You are on page 1of 2

NAMA : NATASHA BINTI SHA’BAN KELAS : 7 PISMP SAINS/TESL

REFLEKSI PROGRAM “THE AMAZING RACE BAINUN”

1.0 KEKUATAN

Antara kekuatan yang dapat dilihat melalui program ini ialah kerjasama dan sokongan
yang padu daripada para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan
kesemua guru pelatih Gaya Hidup Sihat (GHSS 3013). Walaupun hanya terdiri daripada 18
orang guru pelatih, namun kami mampu menjayakan sebuah program dalam masa yang
singkat. Selain itu, keenam-enam stesen aktiviti fizikal yang dijalankan mampu menguji
kekuatan peserta daripada pelbagai aspek kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan juga
perlakuan motor. Contohnya, aktiviti pada stesen 1 telah menguji aspek imbangan dan
fleksibiliti, stesen 2 pula menguji kekuatan dan daya tahan otot, stesen 3 menguji koordinasi
pergerakan, stesen 4 menguji kelajuan, stesen 5 menguji imbangan pegun dan dinamik
manakala stesen 6 menguji daya tahan kardiovaskular serta kepantasan. Maka, ia merupakan
aktiviti kecergasan secara menyeluruh di samping dapat memupuk semangat kerjasama dan
daya saing secara sihat dalam kalangan peserta.

2.0 KELEMAHAN

Antara kelemahan program ini ialah ketiadaan tempat yang kondusif bagi majlis
penutup yang mana peserta terpaksa berjemur di tengah panas. Hal ini boleh menyebabkan
berlakunya masalah seperti pengsan atau dehidrasi kerana terdedah dengan cahaya
matahari dalam waktu yang agak panjang. Selain itu, bagi sesetengah stesen, sistem
pemarkahan hanya diambil melalui pemerhatian setiap petugas dan tiada borang pemarkahan
atau senarai semak disediakan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan
kurang objektiviti pemarkahan akibat daripada ralat yang dilakukan. Ralat mungkin terjadi
apabila petugas terlepas pandang kesalahan peserta atau terlupa untuk mencatat markah
sewaktu pertandingan berlangsung.

3.0 PELUANG

Antara peluang yang dapat dilihat semasa melaksanakan program ini ialah kerjasama
dengan guru pelatih Keusahawanan boleh membuatkan program ini kelihatan lebih meriah.
Hal ini kerana dengan adanya jualan makanan dan minuman, ia akan menarik minat guru
pelatih yang lain untuk hadir ke program ini. Selain daripada menyertai atau menonton
pertandingan, mereka juga boleh membeli makanan dan minuman yang dijual pada waktu
yang sama.
4.0 ANCAMAN

Ancaman yang dapat dilihat adalah waktu perjalanan program bertembung dengan
jadual kelas guru pelatih yang mana ia akan menyukarkan penyertaan guru pelatih. Hal ini
kerana terdapat pensyarah yang ingin menjalankan kelas pada waktu tersebut maka ia akan
mengurangkan jumlah penyertaan daripada beberapa kelas.

5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan menempah dewan lebih
awal atau memasang khemah bagi majlis penutup. Hal ini supaya para peserta lebih selesa
dan tidak berasa terlalu letih apabila dapat berlindung daripada cahaya matahari. Majlis
penutup juga dapat dijalankan tanpa tergesa-gesa. Selain itu, petugas perlu membuat senarai
semak pada setiap stesen bagi tujuan pemarkahan yang lebih objektif. Kandungan senarai
semak boleh meliputi aspek pungutan mata pada permainan. Tamsilnya, senarai semak bagi
stesen imbangan dan halangan boleh dikira melalui bilangan bola ping-pong yang tidak jatuh,
masa melepasi halangan dan bilangan peserta melanggar halangan yang disediakan. Jadi,
apabila peserta melakukan kesalahan, petugas boleh terus mencatat pada senarai semak
yang mana keputusan akhir tidak akan dipengaruhi oleh ralat dan subjektiviti petugas. Di
samping itu, pihak penganjur juga boleh menambah bilangan pasukan yang menyertai
pertandingan ini supaya tiada yang hanya berjalan-jalan tanpa arah tuju sewaktu program
berlangsung.

You might also like