You are on page 1of 13

ACTION RESEARCH

(EDG 3402)
DR HANIZA BT RAIS

TAJUK:
PENGARUH RAKAN SEBAYA KE ATAS
TINGKAH LAKU NEGATIF REMAJA LELAKI

DISEDIAKAN OLEH:
SITI TASNIM BINTI ABD MANAN
DL1515910
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN

2.0 SOROTAN LITERATUR

3.0 PERNYATAAN MASALAH

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.0 PERSOALAN KAJIAN

6.0 METODOLOGI KAJIAN

6.1 Pendahuluan

6.1.1 Metod Kajian

6.1.2 Jenis Kajian

6.1.3 Kaedah Kutipan Data

6.1.4 Maklumat Responden

7.0 DAPATAN KAJIAN

8.0 PERBINCANGAN

9.0 KESIMPULAN

SENARAI RUJUKAN
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca tingkah laku negatif, meneroka

bagaimana rakan sebaya mempengaruhi kelakuan negatif dalam kalangan remaja dan

mengenalpasti bagaimana remaja dapat memperbaiki situasi tersebut. Seramai 3 orang

remaja lelaki telah dipilih sebagai sampel kajian saya. Kajian ini menggunakan kaedah

Perbincangan Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion) sebagai instrumen kajian.

Setiap remaja menyatakan perkara-perkara berlakunya tingkah laku negatif di dalam

perbincangan secara berkumpulan tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa punca utama

remaja terlibat dengan tingkah laku negatif ialah pengaruh rakan sebaya. Beberapa kaedah

bagaimana remaja dapat tangani situasi ini turut dibincangkan bersama.

Kata kunci: Pengaruh rakan sebaya, tingkah laku negatif, remaja lelaki

PENDAHULUAN

Jika dulu, golongan remaja yang terlibat dalam kes-kes jenayah yang serius hanyalah kecil

bilangannya, tetapi kini angka itu semakin meningkat dengan mendadak sekali bukan sahaja

membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut

memberi kesan terhadap masyarakat dan kredibiliti sekolah yang berperanan dalam

pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda. Pelbagai tafsiran atau label yang boleh

diberikan kepada remaja-remaja yang terlibat dalam gejala sosial. Menurut Azizi dan Rosnah

(2007), mereka yang melanggar norma masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan

yang bertingkah laku devian. Azizi dan Rosnah juga menjelaskan, mereka yang bertingkah

laku devian ini akan dikenali sebagai delinkuen apabila mereka masih bersekolah atau

remaja. Apa yang jelas, delinkuen ini adalah tingkah laku yang melanggar peraturan dan

undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sementara itu,

menurut Haslina (2000) pula, delinkuen dan tindakan ganas oleh para remaja merupakan
perlakuan yang diwarisi oleh para remaja yang lebih muda daripada remaja lelaki yang lebih

tua aktiviti-aktiviti mereka tertumpu di beberapa kawasan luar sekolah. Masalah sosial adalah

sesuatu yang merangkurni pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang

tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh

sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada

masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006),

penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor,

antaranya faktor dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti,

kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani

(2004) pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan

akhlak di kalangan remaja. Tingkah laku negatif merupakan fenomena modenisasi dan

kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu

berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri.

Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan.

Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh

menyebabkan gejala sosial yang sememangnya parah akan bertambah parah. Fenomena ini

merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia boleh merugikan

negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala tingkah laku negatif yang dihadapi oleh

para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar

terhadap pembangunan dan kemajuan negara.

Sehubungan dengan itu, kajian dijalankan untuk mengenalpasti punca-punca tingkah

laku negatif, meneroka bagaimana rakan sebaya mempengaruhi kelakuan negatif dalam

kalangan remaja dan mengenal pasti bagaimana remaja dapat memperbaiki situasi tersebut.

Kajian ini dibuat berdasarkan kaedah kajian kualitatif. Terdapat 3 orang responden yang telah

ditemu bual bagi mendapatkan maklumat.


