You are on page 1of 11

LAMPIRAN 4

STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

1. Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah


pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.

2. Program Pembestarian Sekolah melibatkan usaha untuk melengkapkan


semua sekolah-sekolah KPM dengan infrastruktur, perkakasan, perisian
dan aplikasi, latihan guru serta program pengurusan perubahan (change
management) yang bersesuaian dan mencukupi.

3. Program Pembestarian Sekolah melibatkan penyelarasan 6 inisiatif ICT


utama KPM iaitu :
• Makmal Pengkomputeran
• Akses Internet Jalur Lebar SchoolNet
• Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)
• TV Pendidikan
• Pusat Akses
• 88 Sekolah Bestari

4. Dalam melaksanakan program Pembestarian Sekolah, KPM


menggunakan pendekatan pertama PIPP iaitu untuk menyelesaikan
tugas-tugas yang masih belum selesai seperti untuk mengadakan akses,
memastikan ekuiti dan merapatkan jurang. Pada waktu yang sama, KPM
akan memantapkan pelaksanaan 88 buah Sekolah Bestari yang
merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana (flagship) di dalam
Koridor Raya Multimedia (MSC) dan projek rintis Sekolah Bestari telah
dimulakan pada tahun 1999 hingga 2002 dengan kerjasama Multimedia
Development Corporation (MDeC). Usaha pemantapan dan penjenamaan
LAMPIRAN 4

semula adalah selaras dengan pendekatan kedua iaitu melonjakkan tahap


kecemerlangan sekolah dan institusi yang telah bersedia ke suatu tahap
yang lebih tinggi agar dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di
mata dunia supaya 88 Sekolah Bestari dapat dijadikan model dan
penanda aras (benchmark) terhadap usaha untuk membestarikan
kesemua 10,000 sekolah. Melalui usaha pemantapan dan penjenamaan
semula ini juga, diharapkan 88 buah Sekolah Bestari ini boleh dilonjakkan
untuk dijadikan showcase dan rujukan kepada masyarakat dunia.

5. Sasaran Pembestarian Sekolah adalah dari segi :


• Hardware (Infrastruktur / perkakasan):
o Nisbah komputer meja kepada murid sekurang-kurangnya
sehingga 1:20

o Nisbah komputer meja atau komputer riba kepada guru


sekurang-kurangnya sehingga 1:2

o Semua sekolah mempunyai akses internet jalur lebar

o Infrastruktur dan perkakasan ICT dilengkapkan dengan


rangkaian setempat

• Software ( Aplikasi, Perisian Kursus, Konten, Informasi)


o Sekurang-kurangnya 5 aspek pengurusan sekolah dilaksanakan
berasaskan ICT

o Warga sekolah mengakses maklumat dalam talian

o Mempunyai laman web sekolah

• Pengajaran dan Pembelajaran

o Mengadakan sistem pengurusan pembelajaran

o Mengintegrasi pelbagai bahan pendidikan

o Guru berkemahiran dalam mengintegrasi ICT

o Murid menggunakan ICT utnuk melaksanakan tugasan


pembelajaran

o Penilaian dan pentaksiran berbantukan ICT


LAMPIRAN 4

• Pentadbiran Sekolah

o Menggunakan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan

o Menambah bilangan peralatan ICT bagi kakitangan dan guru


dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah

6. Pencapaian Pembestarian sekolah setakat ini boleh dibahagikan kepada


6 bidang utama iaitu:
i. Hardware (Infrastruktur / perkakasan) :

RMKe-8 Sehingga Jun 2007

PC 99,000 unit 123,725 unit


( * Makmal dan bilik komputer
= 75,475 unit
* Pusat Akses = 30,250 unit
* PPSMI = 18,000 unit)

PC untuk 2,043 sekolah menengah telah


pengurusan dibekalkan dengan:
sekolah * 8,172 unit PC unit
* 2,043 unit pencetak
* 2,043 unit OMR
* 2,043 unit digital copier

Notebook 97,000 unit 173,000 unit

Makmal Komputer 4,500 buah 7,162 buah bersama dengan


7,162 unit server. 1,086 SKM
lagi disediakan bilik dan
peralatan komputer

TV 11,709 unit 11,709 unit

SchoolNet 8,120 sekolah 9,349 buah sekolah dan


institusi pendidikan
LAMPIRAN 4

Infrastruktur LAN Dalam perancangan (Belum


dilaksana), melainkan untuk 90
buah SMT yang sedang dalam
proses tender

Pengajaran dan Proof of Concept sedang


Pembelajaran dilaksanakan dengan 9
Interaktif syarikat
menggunakan
Interactive
Whiteboard

ii. Software ( Aplikasi, Perisian Kursus, Konten, Informasi)

