You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA 2017

Tarikh : 15 Jun 2017


Hari : Khamis
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Guru SKKD

Kehadiran :
1. En Abd Aziz Bin Ishak GPK 1
2. Pn Ismayati Binti Omar Pengerusi
3. En Goh Chee Kean
4. En Afizudin Bin Idrus
5. Pn Siti Zaida Binti Mohd Tohid

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
memulakan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa kerana dapat mengadakan


mesyuarat kali kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun guru-guru agak
sibuk dengan pelbagai program sekolah.

1.3 Mengingatkan supaya guru fokus kepada objektif, teknik dan strategi yang digunakan
serta penilaian dan pentaksiran dalam kelas.

Tindakan : Makluman AJK


AGENDA 2 : UCAPAN GPK 1

2.1. GPK 1 mengalu-alukan kehadiran semua ahli Panitia Matematik.

2.2 GPK 1 berharap segala perancangan tahunan melibatkan semua guru matematik.

2.3 GPK 1 mengharapkan bahawa mesyuarat ini adalah untuk merancang tidakan susulan
yang perlu dilakukan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Tindakan : Makluman AJK

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PANITIA YANG


LALU

3.1. Encik Goh Chee Kean selaku Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

3.2 Encik Afizudin Bin Idrus mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Puan Siti Zaida Binti Mohd Tohid.
Tindakan : Makluman AJK
AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT

Tiada

AGENDA 5 : POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

5.1. Seperti dalam lampiran.


Tindakan : Makluman AJK

5.2. GPK 1 menyatakan bahawa Panitia Matematik perlu berusaha lebih untuk meningkatkan
prestasi subjek Matematik.

Tindakan : Guru Matematik

5.3 Pengerusi menegaskan supaya semua guru Matematik mengenalpasti punca


kelemahan dan tingkatkan program peningkatan.
Tindakan : Guru Matematik

AGENDA 6 : LAPORAN LINUS

6.1. Saringan 1 Matematik telah dilaksanakan dan data akan dimasukkan ke dalam data
LINUS. Kelas Intervensi LINUS akan dilaksanakan bersama dengan guru pemulihan.

Tindakan : Makluman AJK

AGENDA 7 : AKTIVITI MINGGU PANITIA

7.1. Bagi aktiviti Tahun 1 & 2 ialah menyambung titik dan mewarna mengikut nombor.

7.2 Bagi aktiviti Tahun 3 & 4 ialah teka silang nombor dan sudoku.

7.3 Bagi aktiviti Tahun 5 & 6 ialah Kuiz Matematik dan Bijak Sifir.

Tindakan: Semua Guru Matematik

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa format UPSR yang baru perlulah diterapkan dalam
aktiviti PdP supaya murid dapat membiasakan diri terutamanya bagi tahun 4 dan 5.

Tindakan: Semua guru


AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN

13.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya.

13.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………........ ………………………...........
Encik Goh Chee Kean Puan Ismayati Binti Omar
Setiausaha Ketua Panitia

You might also like