You are on page 1of 3

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN & SAMBUTAN HARI

MALAYSIA TAHUN 2012

YATIE :
Yang Dihormati Datin Fuziah bt Mahmood, Pengetua SMK Cyberjaya,
Yang Dihormati, Puan Hajah Habshah bt Mohamad, PK Akademik,
Puan Hajah Che Supiah bt Che Awang, PK HEM,
Puan Ng Sie Fong, PK Kokurikulum,
Puan Asiah bt Baharin, Pemangku PK Tingkatan 6.
Guru2 Kanan M/Pelajaran,
barisan pendidik anak bangsa serta pelajar2 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt Salam 1Malaysia.

AZIZAH : Selamat datang ke Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan &


Sambutan Hari Malaysia, SMK Cyberjaya tahun 2012. Syukur ke
hadrat Allah swt atas kurniaan rahmat & keberkatan-Nya,
dapatlah kita berkumpul dalam majlis yg serba indah ini.

YATIE : Utk makluman semua hadirin, majlis ini diadakan dgn tujuan
mengenang semula sejarah pembentukan negara Malaysia
selepas negara mencapai kemerdekaan tahun 1957.

AZIZAH : Sebagai warga negara Malaysia yg tercinta ini kita seharusnya


menghargai jasa dan pengorbanan pejuang2 kemerdekaan
Persekutuan Malaya. Sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan, pejuang2 negara kita berjuang habis2an dan
bermandi darah utk menuntut kemerdekaan negara ini.

YATIE : Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara


rasminya dibentuk dan terdiri daripada Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak
usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965,
Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah
negera yang merdeka.

AZIZAH : Bagi memberkati majlis kita yg mulia ini, majlis menjemput


saudara Muhammad Faiz bin Zulkifli dari kelas 2C1 utk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

========================= DOA ============================


YATIE : Terima kasih saudara Muhammad Faiz atas bacaan doa itu tadi.
Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan
persembahan gimik Penutupan Bulan Kemerdekaan negara kita.
Dipersilakan.

================= GIMIK PENUTUP : SERAH BENDERA ==========

AZIZAH : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datin atas


kesudian menerima bendera Malaysia sebagai simbolik
penutupan bulan kemerdekaan.
Kini kita saksikan pula gimik bagi pembentukan negara Malaysia
pada tanggal 16 September 1963. Dipersilakan.

============ GIMIK PEMBENTUKAN MALAYSIA ==================

YATIE : Terima kasih buat semua pelajar yang terlibat. Utk makluman
semua, pasukan unit beruniform ini telah dibimbing oleh Cik Isma
Sapinaz binti Rosni. Majlis akan diteruskan lagi dengan
persembahan multimedia yang bertajuk Sejarah Penubuhan
Malaysia. Sama2 kita saksikan.

==================== VIDEO PENUBUHAN MALAYSIA ============

AZIZAH : “Kita bukan menyertai Malaysia tetapi kita membentuk Malaysia.”


Begitulah petikan kata2 Mendiang Datuk Amar James Wong ahli
perwakilan Sarawak dlm Jwtnkuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia. Kata2 ini jelas menunjukkan bahawa pembentukan
negara Malaysia adalah hasil perpaduan dan persefahaman
antara Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak & Singapura.

YATIE : Warga dewan sekalian,


Semangat perpaduan ini harus kita kekalkan agar kedamaian dan
kemakmuran yg kita kecapi pada hari ini dapat diteruskan
sehingga ke generasi yg akan datang.

AZIZAH : Kini, majlis mempersilakan Guru Sejarah, Puan Aniza bt Abdullah


bersama pelajar kelas 4 Akaun, Nurul Syaqirah bt Zain utk
menceritakan sejarah penubuhan Malaysia dengan lebih jelas.
Dipersilakan.
================ SLOT SEJARAH : PN ANIZA ABDULLAH ==========

YATIE : Majlis mengalungkan ucapan terima kasih kpd Puan Aniza


Abdullah & Nurul Syaqirah. Majlis kini akan diserikan pula dengan
persembahan nyanyian lagu negeri Sabah oleh saudari Nurqistina
bt Noordin dari kelas 4 Akaun yg bertajuk Tinggi2 Gunung
Kinabalu.

================== LAGU 1 : QISTINA =========================

AZIZAH : Terima kasih saudari Nurqistina atas persembahan itu tadi. Kini,
kita akan dihiburkan pula dengan persembahan oleh saudari Wal
Fadhilah yg akan menyanyikan lagu negeri Sarawak yg bertajuk
Puteri Santubong Puteri Sejinjang. Dipersilakan.

=================== LAGU 2 : WAL FADHILAH ==================

YATIE : Majlis kini akan diakhiri dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu
Satu Malaysia, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia & Saya Anak
Malaysia.

===================== 5 LAGU PATRIOTIK =====================

AZIZAH : Sebelum bersurai, marilah kita sama2 nyanyikan lagu Negaraku


dengan penuh semangat. Semua hadirin diminta berdiri tegak.

======================= NEGARAKU =========================

YATIE : Dengan ini maka berakhirlah Majlis Penutupan Bulan


Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia SMK Cyberjaya tahun
2012.

AZIZAH : Wabillah hitaufik walhidayah...

You might also like