You are on page 1of 10

Tugasan 3 : Penulisan Ilmiah

Tajuk 14:

Bincangkan cabaran hubungan etnik dari segi politik, ekonomi, sosial, agama dan
budaya.

MPU 3122 1
Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang amat beruntung kerana didiami oleh
pelbagai kaum yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai bahasa, budaya,
agama dan kesenian yang pelbagai dan unik. Menurut Kamus Dewan (2005),
hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula memberi makna
perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Menurut Faridah (2006), hubungan
etnik merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza atau interaksi dalam
kumpulan etnik yang sama. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan
bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka pelbagai masalah yang melibatkan
hubungan etnik akan tertimbul. Oleh itu, perkauman akan sentiasa menjadi batas
pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini akan menyebabkan berlaku
ketegangan dan konflik antara kaum dan kesannya berlakunya pertumpahan darah.

Dalam hal ini, sudah dapat tentukan kita akan menghadapi pelbagai cabaran
hubungan etnik dalam masyarakat majmuk ini. Antaranya cabaran hubungan etnik
yang dihadapi dapat dilihat dari beberapa segi iaitu politik, ekonomi, sosial, agama,
dan budaya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985), telah menyatakan bahawa
pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul
di mata dunia. Oleh itu, rakyat negara ini perlulah menganggap diri mereka sebagai
bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat bagi
mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

MPU 3122 2
Bincangkan cabaran hubungan etnik dari segi politik, ekonomi, sosial, agama
dan budaya.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Segi Politik

Kepelbagaian kaum yang ada telah menyebabkan masyarakat masing-masing


menubuhkan persatuan dan parti politik yang berasaskan kepada kaum masing-
masing. Oleh itu politik perkauman dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati di
samping mengukuhkan semangat sesuatu kaum sekiranya penyuaraan terhadap
kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak.
Pada masa yang sama, kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan
etnik telah memperkukuhkan identity bagi sesuatu etnik dan akan menimbulkan syak
wasangka kepada etnik yang lain. Hal ini disebabkan setiap parti hanya akan
memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

Dengan ini, setiap kaum diwakili oleh parti politik masing-masing untuk
menyuarakan pendapat dan cadangan, memperjuangkan serta menjaga kepentingan
dan kelangsungan hidup melalui politik masing-masing. Biasanya, pemimpin yang
dipilih dalam sesuatu parti politik adalah daripada kalangan kaum yang sama kerana
ahlinya lebih selesa dalam mengusulkan apa-apa masalah di samping mengukuhkan
semangan perkauaman dalam kalangan ahlinya. Sebagai contoh, kaum Melayu
memperjuangkan hak orang-orang Melayu melalui parti United Malaysian National
Organisation (UMNO), orang Cina melalui parti Malaysian Chinese Assosiation (MCA),
manakala kaum India melalui parti Malaysian Indian Congress (MIC) menurut Portal
Rasmi Parlimen Malaysia. Alasan parit-parti politik ini ditubuhkan mengikut kaum
adalah untuk mengelakkan kaum intu ditindas oleh kaum lain.

Hakikatnya, keadaan inilah yang sebenarnya akan lebih menimbulkan konflik


tentang sesuatu isu yang dibangkitkan. Hal ini boleh dibuktikan dengan berita yang
bertajuk “Perbezaan Pendapat Cetus Konflik Politik” (Sila rujuk lampiran), isu-isu
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama dan lain-lain telah menjadi cabaran
dalam usaha mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk
memastikan wujud perpaduan tanpa ada apa-apa sengketa berdasarkan perkara yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutan. Pendek kata, dalam kepimpinan politik
yang pelbagai, perlu diwujudkan kepimpinan yang berintergrti, berakaunbiliti, dinamik
serta menjalankan keadilan dalam pentadbiran.

MPU 3122 3
Cabaran Hubungan Etnik Dari Segi Ekonomi

Jika dilihat dari segi ekonomi, dasar yang membezakan jenis pekerjaan oleh
British telah menampakkan jurang ekonomi antara etnik dengan etnik yang lain. Dasar
ini menyebabkan sesebuah etnik it uterus mendominasi ekonomi mereka. Perbezaan
dalam bidang ekonomi turut mewujudkan persaingan dan ketidakpuasan dalam
kalangan etnik tertentu. Sebagai contoh, orang Cina dilihat lebih medominasi bidang
yang lebih maju, iaitu perniagaan dan perdagangan; bagi orang Melayu pula dalam
bidang pertanian yang kurang berdaya maju; manakala kebanyakan orang India pula
menjadi buruh di ladang. Melaui statistik, di semenanjung Malaysia, bumiputera
memiliki 52.3% daripada jumlah pertubuhan perdagangan runcit pada tahun 2009,
manakala kaum Cina sebanyak 60.8% dan kaum India sebanyak 6.3% sahaja menurut
Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri 2016.

