You are on page 1of 1

PENUTUP

Pada era globalisasi ini, Hasil pembentukkan masyarakat majmuk di Malaysia


bermula apabila kedatangan golongan migran daripada luar. Proses ini bermula
sejak penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujudnya sebuah
masyarakat yang berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kedatangan
golongan migran ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan.Pembentukkan masyarakat Malaysia yang bermaju menjadikan negara
ini menjadi tarikan masyarakat dari luar Malaysia. Akhir sekali, perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat dicapai melalui kepelbagaian
kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia adalah sebuah aspek
yang penting untuk mecapai perpaduan antara kaum. Walaupun terdiri daripada
asal usul dan tamadun yang berbeza, namun apabila disatukan di bawah
kebudayaan, semua rakyat Malaysia dapat memahaminya tanpa wujud
prasangka. Apabila diadakan sesuatu tarian atau kebudayaan untuk meraikan hari
kebesaran atau menjemput kehadiran orang kenamaan, akan dipersembahkan
tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh kaum
Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian
Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh kaum India. Persembahan kebudayaan
yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat kehadiran golongan
migran yang melawat ke negara kita. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang
ada di negara Malaysia dapat membentuk perpaduan kaum dan mengenali antara
satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. Kesimpulannya, usaha
membentuk perpaduan kaum perlu diberi sepenuh perhatian di negara kita kerana
menjadi factor yang terpenting untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
rakyat. Oleh itu, semua masyarakat Malaysia perlulah berganding bahu dalam
mewujudkan perpaduan dapat dicapai di negara kita. Jelasnya, masyarakat
Malaysia yang berbilang kaumperlulah berkerjasama menjayakan Gagasan 1
Malaysia seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji
Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, selaku bekas Perdana Menteri Malaysia.
“ sakit sama mengaduh,luka sama menyiuk”.

You might also like