You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat Panitia TMK SK Jijan Bilangan 1 2020

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK


SK JIJAN
BILANGAN 1 TAHUN 2020
___________________________________________________________

TARIKH : 9 JANUARI 2020


HARI : KHAMIS
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK GURU SK JIJAN
____________________________________________________________

HADIR
1. Pn. Aida Binti Hassan PK Pentadbiran
2. En. Azhar Bin Punandir
3. Pn. Nadiah Binti Mohammad

1.0 UCAPAN PENGERUSI


YBhg Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir ke
Mesyuarat Panitia TMK SK Jijan kali pertama.
1.1 Mohon guru meneliti dan menyemak Takwim Kurikulum 2020 bagi
menyelaraskan segala aktiviti panitia TMK pada tahun ini.
1.2 Guru panitia TMK, diminta untuk tetap menjalankan PdPc TMK seperti
kurikulum KSSR sebelum semakan.

2.0 PERKARA
2.1 GURU-GURU PANITIA TMK 2020
KELAS NAMA GURU
5 IBNU ARABI PN. NADIAH BINTI MOHAMMAD
5 IBNU SINA PN. NADIAH BINTI MOHAMMAD
6 IBNU ARABI EN. AZHAR BIN PUNANDIR
6 IBNU SINA EN. AZHAR BIN PUNANDIR

2.2 KSSR SEMAKAN TMK TAHUN 4


2.2.1 Semua ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa mata pelajaran
TMK Tahun 4 telah dimansuhkan dalam KSSR Semakan 2019.
2.2.2 Mata pelajaran TMK hanya diajar untuk Tahun 5 dan 6 sahaja
mengikut 2 waktu 2 kali sebulan.
Makluman
2.3 DSKP

1
Minit Mesyuarat Panitia TMK SK Jijan Bilangan 1 2020

Ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa salinan DSKP untuk semua tahun
boleh dirujuk dalam fail panitia. Guru-guru boleh menggunakan kaedah QR
Code bagi mempamerkan DSKP dalam buku rekod mengajar.
Makluman

2.4 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN


Ahli mesyuarat mengambil maklum berkaitan perkara berikut;
2.4.1 Bagi semua guru TMK, perlu merujuk format RPT berdasarkan 36
minggu persekolahan.
Makluman
2.5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Format penulisan RPH hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
2.5.1 Standard Kandungan
2.5.2 Standard Pembelajaran
2.5.3 Objektif Pembelajaran
2.5.4 Aktiviti Pak 21
2.5.5 Nilai Murni dan Impak
Makluman
2.6 Pembina Soalan
TAHUN NAMA GURU
5 PN. NADIAH BINTI MOHAMMAD
6 EN. AZHAR BIN PUNANDIR

2.7 Semakan Buku Tulis Dan Buku Aktiviti


Jadual semakan buku tulis dan buku aktiviti berdasarkan buku pengurusan
sekolah 2020.
Makluman
2.8 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2019
Tahun 4

Tahun 5

2
Minit Mesyuarat Panitia TMK SK Jijan Bilangan 1 2020

Tahun 6

3.0 PEMBENTANGAN PROGRAM


Ahli mesyuarat dimaklumkan berkaitan program yang akan dijalankan dalam tempoh
yang terdekat dibawah panitia:
3.1 Kelas Intensif Pengkalan Data Murid Tahun 5
3.2 Kelas Intensif Pengaturcaraan Murid Tahun 6
3.3 Latih Tubi Soalan-soalan Peperiksaan
Makluman

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Pada tahun ini, perancangan penggunaan duit panitia mengikut tahun 2020.
Makluman

5.0 PENUTUP
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Setiausaha,

Panitia TMK,

Sekolah Kebangsaan Jijan.

3
Minit Mesyuarat Panitia TMK SK Jijan Bilangan 1 2020

09 Januari 2020

You might also like