Perbezaan sektor ekonomi ini turut memperlihatkan jurang pendapatan antara


setiap etnik. Sebagai contoh, kebanyakan kaum Cina memperoleh pendapatan yang
lebih tinggi berbanding dengan kaum lain. Kebanyakan kaum Melayu pula mendapat
pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan kaum India dan Cina. Oleh hal yang
demikian, setiap etnik berusaha merebut ekonomi yang telah mewujudkan
ketidakseimbangan, dan persaingan yang berlaku itu melahirkan ketidakstabilan
dalam masyarakat. Selain itu, sektor industri dan pembangunan Bandar serta luar
Bandar yang tidak seimbang juga menyebabkan perbezaan pekerjaan antara etnik.

Untuk mengatasi cabaran ini, pihak kerajaan perlu menyusun semula


masyarakat. Hal ini disebabkan keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi
pendapatan, corak guna tenaga, pemilihan saham dan penyertaan pelbagai kaum
dalam semua bidang harus diambil perhatian dan tindakan segera hendaklah diambil
oleh pihak kerajaan bagi menangani cabaran ini.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Segi Sosial

Cabaran dari segi sosial sering dihadapi dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum yang berkait dengan agama dan budaya. Hal ini demikian kerana perbezaan
agama dan kurang pengetahuan tentangnya telah menimbulkan perasaan curiga
antara satu sama lain. Hal ini disebabkan setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat,
bahasa dan kebudayaan yang berbeza. Keadaan ini kadangkala dapat menyebabkan
berlakunya konflik antara etnik sekiranya kurangnya pengetahuan dan tidak saling
memahami antara satu sama lain. Sejak zaman penjajahan pada abad ke-19,

MPU 3122 4
Malaysia melakarkan ekonomi yang berbeza mengikut kaum utama, iaitu Melayu, Cina
dan India.

Kebanyakan kaum Melayu menjalankan ekonomi pertanian dan perikanan,


kaum Cina menjalankan perniagaan, manakala kebanyakan kaum India pula bekerja
dalam sektor perladangan getah. Dalam hal ini, perbezaan bidang ekonomi seperti ini
menyebabkan ketiga-tiga kaum terpisah dan berada di lokasi berbeza. Secara tidak
langsung, hal ini akan menyebabkan pengetahuan tentang budaya antara kaum
berada pada tahap yang rendah sehingga mereka tidak memahami budaya antara
satu sama lain.

Seterusnya, sistem pendidikan yang berasingan juga merupakan cabaran


hubungan etnik yang sedang dihadapi oleh kita. Prof Datuk Dr Teo Kok Seng (2018),
telah berkata bahawa hubungan etnik di Malaysia lemah kerana sekolah pelbagai
aliran. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan jenis sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan bagi sekolah rendah dan Sekolah
Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Dalam hal ini,
sekolah ini berbeza dari segi bahasa pengantara yang digunakan. Bagi Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, bahasa yang digunakan adalah
bahasa Melayu. Oleh itu kebanyakan kaum Melayu akan menghantar anak mereka ke
sekolah tersebut. Manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda masing-masing.
Contohnya, kebanyakan kaum Cina akan menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina untuk meneruskan pelajaran anak-anak mereka.Secara tidak
langsung, sistem persekolahan yang memisahkan murid mengikut bahasa ibunda
telah menyebabkan interaksi berkisar di kalangan entik sendiri sahaja. Hal ini boleh
dibuktikan dengan berita yang bertajuk “Cabaran Pendidikan Silang Budaya”. (rujuk
lampiran)

Cabaran Hubungan Etnik Dari Segi Agama

Setiap kaum di Malaysia boleh dikatakan mewakili agama tertentu. Sebagai


contoh Melayu beragama Islam, Cina beragama Buddha, India beragama Hindu, Iban
dan Kadazan beragama Kristian. Hal ini telah menjelaskan ketiga-tiga kaum utama di
Malaysia mempunyai adat resam, bahasa, agama dan falsafah hidup yang berbeza.
Hal ini telah menyebabkan masing-masing menganggap kebudayaan dan agama
mereka adalah yang terbaik. Walaupun berlaku perkhawinan campur antara kaum

MPU 3122 5
seperti kaum Melayu dengan kaum Cina tetapi ia adalah agak terhad kerana wujud
halangan yang kuat dari segi agama. Perbezaan dan pengasingan agama bukan
sahaja menguatkan lagi sikap prasangka buruk antara masyarakat malah menghalang
proses integrasi sosial antara kaum.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Segi Budaya

