You are on page 1of 9

KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM

05100 ALOR SETAR KEDAH

WTP 1033 FORMWORK

NAMA: MUHAMMAD DANISH BIN ZULKIFLI


IC NO: 010201-14-0165
KOPETENSI : MENGENAL PASTI DAN MEMASANG SIAP BAHAGIAN KOTAK DAN
BENTUK
PROGRAM : PRA DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN TAHUN 1
PENGARAH : NURUL EZATIE BINTI EZERAE
PENGENALAN
Kotak bentuk ialah suatu binaan sementara yang berfungsi untuk membentuk konkrit
pada bentuk yang dikehendaki. Dalam kerja konkrit, ia dikenali sebagai acuan
dimana bancuhan konkri dituang dan dibiarkan mengeras.
Dalam projek pembinaan, kotak bentuk atau acuan adalah dibina berdasarkan apa
yang digambarkan di dalam pelan. Untuk kerja-kerja pembinaan yang besar, kotak
bentuk merupakan sebahagian dari sistem kerja. Kotak bentuk yang baik adalah yang
kuat dan tidak berubah bentuk apabila menerima beban. Kebanyakan kotak bentuk
yang digunakan dalam projek pembinaan dari jenis kayu kerana ia dapat digunakan
berulang kali
FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN ACUAN
Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang
rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua
kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk
konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka,
mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain
daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah
diperhatikan.
Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga
dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan
menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong
sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk
itu cukup kuat.
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNANKAN UNTUK MEMBINA ACUAN

1) Papan dan papan lapis

Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrittuang
dahulu mahupun konkrit tuang disitu.Bahan-bahan ini mudah didapati dansenang dikerjakan.
Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang bajk untukmembuat kotak bentuk. Kayu keras
pula adalah berat dan sukar dipaku.
2) Logam – keluli, besi bergalvani,aluminium dan sebagainya

Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga
memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya
memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan
logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang
bertingkat-tingkat.

3) Kaca gentian dan plastik gentian

Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai
rekabentuk tersendiri.
JENIS-JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT ACUAN
1) Penukul

tukul digunakan untuk kerja kerja mengetuk papan kotak bentuk supayadapat membentuk satu
kotak bentuk yang sempurna. Disebut juga tukul kukukambing. Ia digunakan bersama paku.
2) Pita ukur

Ia digunakan untuk mengukur saiz saiz kotak bentuk yang diperlukanmengikut saiz yang
dikehendaki. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianyamudah digunakan dan ekonomik
3) Gergaji

Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz yangdiperlukan. Ianya
tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga manusiasepenuhnya. Ia digergaji
setelah diukur dengan tepat.
STRUKTUR YANG MEMERLUKAN ACUAN
Kualiti
Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan
mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung
seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang digunakan dan juga getaran
yang dilakukan untuk memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat dan stabil.
Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu,
rekabentuk acuan hendaklah mengandungi kemudahan untuk menanggalkannya supaya
tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila membuka acuan
Ekonomi
Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-
bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan
berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan
dan kemahiran pekerja sedia ada.

Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan Bil Bahagian Acuan Jangkamasa


1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari)
2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari)
3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari)
4.Papan bawah ( yang dibebankan)=(28 hari)
KESELAMATAN SEMASA PEMBINAAN ACUAN

Langkah-Langkah Keselamatan Di Tapak Bina


i. Memakai topi keselamatan untuk mengelakkan objek yang terjatuhterkena kepala.
ii. Para kontraktor hendaklah memberi peringatan mengenaikeselamatan di tapak mengenai
langkah keselamatan kepadapekerja.
iii. Penyelia tapak perlu memastikan keadaan sekitar tapak bina danpekerja adalah selamat
tanpa berlaku sebarang kemalangan.
iv. Memakai tali pinggang keselamatan semasa bekerja di tempat yanglebih tinggi.
v. Memakai jaring keselamatan bagi tapak bina yang berada di tepi jalan raya untuk
mengelakkan sebarang objek jatuh dimana ianyaboleh mencederakan para pekerja dan orang
ramai.
vi. Mengelakkan dari berlakunya kemalangan kepada orang awam
KESIMPULAN
Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, apa yang boleh sayasimpulkan disini ialah
pekerja dapat melakukan kerja dan tidak mencuri tulangsemasa bekerja. Pekerja rajin
melakukan kerja dan mudah mesra apabiladitanya kan soalan.
Selain itu, penngunaan peranca perlu diberi perhatian yang lebihsemasa mengendalikannya
Bahan-bahan yang digunakan untuk membinaperanca mestilah teguh dan sesuai bagi membina
sesuatu peranca. Jika kelulidigunakan, ia hendaklah dari jenis yang tidak mudah berkarat.
Papan pelantar hendaklah disokong dan diikat dengan sempurna serta dibiarkan terjulur
padahujung peranca tidak melebihi 4 kaki tebal papan pelantar.
Selain itu, kawasan persekitaran tempat kerja juga boleh dikatakanselesa dan terdapat tempat
berehat. Para pekerja boleh berehat disini setelahselesai melakukan kerja. Para pekerja juga
saling bekerja sama antara satusama lain
RUJUKAN
1) http://documents.tips/documents/kotak-bentuk-2.html
2) http://azamansaidin.blogspot.my/2010/01/acuan-konkrit.html
3) https://www.scribd.com/doc/27097024/Bab-4-Kotak-Bentuk
4) https://www.google.com/search?q=pembinaan+acuan&espv=
5) http://www.academia.edu/23691431/3.7_Langkah-Langkah_Keselamatan_Di_Tapak_Bina

You might also like