You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 19 Januari 2017


Hari : Khamis
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Guru SKKD

Kehadiran :
1. En Abd Aziz Bin Ishak GPK 1
2. Pn Ismayati Binti Omar Pengerusi
3. En Goh Chee Kean
4. En Afizudin Bin Idrus
5. Pn Siti Zaida Binti Mohd Tohid

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.

1.2. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-
hal yang berkaitan dengan Perancangan Panitia Matematik Sesi 2017

Makluman: AJK
AGENDA 2 : UCAPAN GPK 1

2.1. GPK 1 mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Matematik di SKKD .

2.2 GPK 1 mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli panitia kerana kejayaan pelajar dalam
peperiksaan 2016, khasnya Matematik pada UPSR.

2.3 GPK 1 mengharapkan semua ahli Panitia dapat merancang aktiviti tahun ini dan
memastikan keputusan Matematik dapat di pertingkatkan.

Makluman: AJK

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG


LALU

3.1. Encik Goh Chee Kean selaku Setiausaha sesi 2016 membentangkan minit mesyuarat
yang lalu.

3.2 Puan Siti Zaida Binti Mohd Tohid mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh Encik Afizudin Bin Idrus.

Makluman: Ahli Panitia


AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT

Tiada

AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM

5.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2016, Peperiksaan UPSR telah dijalankan
berdasarkan format baharu. Kertas 015/1 dan 015/2 Matematik SK selama 1 jam
masing-masing. Pengerusi meminta guru-guru yang terlibat supaya sentiasa peka
dengan bentuk format baharu dan guru tahun 1 hingga 5 juga di minta mengadakan
latihan dan ujian berdasarkan format baharu. Bahan-bahan contoh boleh dimuat turun
dari laman web kementerian pelajaran Malaysia.
Makluman: Ahli Panitia

5.2. Pengerusi juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti LINUS, I-
Think dan dasar lain yang terkandung dalam pembelajaran Abad ke 21.

Tindakan: Ahli Panitia


AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN

6.1. Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan (RPT),


rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2, 3, 4,
5, dan 6 format KSSR .
Tindakan: Ahli Panitia

6.2. Pengerusi memberitahu bahawa HSP, boleh dimuat turun melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
Makluman: Ahli Panitia

6.3. Pengerusi juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan secepat
mungkin untuk pemantauan.
Tindakan: Ahli Panitia

AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

7.1. Pengerusi menjelaskan bahawa buku Rekod Mengajar Guru pada tahun ini perlu
disediakan mengikut format KSSR untuk tahun 1, 2, 3,4, 5 dan 6 mengikut format KSSR.
Bagi guru yang ingin menggunakan Persediaan Mengajar bentuk Fail digalakkan
menggunakan satu format khusus dan seragam.

Tindakan: Semua Warga Sekolah

7.2. Pengerusi berharap semua guru menyediakan buku Rekod Mengajar Guru sehari
sebelum pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Tindakan: Semua Warga Sekolah
AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK

8.1. Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
Tindakan:Semua Warga Sekolah

8.2. Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan mengajar
hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.

Tindakan: Semua Warga Sekolah

AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID

9.1. Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap minggu.

Tindakan: Semua Guru

9.2. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.
Tindakan: Semua Guru

AGENDA 10 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut Abad 21.
Tindakan: Semua Guru

10.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin.
Tindakan: Semua guru

10.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi menarik
minat murid.
Tindakan: Semua guru

AGENDA 11 : AKTIVITI – AKTIVITI KELAB MATEMATIK

11.1 Pengerusi memohon supaya Kelab Matematik mengadakan aktiviti yang menyokong
kepada Panitia Matematik.

Tindakan: Guru Penasihat Kelab Matematik


AGENDA 12 HAL-HAL LAIN

12.1. Semakan buku tulis murid-murid perlu diteruskan dan penggunaan BBM perlu
dipertingkatkan.

12.2 Bacaan Sifir setiap waktu sebelum sesi P & P Matematik perlu diteruskan. Pengerusi
memohon dipelbagaikan kaedah penyoalan supaya murid seronok. Penggunaan kad
akan dijadikan rekod sifir murid.

12.3 Aktiviti pagi Khamis selama 5 minit akan diteruskan. Guru terlibat dikehendaki mematuhi
waktu aktiviti yang ditetapkan iaitu pada pukul 7.30 – 7.35 pagi.

Tindakan: Semua guru

AGENDA 13 : UCAPAN PENANGGUHAN

13.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana menyumbang
idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Matematik.

13.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………........ ………………………...........
Encik Goh Chee Kean Puan Ismayati Binti Omar
Setiausaha Ketua Panitia

You might also like