SOROTAN LITERATUR

Tingkah laku remaja boleh dipengaruhi oleh persekitaran, dan pada masa yang sama remaja

berperanan untuk membentuk persekitaran mereka (Bronfenbrenner, 1989). Aspek utama

yang memainkan peranan dalam membentuk tingkah laku remaja ialah hubungannya dengan

ibu bapa dan rakan. Rakan sebaya dianggap sebagai pengganti keluarga serta merupakan satu

mekanisme peralihan hidup dari zaman kanak-kanak ke alam remaja. Rakan sebaya ialah

kumpulan yang berumur lingkungan yang sama seperti rakan sekolah ataupun mempunyai

hubungan persahabatan dalam berkongsi pengalaman, perasaan serta pandangan tentang

hidup dan amat mempengaruhi pembentukan tingkah laku.

Terdapat kajian yang membuktikan hubungan dengan rakan sebaya memberikan lebih

banyak pengaruh negatif, devian dan juga tindakan yang agresif berbanding pengaruh positif

(Zahrt & Lange, 2011; Albert & Steinberg, 2011; Brechwald & Prinstein, 2011). Kajian

Tome, Matos, Simoes, Camacho dan Diniz (2012) mendapati rakan sebaya mempunyai

pengaruh secara langsung serta bertindak sebagai moderator untuk terlibat dalam tingkah

laku negatif.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah tingkah laku negatif yang melanda remaja pada masa kini jelas makin hari makin

membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita-berita mengenai permasalahan yang

mengaitkan tingkah laku remaja. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, antara masalah-

masalah tingkah laku yang sering ditimbulkan oleh remaja pada masa kini adalah seperti

merompak, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, terlibat dengan video

lucah, bergaduh, menyerang fizikal, meminum minuman keras, lumba haram, berjudi,

vandalisme, mencuri, melepak, melawan ibu bapa dan sebagainya.


Menurut Abd. Rahim (2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-

faktor persekitaran keluarga, pengaruh rakan sebaya, persekitaran sosial dan budaya yang

akan mencorakkan perkembangan tingkah laku mereka. Memandangkan remaja merupakan

aset kekayaan semulajadi negara dan bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan

masa depan politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara kita, maka penyelidik merasakan

kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial perlu

dibuat dan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, dalam kajian ini saya hanya mengfokuskan kepada pengaruh

rakan sebaya ke atas tingkah laku negatif terhadap remaja lelaki.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut;

a) Mengenal pasti punca-punca tingkah laku negatif.

b) Meneroka bagaimana rakan sebaya mempengaruhi kelakuan negatif dalam kalangan

remaja.

c) Mengenal pasti bagaimana remaja dapat memperbaiki situasi tersebut.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berikut;

a) Bagaimanakah remaja mengenal pasti punca-punca tingkah laku negatif?

b) Sejauh manakah rakan sebaya mempengaruhi kelakuan negatif dalam kalangan remaja?

c) Apakah langkah yang telah diambil remaja untuk memperbaiki situasi tersebut?
METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan

Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk

menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Metodologi kajian adalah penting

supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan

dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka

bentuk kajian, sampel kajian, instrument kajian dan prosedur atau proses menganalisis data

bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukan lebih awal. Metodologi

menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu

digunakan.

METOD KAJIAN

Metodologi kajian adalah pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan bagi mengumpul

data (Othman Mohamed, 2001). la juga merupakan penyelidikan dalam bidang yang luas dan

berkembang.

JENIS KAJIAN

Jenis kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk kajian kes dan pendekatan ini cuba mencari

tema atau cerita yang boleh membantu usaha menginterpretasikan atau memahami kes.

Sampel penyelidikan kualitatif berbesa dengan sampel penyelidikan kuantitatif kerana sampel

penyelidikan kualitatif dipilih secara bertujuan (Noraini, 2010). Saya menggunakan

pendekatan Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) mengikut tema yang sesuai.


KAEDAH KUTIPAN DATA

Kaedah perbincangan kumpulan berfokus (Focus Group Discussion-FGD) dan

protokol wawancara merupakan kaedah kualitatif yang popular. Instrumen interview protokol

digunakan dalam FGD dengan dibentuk berdasarkan kepada tiga objektif utama kajian yang

juga menjadi soalan kajian dalam penulisan ini. Data dikumpul dengan sistematik mengikut

kaedah verbatim seterusnya data juga dianalisis dengan baik untuk mengeluarkan tema-tema

yang muncul disebalik perbincangan FGD.

