARANGAN

Budaya merupakan perkara yang penting dan amat berharga dalam sesebuah kaum.
Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi melestarikan warisan budaya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyatnya yang


berbilang kaum. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina
dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Setiap kaum
yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing yang telah
diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Budaya yang diamalkan dan
diwarisi sama ada dari aspek kesenian, bahasa, adat resam, muzik, agama,
kepercayaan mahupun undang-undang mempunyai keunikannya yang tersendiri bagi
setiap kaum. Oleh yang demikian, usaha-usaha perlu dilakukan oleh semua pihak
agar tradisi kebudayaan dalam semua kaum tidak lenyap dari kehidupan masyarakat
sekarang ekoran daripada arus pemodenan yang semakin berleluasa.

Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak
untuk terus mengekalkan sesuatu budaya yang diamalkan antaranya ialah dari pihak
diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu itu memainkan peranan yang amat
penting dalam mengekalkan sesuatu kebudayaaan kerana tanpa tindakan daripada
individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil. Seseorang individu
dalam setiap kaum itu haruslah mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneruskan
budaya yang terdapat dalam bangsa mereka itu sendiri supaya kebudayaan itu dapat
terus dikekalkan, sebagai contohnya anak-anak muda seharusnya membuka mata
mereka untuk belajar tentang tarian Melayu seperti Tarian Zapin, Tarian Ulik Mayang,
Tarian Joget, Dikir Barat, dan sebaginya.

Selain dari diri individu itu sendiri, pihak sekolah juga memainkan peranan yang
penting untuk meneruskan aktiviti kebudayaan dalam semua kaum di Malaysia. Pihak
sekolah boleh mewujudkan persatuan atau kelab yang berkaitan dengan kebudayaan
yang terdapat dalam sesuatu kaum. Sekolah memainkan peranan yang agak penting
kerana menjadi rumah kedua kepada golongan kanak-kanak dan remaja selepas
rumah mereka dan banyak masa yang akan dihabiskan oleh golongan ini di
sekolah.Oleh itu, dengan adanya persatuan atau kelab yang berkaitan dengan aktiviti
kebudayaan dan kesenian, pasti akan dapat menggalakkan pelajar terutamanya
sewaktu mereka masih muda ini untuk terus melibatkan diri dan mewarisi sesuatu
aktiviti kebudayaan.

Seterusnya, pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengekalkan tradisi kaum-kaum di Malaysia. Kerajaan khususnya Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk
mengadakan aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam
setahun untuk memdedahkan kepada rakyat tentang keunikan budaya yang terdapat
di Malaysia. Pesta Kebudayaan dan Kesenian boleh diadakan di peringkat negeri,
negara mahupun antarabangsa untuk menunjukkan pelbagai aktiviti kebudayaan
yang terdapat di Malaysia yang meliputi tarian, muzik, makanan, pakaian dan
sebaginya. Selain itu, kerajaan juga boleh mengadakan rumah terbuka secara besar-
basaran bagi setiap parayaan yang di sambut di Malaysia seperti Perayaan Hari Raya
Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Gawai, dan sebainya.
Aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan rakyat malaysia tanpa mengira kaum
apabila semua kaum disatukan di bawah satu bumbung.

Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen


untuk menggalakkan masyarakat untuk terus memartabatkan budaya masing-masing
sama ada dalam negara mahupun sehingga ke luar negara. Kempen-kempen yang
akan dilakukan haruslah dibuat secara berterusan supaya tidak jadi seperti hangat-
hangat tahi ayam sahaja. Contoh kempen yang boleh dilakukan ialah “Bersama Kita
Mengekalkan Budaya Kita” atau “Budaya Melambangkan Bangsa”. Semua pihak
boleh mendapat kerjasama daripada media cetak atau elektronik untuk menjayakan
lagi kempen-kempen yang akan dijalankan.

Kesimpulannya, semua tindakan yang disuarakan tadi memang praktikal untuk


dilaksanakan di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutama remaja itu amat
diperlukan agar kebudayaan kita ini terus berkekalan. Kegagalan untuk mengekalkan
kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej negara dan masyarakat itu sendiri akan
musnah dalam sekelip mata sahaja. Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk
dek hujan' yang membuktikan betapa pentingnya kebudayaan sesebuah bangsa itu
dalam kehidupan.
Bahagian B: KEFAHAMAN BACAAN

Pada pandangan saya, bahasa Melayu mampu menjadi wahana perpaduan bangsa
Malaysia dalam membina tradisi keilmuan, Bahasa Melayu harus diperjuangkan dan
diletakkan sebagai bahasa saintifik serta digunakan dalam sistem pendidikan dan
pentadbiran negara. Perpaduan tunggak penting dalam masyarakat berbilang
bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar kacir dan musnahlah sebuah negara
berdaulat.

You might also like