You are on page 1of 3

KERTAS KERJA HARI KANTIN

SEK. KEB SUNGAI KAYU

1.0 PENDAHULUAN

Hari Kantin adalah satu acara yang diadakan bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak
didapati secara langsung melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Program seperti ini
diadakan untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman kepada murid-murid dalam bidang perniagaan
serta mencungkil bakat terpendam melalui aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang program Hari
Kantin. Pengisian aktiviti seperti ini dapat memberi impak positif khususnya kepada murid-murid yang lemah
dalam bidang akademik untuk menonjolkan dan melibatkan diri secara aktif dalam bidang keusahawanan.
Selain itu, program Hari Kantin turut mmbantu untuk menyemai hubungan ukhuwah dalam kalangan guru-
guru, murid- murid dan ibu bapa.

2.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan Projek Hari Kantin ini diharapkan memberi peluang kepada murid-murid untuk:
2.1 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baharu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
2.2 Memberi kesedaran kepada murid-murid untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
dengan baik.
2.3 Mewujudkan hubungan silaturrahim yang baik antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.

3.0 PENYERTAAN DAN KUMPULAN SASARAN


Terbuka kepada semua murid-murid, guru-guru, pentadbir, warga Sek. Keb. Sungai Kayu, ibu bapa serta
komuniti setempat.

4.0 TEMPAT PELAKSANAAN


Kawasan perkarangan Sek. Keb. Sungai Kayu (Lampiran 1: Pelan Kawasan)

5.0 TARIKH/HARI/MASA
Berikut adalah butiran program yang dirancang:
Tarikh : 12 Mac 2020
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

6.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Tn. Hj. Tajudin Bin Ahamat (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn. Junaidah Awang Damit (Pen. Kanan HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Munirah Abdullah (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : En. Hanafiah Abdul Jalil (Pen. Kanan KoKurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Noor Hayati Wasli (Pen. Kanan Petang)
Penyelaras Program : Cik Khalisah Kaling (Ketua Unit Kantin)
Setiausaha : Pn. Risminih Abdul Rahim
Bendahari : Pn. Nurul Aini Zubait

6.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Persediaan Tapak :
& Gerai

Publisiti :

Pengacara :

Dokumentasi

Kebersihan

Pengelola Aktiviti

Pertandingan Masakan
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Beyblade

Nyanyian Karaoke

7.0 TENTATIF PROGRAM

7..00 am - Guru Kelas mengambil kehadiran di tapak perhimpunan.


7.30 am - Ketua-ketua Gerai membuat persediaan di gerai masing-masing.
8.00 am - Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Beyblade
- Pertandingan Masakan
- Nyanyian Karaoke
12.00 am - Mengemas & membersihkan kawasan tapak
12.30 - Program tamat.
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL AKTIVITI HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH


BANNER 3 X 6 RM80.00 1

9.0 PENUTUP

Program adalah perlu diadakan bagi memberi pengalaman baharu serta menyeronokan
kepada murid-murid Sek. Keb. Sungai Kayu. Aktiviti dan pengisian sepanjang program ini
merupakan salah satu medium yang terbaik untuk membentuk insan yang cemerlang.
Adalah diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat
kerjasama daripada semua pihak.

You might also like