You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT BENCANA KALI PERTAMA

TARIKH :
HARI : SELASA
MASA : 3.00 PTG
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN : Seperti yang tercatat dalam senarai kehadiran.

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan terima kasih kepada semua AJK yang dapat sama-sama menghadiri
mesyuarat yang pertama ini.
1.2 Memaklumi AJK Bencana pihak sekolah telahpun membuka fail berkaitan
tindakan menangani H1N1 dan Denggi berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 9/2009 penubuhan Jawatankuasa Bencana di peringkat
sekolah.

Tindakan : Makluman

2.0 Tujuan Penubuhan

2.1 Tujuan mesyuarat adalah untuk sama-sama membincang tindakan


mengelak bencana dan tindakan menyelamat.
2.2 Fokus bencana, H1N1 dan Denggi.
2.3 Agensi yang terlibat adalah PIBG sekolah, pihak polis, pengusaha kantin
sekolah, Syarikat Kawalan Keselamatan Sekolah dan Syarikat Rokan Manis
(pembersihan kawasan/bangunan sekolah).
2.4 Persediaan pihak sekolah hendaklah ada ‘link’ dengan Majlis Keselamatan
Negara (MKN 20). Ada dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa
bencana.
2.5 Sekolah sebagai kawasan penempatan dan perlindungan bencana dan
mangsa bencana.
2.6 Tugas guru-guru kenalpasti pelajar yang berisiko atau mempunyai simpton
yang mencurigai H1N1 dan Denggi.
2.7 Alatan yang ada penyukat suhu badan, mask, first aid, sarung tangan
dan sanitizer.

Tindakan : Makluman

1
3.0 Cadangan Tindakan Persediaan di Sekolah

3.1 Melibatkan persediaan yang merangkumi penglibatan semua bahagian


Jawatankuasa Bencana.
3.2 Cadangan mesyuarat dua kali setahun atau serta merta bila berlaku
bencana.
3.3 Pihak kantin sekolah penyediaan sanitizer untuk kegunaan pelajar-pelajar.
3.4 Puan mencadangkan pemeriksaan saringan pertama semasa
perhimpunan pagi memeriksa suhu badan pelajar yang demam, batuk dan
selsema.
3.5 Puan menegaskan peringatan kepada pelajar-pelajar yang
demam, batuk dan selsema supaya mendapatkan rawatan di klinik atau
hospital.
3.6 Puan mencadangkan penyebaran maklumat kepada ibu bapa/
penjaga pelajar mengikut keperluan.
3.7 Dapatkan ‘pamphlet’ dan poster pihak kesihatan serta tampal di tempat-
tempat strategik tumpuan pelajar-pelajar.
3.8 Unit 3K sekolah akan mengadakan gotong-royong dan ceramah dalam
bulan Julai mengikut takwim sekolah.
3.9 diminta menggunakan bahan pencuci yang wangi
dan antiseptik yang lebih berkualiti. Longkang pula perlu dibersihkan
sewaktu cuti persekolahan mengelakkan risiko pada pelajar.
3.10 Elakkan pembakaran terbuka lebih-lebih lagi kedudukan sekolah dalam
kawasan taman perumahan.
3.11 Ahli Jawatankuasa akan diagihkan kepada pecahan kecil Jawatankuasa
Bertindak.
3.12 AJK Bertindak akan sentiasa memantau dan membuat laporan untuk
tindakan lanjut.

Tindakan : Semua AJK

4.0 Hal-Hal lain

Tindakan : Semua AJK

5.0 Penutup

2
Pengerusi berharap AJK sentiasa peka dan meningkatkan pemahaman bantuan
pengurusan bencana di peringkat sekolah. Pemantuan persediaan dalam
meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah dapat dipertingkatkan.
Sokongan dari semua pihak amat penting untuk mewujudkan struktur yang jelas dan
fungsi yang nyata untuk membolehkan perolehan dan penggunaan sumber secara
optima oleh semua pihak yang terlibat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

You might also like