MAKLUMAT RESPONDEN

MAKLUMAT
RESPONDEN 1 RESPONDEN 2 RESPONDEN 3
RESPONDEN
UMUR 14 TAHUN
JANTINA LELAKI
TARAF KELUARGA SEDERHANA RENDAH RENDAH
TEMPAT TINGGAL KAWASAN KAWASAN KAWASAN
BANDAR KAMPUNG KAMPUNG
JAWATAN DI
PELAJAR BIASA
SEKOLAH
TAHAP AKADEMIK
2A 1B 3C 3C 2D 1E 3C 1D 2E
(UPSR)
JENIS KELAKUAN
PONTENG MENCURI MEROKOK
NEGATIF
DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada sesi temu bual yang telah
dibuat.

Berdasarkan analisis yang diperoleh daripada RQ1: Bagaimanakah remaja mengenal pasti

punca-punca tingkah laku negatif?

Tema yang diperolehi dari bahagian ini ialah ajakan kawan.

Responden 1: “Kawan ajak ponteng sekali dengan dia”

Responden 3: “Kawan suruh try macam mana rasa bila hisap rokok”

Pendapat ini telah disokong oleh Manja Mohd Ludin (1990) dan Jaafar Abdul Rahim (1977).

Ajakan rakan pada peringkat remaja amat ketara kesannya kerana pada peringkat ini remaja

cuba memilih rakan-rakan yang sehaluan dengan hobi dan minat mereka. Pergaulan pelajar

dengan rakan sebaya tanpa kawalan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang

pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Keadaan akan bertambah meruncing

jika pelajar tersebut bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah.

Tema kedua ialah mahukan kemewahan secara mudah.

Responden 2: “Mak ayah susah, atas keinginan yang tinggi saya mencuri”

Menyokong pada tema yang kedua ini, menurut laporan sebuah media pada tahun 2014,

seorang wanita sanggup mencuri untuk menjadi seorang jutawan. Jadi tidak hairanlah atas

desakan seseorang itu membuatkan dia mencari jalan pintas untuk menjadi kaya adalah

dengan mencuri.
Seterusnya menjawab kepada RQ2: Sejauh manakah rakan sebaya mempengaruhi kelakuan

negatif dalam kalangan remaja?

Tema pertama ialah satu kepuasan bersama rakan.

Responden 1:“rasa seronok bila ponteng beramai-ramai”

Responden 2: “buat kijo sore takut, bila ado saing beraso gagoh sikit”

Bagi menyokong tema ini, menurut Al-Hadi (2001) remaja lebih selesa bersama rakan
mereka kerana mereka saling mempunyai hobi dan minat yang sama. Selain itu, pada
peringkat remaja, mereka juga lebih banyak masa dan seronok bersama kawan berbanding
dengan ibu bapa mereka lebih-lebih jika ibu bapa mereka sibuk bekerja untuk menyara
keluarga.

Tema kedua: rakan tempat meluahkan masalah.

Responden 1: “mak ayah sibuk kijo, jadi gapo-gapo masaloh kito kongsi dengan saing”.

Pendapat ini disokong oleh Zatul Ayuni (2015) menyatakan bahawa kesibukan ibu bapa
dalam menguruskan kerjaya dan tanggungjawab telah menyebabkan remaja memilih rakan
untuk berkongsi cerita, masalah dan aktiviti seharian. Tambahan lagi, terdapat remaja
memilih untuk bercinta adalah disebabkan perasaan memberontak kepada ibu bapa.
Lazimnya, remaja tidak gemar sekiranya ibu bapa mereka terlalu mengawal mereka seperti
kanak-kanak kecil dan terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Mereka inginkan
kebebasan seperti rakan-rakan lain dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dalam
kehidupan.
Menjawab kepada RQ3: Apakah langkah yang telah diambil remaja untuk memperbaiki
situasi tersebut?

