You are on page 1of 2

Tajuk: PENGGUNAAN MODEL 7 DEEN BODY DALAM MEMBANTU MURID MENJAWAB SOALAN

KBAT TERBUKA BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH SPM

Nama Peserta: KUMPULAN 7 (SAMSUDIN, AZHAR, HAFIZ, SHAMIRA, FAZLINDA, MAISARAH,

NOORASIHIN, AZWINA)

Institusi: PPD BP

Abstrak

Latar Belakang kajian / Pengenalan (background of research)

Soalan KBAT telah ditawarkan dalam pemarkahan soalan kertas 2 dan 3 mata pelajaran Sejarah SPM
antara 40%– 50%. Soalan KBAT dimasukkan dalam soalan bertujuan untuk pelajar memberi
pandangan/idea secara terbuka, oleh itu LPM memberikan skema jawapan yang agak longgar dan
terbuka.

Kenyataan Masalah/ Isu (Statement of problem)

Dapatan daripada guru mata pelajaran Sejarah SPM, ramai calon SPM (potensi lulus) yang lemah dalam
menjawab soalan KBAT dalam kertas 2 dan 3. Malah terdapat murid yang tidak mahu menjawab dengan
alasan tiada idea / isi dan tiada keberanian serta keyakinan menjawab. Perkara ini sering dihadapi oleh
para murid yang sederhana dan murid potensi lulus ketika berhadapan dalam peperiksaan di peringkat
sekolah dan peperiksaan SPM sebenar.

Objektif kajian (Objective of research)

1. Mengenalpasti keberkesanan model 7 Deen Body dalam menjawab soalan KBAT.


2. Melihat perbandingan keputusan peperiksaan sebelum dan selepas menggunakan model 7 Deen
Body

Kaedah

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah Kuantitatif. Pengkaji mengukur keberkesanan
model 7 Deen ini berdasarkan pre and post test.
Dapatan kajian (findings of research)

Hasil keputusan SPM 2018 tingkatan 5 mendapati seramai 109 pelajar 98.91% meningkat berbanding
dengan keputusan peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2017 (TOV) iaitu 80.43%. Berdasarkan kepada
keputusan pertengahan tahun 2018 (85.3%) dan peperiksaan percubaan SPM 2018 (89.22%), jelas
berlakunya peningkatan dalam peratus lulus di dalam setiap peperiksaan.

Cadangan penambahbaikan

1. Menjalankan bimbingan secara klinikal mata pelajaran Sejarah yang berfokuskan latihan KBAT
2. Mengajar murid-murid menggunakan idea jawapan fungsi-fungsi anggota badan dan dikaitkan
dengan jawapan KBAT.
3. Murid didedahkan pelbagai koleksi soalan-soalan KBAT untuk dijadikan latihan.

PENGGUNAAN MODEL 7 DEEN BODY DALAM MEMBANTU MURID MENJAWAB SOALAN


KBAT TERBUKA BAGI MATA PELAJARAN SEJARAH SPM

SAMSUDIN, AZHAR, HAFIZ, SHAMIRA, FAZLINDA, MAISARAH, NOORASIHIN, AZWINA

Abstrak
Soalan KBAT telah ditawarkan dalam pemarkahan soalan kertas 2 dan 3 mata pelajaran Sejarah
SPM antara 40%– 50%. Soalan KBAT dimasukkan dalam soalan bertujuan untuk pelajar memberi
pandangan/idea secara terbuka, oleh itu LPM memberikan skema jawapan yang agak longgar dan terbuka.
Dapatan daripada guru mata pelajaran Sejarah SPM, ramai calon SPM potensi lulus yang lemah dalam
menjawab soalan KBAT dalam kertas 2 dan 3. Malah terdapat murid yang tidak mahu menjawab dengan
alasan tiada idea atau isi dan tiada keberanian serta keyakinan menjawab. Perkara ini sering dihadapi oleh
para murid yang sederhana dan murid potensi lulus ketika berhadapan dalam peperiksaan di peringkat
sekolah dan peperiksaan SPM sebenar. Kajian ini ingin mencapai dua objektif utama iaitu mengenalpasti
keberkesanan model 7 Deen Body dalam menjawab soalan KBAT dan melihat perbandingan keputusan
peperiksaan sebelum dan selepas menggunakan model 7 Deen Body. Kaedah yang digunakan dalam kajian
ini ialah kaedah Kuantitatif. Pengkaji mengukur keberkesanan model 7 Deen ini berdasarkan pre and post
test. Hasil keputusan SPM 2018 tingkatan 5 mendapati seramai 109 pelajar 98.91% meningkat berbanding
dengan keputusan peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2017 (TOV) iaitu 80.43%. Berdasarkan kepada
keputusan pertengahan tahun 2018 (85.3%) dan peperiksaan percubaan SPM 2018 (89.22%), jelas
berlakunya peningkatan dalam peratus lulus di dalam setiap peperiksaan. Untuk menambahbaik, guru perlu
menjalankan bimbingan secara klinikal mata pelajaran Sejarah yang berfokuskan latihan KBAT, mengajar
murid-murid menggunakan idea jawapan fungsi-fungsi anggota badan dan dikaitkan dengan jawapan
KBAT dan murid didedahkan pelbagai koleksi soalan-soalan KBAT untuk dijadikan latihan.

You might also like