RMKe-8 Sehingga Jun 2007

Konten
* PPSMI 2,000 judul 3,439 judul
* Sekolah Bestari 1,737 judul 1,806 judul
* TVP 3,531 rancangan 3645 rancangan

Siaran TVP disiar melalui TV9,


pada waktu yang sama
infrastruktur penyiaran secara
Web sedang dibangunkan

Elemen ICT Dalam F1 dan Robotik


kurikulum Semua mata pelajaran teknik
dan vokasional.
Subjek-subjek lain-lain seperti
MPV melalui subjek
berteraskan ICT iaitu :
1. Produksi Multimedia
2. Grafik Berkomputer
3. Literasi Komputer
4. Pasang Sendiri Komputer

Kurikulum ICT di Dalam perancangan (Belum


LAMPIRAN 4

semua sekolah dilaksanakan)


Bestari

Sistem Pengurusan 1. Web School Management


Sekolah System akan diperluaskan ke
Berbantukan ICT 88 sekolah bestari

2. Proof Of Concept School


Management System sedang
dilaksanakan dengan 7 buah
syarikat

Penilaian dan 1. Item Creation Management


Pentaksiran System (ICMS) – tender telah
Berasaskan ICT dianugerahkan

2. School Based Assessment –


sedang dirancang

Pangkalan data Dalam perancangan (Belum


asas pelajar dilaksanakan)

iii. Latihan (Kemahiran ICT, Pengurusan Perubah an)

RMKe-8 Sehingga Jun 2007

Latihan Guru 200,000 guru 247,804 orang guru


( * Bahagian Pendidikan
Guru = 38,760
* Prestariang Technology
Sdn Bhd = 85,894
* Time Engineering Berhad
= 69,686
* Intel Technology Berhad
= 19,494
* Microsoft (Malaysia)
Berhad = 34,000 )
LAMPIRAN 4

Pengurusan Sebahagian modul telah


Perubahan dilaksanakan oleh IAB dan
BTP. Sebahagian lagi
sedang dalam perancangan.

iv. Fokus Khusus

RMKe-8 Sehingga Jun 2007

ICT dalam 1. 2,520 Makmal j-QAF yang


Pendidikan Islam dirancang sedang dalam
urusan tawaran tender.

2. Merancang untuk
mengedarkan 18 judul
perisian kursus ICT j-QAF

ICT dalam 1. Peralatan Khas (Masalah


Pendidikan Khas penglihatan) yang telah
diperoleh di bawah PPSMI
Fasa V tahun 2007:
i. Peralatan khas –
Embosser = 66 unit
Thermal Form = 33
Braille Note = 10 unit
Brailleone = 1,320 unit
ii. Perisian :
* Duxbury = 60 unit
* JAWS = 60 unit
* Zoom Text = 60 unit

2. Projek Aplikasi Sistem


Maklumat Pendidikan Khas
RMKe-9 telah dirancang.

3. Merancang untuk
LAMPIRAN 4

menyediakan perisian khas


dan peralatan ICT bagi
masalah penglihatan dan
pendengaran.

Prasekolah 7,862 unit PC dan Dalam perancangan (Belum


11 judul perisian dilaksanakan)
kursus telah
dibekalkan 138 Refurbished PC telah
dibekalkan
150 Refurbished PC akan
diagihkan pada bulan Ogos

Kerjasama dengan Melibatkan 13 syarikat


pihak luar
1. Terdapat 549 buah
sekolah angkat syarikat
korporat:
* Telekom – 507 sekolah
* Intel – 10 sekolah
* AMD – 10 sekolah
* VDSL – 10 sekolah
* Setegap Kuasa – 10
sekolah
* Samsung – 1 sekolah
* TIME – 1 sekolah

2. Intel membekalkan 800


Access Point ke 475 buah
sekolah melalui Program
Unwired School

Kajian 1. Kajian Perisian Kursus


KPM telah selesai

2. Kajian dan penilaian


terhadap inisiatif ICT bagi
pembangunan ISP KPM
sudah diperingkat akhir
LAMPIRAN 4

v. Perjawatan berasaskan ICT di sekolah

RMKe-8 Sehingga Jun 2007

* Juruteknik
komputer 98 orang 598 orang
* Penyelaras Bestari 98 orang 598 orang

vi. Pemantapan dan Penjemanaan Semula 88 Sekolah Bestari

RMKe-8 Sehingga Jun 2007

Pemantapan dan 1. Persidangan


Penjenamaan Antarabangsa Sekolah
Semula 88 Sekolah Bestari telah diadakan
Bestari melibatkan 24 negara.