Tema pertama: muhasabah diri

R1: “kalu aku ponteng sokmo, gapo la hok aku boleh”

R2: “sapa bilo aku nok curi, kalu tahu ko mok pok aku mapuh la”

R3: “ado raso nok berhenti hisap rokok, tapi tak tahu gano”

Tema ini seiring dengan artikel dalam Institut Kefahaman Islam Malaysia (2014) dimana Dr.
Mohd. Zaidi menyatakan sesungguhnya gesaan bermuhasabah diri ini sangat berkait rapat
dengan kurniaan daya istimewa pada diri insan yang membezakannya daripada segala
hidupan melata yang lain. Iaitu kemampuan reflexive, yakni kemampuan menilik dan
mengenal diri sendiri sehinggakan insan secara serentak menjadi yang mengetahui dan yang
diketahui sekaligus. Sebaliknya, keistimewaan itu setepatnya kembali kepada akal yang
disepakati dalam tradisi ilmu Islam sebagai intisari atau hakikat insan. Sememangnya akallah
yang dapat menyemak dan memerhati dirinya sendiri sehinggakan akibat pemerhatiannya itu
terbit.

Tema kedua: memilih rakan

R1: ‘sepatutnya sayo keno pilih saing yang beri manfaat ko sayo”

R3: memang betul, pemilihan saing ni amat penting untuk kito.

Bagi menyokong pendapat ini, dalam artikel Dewan Siswa menyatakan bahawa remaja perlu
berhati-hati dalam memilih rakan sebaya. Hal ini kerana rakan sebaya memainkan peranan
yang penting dalam konteks menentukan arah kehidupan remaja. Bukan semua rakan sebaya
patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi mereka ke arah kebaikan dan
akan ada yang mempengaruhi mereka ke arah kejahatan. Sama ada berperanan sebagai kawan
ataupun lawan, pilihlah rakan dengan bijaknya. Kesilapan memilih rakan sebaya pasti akan
mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin.
Ingatlah, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari.
PERBINCANGAN

Pengaruh rakan sebaya ke atas tingkah laku negatif remaja lelaki dipengaruhi oleh beberapa
punca. Terdapat beberapa indikator yang diperolehi dalam dapatan kajian, antaranya ialah
ajakan rakan dan mahukan kemewahan secara mudah. Dalam kajian Asmak (2006), pengaruh
rakan sebaya terlibat dengan salah laku merupakan peratusan tertinggi iaitu 63.6%, kajian
Asmak menunjukkan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan
sebaya. Seterusnya kajian ini selari dengan Noraini (2000) yang menjelaskan keinginan
remaja untuk menikmati kesenangan telah mendorong mereka melakukan apa sahaja.

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan pengaruh rakan sebaya mempengaruhi responden terlibat


dengan masalah tingkah laku negatif. Responden bersetuju bahawa mereka terlibat dalam
masalah ini adalah disebabkan pengaruh dari rakan mereka. Walau bagaimanapun, aspek
responden sering mencuri kerana inginkan kemewahan merupakan aspek utama responden
terlibat dalam masalah itu. Aspek lain ialah kepuasan yang mereka perolehi jika berkelakuan
tidak senonoh apabila bersama rakan-rakan. Sungguhpun perbincangan mengenai pengaruh
rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap
pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya
merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan
pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan
sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di
kalangan mereka (Azhar 2006).
RUJUKAN

1. Azhar Ahmad. 2006. Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam


dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Dr. Falsafah.
Bangi: UKM.
2. Abd. Rahim Abd. Rashid (2006). Menangani Perkembangan dan Masalah Tingkah
Laku Remaja Dalam Keluarga. Universiti Malaya: Pusat Pembangunan Keluarga.
3. Asmak Haji Ali (2006). Salah Laku Remaja Masa Kini: Cabaran dan
Penyelesaiannya. UITM Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam.
4. Azizi Yahaya dan Rosnah Buang (2007). Punca Berlakunya Masalah Gejala
Gengsterisme Di Kalangan Remaja Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat
Buah Negeri. Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.
5. Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
6. Azhar Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2005). Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah
Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia: Fakulti Pendidikan.
7. Majalah Remaja. (2003). Remaja Makin Ganas. Selangor: Karangkraf. Bil. 399

You might also like