You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI – 1/2020

SK GUNONG SENYUM
39200,KUALA KRAU,
TEMERLOH,PAHANG.

Tarikh : 7.1.2020
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Makmal Komputer SK Gunong Senyum

Kehadiran:
1. Pn.Jamaiah Bt Shamsuddin
2. En.Adanan Bin Kamaludin
3. En. Noraznizam Bin Aziz
4. En. Azmi Bin Haji Mat Nor
5. En. Mohd Faizal Bin Kamarudin
6. En. Ahmad B. Samad
7. En. Sazali B. Mat

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Kali -1 bagi
sesi 2020

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR

2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis dengan
berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini dan mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A) 531 Per 8 ].

2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.

2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah disiapkan. Mengucapkan
terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT 2020. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan
dibuat dalam bentuk Hard Copy dan Soft Copy.

2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurang-kurangnya perlu ada
tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.

AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN

3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berbentuk pengetahuan am akan diadakan pada
bulan Pendidikan Jasmani.

3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib ada aktiviti dalam
buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan 3 untuk penggal
pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut perlu direkodkan didalam buku rekod ujian
SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Pahang.
AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang diperlukan untuk tahun ini
dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh
didapati di pejabat.

4.2 En. Ahmad mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola memandangkan kita kekurangan bola
di stor PJ.

4.4 En. Mohd Faizal Mencadangkan supaya menambah bilangan pundi kacang dan juga sebuah bangku
gimnastik memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam KSSR. Beliau juga
mencadangkan supaya membeli peralatan lain yang bersesuaian untuk murid tahap 1.

AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan peralatan
tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman peralatan dicatatkan
dalam buku catatan peminjaman peralatan.

5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi
mengelakkan aduan dari ibu bapa berkenaan penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk
setahun.

5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar yang segera untuk proses
membuat tempahan barang.

AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr’.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( EN.AHMAD BIN SAMAD ) ( EN.MOHD FAIZAL BIN KAMARUDIN )
Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia PJK SK Gunong Senyum
SK Gunong Senyum

Disahkan oleh :

………………………………………………………..

You might also like