You are on page 1of 4

SJK(C) SIN MIN, TRONOH MINES

霹雳金宝东兴港新民国民型华文小学
31910 KAMPAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

Tel/Fax: 05-4660181 Kod Sek: ABC 9009 E-mel: ABC9009@moe.edu.my

Ruj.Tuan:
Ruj.kami:
Tarikh: 28.10.2019
Kepada :

Semua Guru

Tuan / Puan / Cik,

NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM BIL. 4/2019


Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil.
4/2018 akan diadakan seperti yang tercatat di bawah :

Tarikh : 4.11.2019 (Isnin)


Masa : 4:15 ptg - 5:15 ptg
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Agenda:
1.Ucapan Pengerusi
2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu
3 Perkara Berbangkit
4 Perkara Perbincangan
4.1 Penyertaan Pertandingan MSSDKS
4.2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
4.3 Aktiviti Kokurikulum
4.4 Hari Anugerah
4.5 Hari Gotong-royong
4.6 Hal-hal Lain
5 Ucapan Penangguhan

Tuan /Puan adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut tanpa gagal. Kerjasama daripada
pihak tuan / puan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

________________________
( Pn Yew Jie Ying)
Setiausaha
Jawantankuasa Kokurikulum
S J K ( C ) SIN MIN TRONOH MINES 31910 KAMPAR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH ( JKKS ) BIL.4/ 2019

TARIKH : 4.11.2019 (Isnin)


MASA : 4.15p.m. – 5.15p.m.
TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah
SENARAI KEHADIRAN :
1
2
3
4
5
6

AGENDA :

1. UCAPAN PENGERUSI
Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru.
Kerjasama amatlah dihargai.

2. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU


Pencadang: Cik Chan
Penyokong: Pn Cheong

3. PERKARA BERBANGKIT
-

4. PERKARA PERBINCANGAN

4.1 Penyertaan Pertandingan MSSDKS

4.1.1 Pertandingan Ping Pong MSSDKS akan dijalankan pada 11 November


2019 (Isnin) di SJKC XXXX. Pihak sekolah memutuskan bahawa tiada pasukan
Ping Pong akan dihantar bertanding pada tahun ini atas budi bicara guru besar dan
juga disebabkan pertukaran Pn.Teh selaku jurulatih Ping Pong ke sekolah lain pada
awal tahun.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Jurulatih dan guru pengiring perlu menetapkan masa latihan dan berlatih
mengikut jadual yang ditetapkan untuk murid-murid yang terlibat dalam
pertandingan MSSDKS.
Tindakan : Makluman

4.1.4 Senarai pertandingan dan jurulatih 2020 akan diedarkan nanti. Masa
latihan untuk murid-murid yang terlibat dalam pertandingan MSSDKS akan
ditambah dalam senarai tersebut. Jurulatih perlu melatih murid-murid sekurang-
kurangnya sekali seminggu.Chong WL (murid tahun 5) dan Chong WC (murid
tahun 3) tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan luar kerana bantahan
daripada ibu bapa mereka.
Tindakan :GKKK, Jurulatih

4.1.5 Murid berumur antara 10 tahun hingga 11 tahun dibenarkan untuk


menyertai Pertandingan Ping Pong dan Pertandngan Badminton MSSDKS di
bawah kategori Sekolah Rendah sahaja. Murid berumur 12 tahun dikategorikan
dalam kumpulan Sekolah Menengah.
Tindakan : Makluman

4.2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)


4.2.1 Data SEGAK tahun 4 hingga tahun 6 telah diisikan dan disahkan
manakala data PAJSK tahun 4 hingga tahun 6 juga telah disahkan.

Tindakan: Cik Chong,Pn. Cheong,Pn.Ho

4.2.2 Buku PAJSK murid tahun 4 hingga tahun 6 telah direkodkan.

Tindakan : Makluman

4.3 Aktiviti Kokurikulum


4.3.1 Aktiviti kokurikulum telah dijalankan 12 kali secara berasingan untuk
setiap unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan permainan.

Tindakan : Makluman

4.3.2 Semua laporan aktiviti kokurkulum telah ditulis dengan lengkap. Laporan
tahunan bagi unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan permainan telah
disediakan dan disemak.

Tindakan : Makluman

4.3.3 Semua softcopy dokumen dan laporan yang berkaitan dengan aktiviti
sekolah dan fail-fail kokurikulum perlu disimpan ke dalam komputer 3/pkkk/fail
1/2/3.
Tindakan : Semua Guru

. 4.4 Hari Anugerah


4.4.1 Tarikh Hari Anugerah ditetapkan pada 20 November 2019 (Rabu). Raptai
Hari Anugerah akan diadakan pada 18 November 2019 (Isnin).
Tindakan : Makluman
4.4.2 Persiapan dewan perlu disediakan sebelum 15 November 2019.
Tindakan : Pn. Ho,Cik Chan
4.4.3 Semua piala dan hadiah yang telah ditempah dan dihantar ke sekolah
nanti, guru yang berkenaan perlu menyemak bilangan hadiah-hadiah supaya
mencukupi.
Tindakan: GKKK

4.4.4 Semoga semua guru dapat berkerjasama untuk menjayakan Hari


Anugerah Cemerlang tahun 2019.

Tindakan : Semua Guru

4.5 Hari Gotong-royong


4.5.1 Aktiviti gotong-royong akan ditetapkan pada 21 November 2019 (Khamis).
Tindakan : Makluman

4.5.2 Semua guru akan bertanggungjawab untuk membersihkan bilik-bilik khas


dan kawasan sekolah dengan bantuan murid-murid yang
ditetapkan.Senarai tugas-tugas khas guru akan diedarkan nanti.
Tindakan : GKKK

4.6 HAL-HAL LAIN


-Tiada-

5. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________ _______________
( ) ( )
Setiausaha Guru Besar
Jawatankuasa Kokurikulum

You might also like