You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KETIGA 2017

Tarikh : 14 November 2017


Hari : Selasa
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Guru SKKD

Kehadiran :
1. Pn Ismayati Binti Omar Pengerusi
2. En Goh Chee Kean
3. En Afizudin Bin Idrus
4. Pn Siti Zaida Binti Mohd Tohid

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat
datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang
turut menghadiri Mesyuarat Panitia Matematik Kali Ketiga bagi tahun 2017.

1.2 Pengerusi berharap semua guru telah habis menanda kertas peperiksaan dan mengisi
markah di dalam SAPS.

1.3 Pengerusi mengingatkan semua guru membuat analisis peperiksaan Akhir Tahun bagi
memperbaiki dan mengenalpasti kelemahan murid.

1.4 Guru juga diingatkan agar membuat PBS dan menyerahkan keputusan kepada SU PBS
sekolah.

1.5 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan
tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2017. Beliau juga berharap prestasi ini
dapat diteruskan dengan lebih cemerlang pada tahun hadapan. Beliau berdoa semoga
keputusan UPSR juga terutamanya matapelajaran Matematik akan meningkat pada
tahun ini.

Tindakan : Makluman AJK

AGENDA 2 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG LALU

2.1. Encik Goh Chee Kean selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

2.2 Encik Afizudin Bin Idrus mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Puan Siti Zaida Binti Mohd Tohid.

Tindakan : Makluman AJK


AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

Tiada

AGENDA 4 : POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

4.1. Seperti dalam lampiran.


Tindakan : Makluman AJK

4.2. GPK 1 menyatakan bahawa Panitia Matematik perlu berusaha lebih untuk meningkatkan
prestasi subjek Matematik.

Tindakan : Guru Matematik

4.3 Pengerusi menegaskan supaya semua guru Matematik mengenalpasti punca


kelemahan dan tingkatkan program peningkatan.
Tindakan : Guru Matematik

AGENDA 5 : PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MATEMATIK

5.1. Panitia Matematik akan mengkaji semula perancangan strategik yang dibuat dan akan
membina semula pelan.

5.2 Guru-guru Matematik diminta memberi kerjasama untuk merancang program dan aktiviti
untuk Panitia Matematik.

5.3 Perkongsian analisis kelemahan dan kekuatan murid tahun 6 2017:

5.3.1 Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan berkaitan
penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga barang.

5.3.2 Murid-murid juga lemah dalam soalan berdasarkan rajah.

5.3.3 Markah Kertas 1 cukup makan sahaja.

5.3.4 Encik Goh Chee Kean menyarankan agar murid-murid menghafal terus nilai
pecahan dalam topik-topik seperti Jisim, Isipadu, Jarak dan sebagainya.
Contohnya : ¼ = 25%, ¼ kg = 250 gram, ½ km = 500 meter.

5.3.5 Pengerusi juga memberi maklum balas agar pelbagai Modul Latihan diberikan
kepada murid-murid UPSR. Modul Latihan adalah penting bagi meningkatkan
pengukuhan dan kuantiti murid-murid UPSR tahun 2018

Tindakan : Semua Guru Matematik


AGENDA 6 : PENGURUSAN HEADCOUNT

6.1 Semua guru diminta bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan Dalaman dalam
menguruskan TOV dan Headcount.

6.2 Headcount individu perlu disediakan disamping Headcount Mata Pelajaran.

6.3 Headcount murid Tahun4, 5 dan 6 boleh dibuat melalui aplikasi Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS).

6.4 Analisis bagi Akhir Tahun seperti di dalam lampiran.

Tindakan: Semua Guru Matematik

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

7.1 Semua guru KSSR perlu memasukkan data prestasi PBS ke dalam data
offline.Pengerusi mengingatkan semua murid perlu melepasi Band 4 kecuali murid
LINUS ataupun murid yang mengalami masalah kehadiran sahaja.

7.2 Semua guru di minta memberi cadangan aktiviti panitia untuk tahun hadapan. Semua
cadangan perlu di sampai ke tangan setiausaha panitia selewat-lewatnya 23 hb
November 2017.

Tindakan: Semua guru

AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah
menyumbangkan idea dan cadangan untuk meningkatkan lagi prestasi Matematik murid-
murid SKKD.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………........ ………………………...........
Encik Goh Chee Kean Puan Ismayati Binti Omar
Setiausaha Ketua Panitia

You might also like