2. Pembangunan instrumen
pemantauan dan penilaian
Smart School Qualification
Standards (SSQS) dengan
Star Ranking.

3. Penggantian peralatan
dan naik taraf peralatan ICT
di 88 Sekolah Bestari dalam
perancangan (belum
dilaksanakan)

4. WSMS telah sedia untuk


digunapakai oleh 88
Sekolah Bestari

5. Pemantauan secara
dalam talian (online) dan
LAMPIRAN 4

berasaskan sekolah (onsite)


oleh 23 orang pakar dalam
pendidikan (Subject Matter
Expert).

6. Lebar Jalur rangkaian


SchoolNet telah ditingkatkan
kepada 4 Mbps bagi 88
sekolah.

7. Melaksanakan Program
Pembangunan Profesional
“Pengintegrasian Bahan-
Bahan Berasaskan ICT Di
Dalam P&P”.

8. Kertas cadangan yang


holistik Pemantapan dan
Penjenamaan semula 88
Sekolah Bestari sedang
disiapkan.

9. Pengumuman / Keputusan yang telah dibuat:


a. Semasa Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar pada
15 Feb 2007 sebahagian daripada peruntukan tambahan yang
diluluskan oleh YAB Perdana Menteri adalah untuk menyediakan
kemudakan ICT iaitu:
i. Menyediakan tambahan 1,600 buah pusat akses dengan
peruntukan sebanyak RM72 juta
ii. Menyediakan TV Pendidikan berasaskan Web di mana
konten boleh diakses secara ‘on-demand’ dengan
peruntukan sebanyak RM120 juta
iii. Meningkatkan Lebar Jalur rangkaian SchoolNet dengan
peruntukan sebanyak RM217.2 juta
iv. Menyediakan kelengkapan ‘teleconferencing’ di 500 buah
sekolah kurang murid dengan peruntukan sebanyak RM75
juta
LAMPIRAN 4

v. Menyediakan telefon satelit dan faksimili tanpa wayar di 200


buah sekolah dengan peruntukan sebanyak RM7 juta
b. Meningkatkan Jalur Lebar bagi Sekolah Bestari dari 1 Mbps
kepada 4 Mbps oleh KSN semasa mesyuarat Flagship
Coordination Committee.
c. 47 sekolah bestari akan mencapai taraf 5 bintang menjelang akhir
tahun 2007.
d. Peruntukan RM72 juta untuk menyediakan 5 unit PC bagi 25
pelajar di kelas-kelas prasekolah
e. RM113 juta peruntukan untuk perisian kursus bagi guru dan murid
f. Menyediakan akses SchoolNet kepada sekolah yang akan
dibekalkan dengan elektrik 24 jam dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK).
g. SABK akan dibekalkan dengan kemudahan ICT dan latihan
berteraskan ICT.
h. Aplikasi Sistem Maklumat Murid menggunakan teknologi Thin
Client bagi menyediakan maklumat dalam talian.
i. Guru berpeluang memiliki komputer riba melalui skim pinjaman
pembiayaan 50-50.
j. SKM dan sekolah pedalaman disediakan makmal komputer
menggunakan konsep kabin.
k. SSQS akan digunapakai oleh sekolah-sekolah angkat syarikat
korporat.
l. Menggunakan MyGfl sebagai ‘one-stop’ portal untuk kesemua
konten.
m. Mengkelompokkan sekolah orang asli dan Penan dengan
menggunakan ICT seperti menggunakan video-conferencing untuk:
i. Perkongsian pengetahuan berasaskan pengajaran dan
pembelajaran
ii. Perkongsian data
LAMPIRAN 4

iii. Meningkatkan pencapaian dengan berkongsi maklumat


antara satu sama lain

10. Program yang telah dilaksanakan melibatkan ICT dalam bulan April 2007:
a. Kejohanan Dunia ke-3 Cabaran Teknologi F1 di Melbourne.
b. Pameran Pendidikan UNESCO di Paris
c. Perasmian Sekolah Bestari di Cyberjaya iaitu Sekolah Sri Puteri.
d. Perasmian SMK Geliga, Kemaman, Terengganu.
e. Smart School International Conference di Kuala Lumpur. Dengan
melibatkan para pendidik dari 24 negara
f. Forum Perdana Ehwal Islam sempena Kempen Semarak Budi
Bahasa di Johor.
g. Majlis Pelancaran Perkongsian Pintar ke arah Pembestarian
Sekolah dan Pelancaran Standard Kelayakan Sekolah Bestari.

11. Program yang akan melibatkan ICT dalam Pendidikan bersama negara-
negara luar
a. Bengkel ICT antara 4 negara sempena mesyuarat Southeast Asian
Ministers of Education Organization (SEAMEO) di Malaysia pada
tahun 2008.
b. Tuan Rumah Kejohanan Dunia ke-4 Cabaran Teknologi F1 pada
tahun 2008
c. Persidangan Menteri-Menteri Pendidikan Commonwealth di
Malaysia pada tahun 2009

You might also like