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kekurangan pendedahan kepada adat-


adat dan kebudayaan terhadap etnik lain akan menjadi penghalang kepada
pembinaan hubungan etnik antara kaum. Hal ini demikian kerana kebudayaan telah
meliputi agama, kepercayaan, adab resam dan cara hidup setiap kaum. Sekiranya
masyarakat kurang terdedah mengenai budaya kaum lain, ia akan menjadi
penghalang kepada usaha untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional di
negara kita. Selain itu, perbezaan kebudayaan akan menimbulkan prasangka,
perkauaman dan etnosentrisme yang menyumbangkan kepada masalah perpaduan.
Pada waktu yang sama, sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya
mereka juga menjadi cabaran hubungan dari segi budaya di Malaysia. Perkara ini telah
berlaku kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain
yang berbeza dengan cara hidup mereka. Salah satu cabaran utama ialah aspek
dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang
mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap
kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh
kerajaan kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan
iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum
sendiri.

Rumusan

Kesimpulannya, hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi


masyarakat majmuk di Malaysia. Hubungan etnik adalah antara isu yang paling
penting dalam sejarah pembentukannegara-negara Malaysia (Askandar, 2007). Hal
ini penting kerana perpaduan antara kaum akan menjadikan negara sentiasa berada
dalam keadaan yang aman dan harmoni. Oleh itu, sifat memahami, bekerjasama,
kemesraan, menjaga persaudaraan, ziarah-menziarahi dan saling menghormati
merupakan asas penting dalam membina hubungan baik antara etnik. Pada masa
yang sama, usaha yang dilaksanakan sama ada dari segi sosial, ekonomi, dan polik

MPU 3122 6
oleh pihak berkaitan dapat memupuk hubungan antara sekali gus perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Pendek kata, semua pihak perlu berganding bahu dalam
menempuhi cabaran hubungan etnik dalam pelbagai segi dalam masyarakat yang
berbilang kaum.

MPU 3122 7
Rujukan

Ahmad A.S. & Warti K. (2013). Hubungan etnik di malaysia. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Ahmad S.L., Siti S.H. & Ismail. R. (ed.) (2002). Perpaduan ummah: reality dan cabaran.
Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM

Askandar, K. (2007). The Aceh conflict: phases of conflict and hopes for peace. A
handbook of terrorism and insurgency in Southeast Asia, 249-265.

Barraclough, S. (1985). The dynamics of coercion in the Malaysian political


process. Modern Asian Studies, 19(4), 797-822.

Berita Harian Online. (27 Februari, 2018). Hubungan etnik negara lemah kerana
sekolah pelbagai aliran. Dicapai pada 23 Februari 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/393498/hubungan-etnik-
negara-lemah-kerana-sekolah-pelbagai-aliran

Berita Harian Online. (5 Oktober, 2014). Kaum cina india manfaat DEB. Dicapai pada
23 Februari 2019, daripada https://www.bharian.com.my/node/9780

Berita Harian. (16 Oktober, 2017). Sensitif agama tanggungjawab bersama. Dicapai
pada 23 Februari 2019, daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/10/337964/sensitif-agama-
tanggungjawab-bersama

Dewan, K. (2005). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 823.

Mansor Mohd Noor. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Pearson
Prentice Hall.

Muslim, N., Jalil, F., Bari, A. A., Noor, M. M., & Mastor, K. A. (2011). Tahap penerimaan
pelajar terhadap peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan dari
perspektif hubungan etnik di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 9(2).

Nooraniza A.B. (3 Mei, 2016). Cabaran hubungan etnik di Malaysia pada masa kini.
Dicapai pada 23 Februari 2019, daripada
https://prezi.com/zvmk6mclgyz2/cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia-pada-
masa-kini/

Sia. K.Y. (2005). SRJK cina dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

MPU 3122 8
Sistem Guru Online. (2014). Cabaran hubungan etnik di Malaysia. Dicapai pada 23
Februari 2019 daripada https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-
hubungan-etnik-di-malaysia.html

Utusan Online. (9 Februari, 2016). Cabaran pendidikan silang budaya. Dicapai pada
23 Februari 2019, daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/cabaran-pendidikan-silang-
budaya-1.188228

Utusan Online. (9 Jun, 2018). Sikap perkauman makin membimbangkan. Dicapai pada
23 Februari 2019, daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sikap-
perkauman-makin-membimbangkan-1.491210

MPU 3122 9
Lampiran

MPU 3122 10

You might also like