You are on page 1of 5

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj Ramli b. Husin dan Tn.

Hj Ketibaan
Mohamad Arshad b. Saidin dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke VVIP
dalam dewan.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda ‘’Majlis Lambaian Kasih” sempena
persaraan Tn Hj Ramli b. Husin dan Tn. Hj Mohamad Arshad b. Saidin

Majlis dimulakan dengan membaca Ummul Kitab Al Fatihah..

Ucapan
Yang Dihormati, ______________________________________ (Wakil pengerusi
KS) majlis
Yang Berusaha, Tn Mohd Rozman Bin Abdul Muin, Pengetua Smk
Agama Kerian.
Yang Diraikan, Tn Hj Ramli B. Husin Dan Tn. Hj Mohamad Arshad B.
Saidin
Yang Berusaha, Tn.Hj Radin Shahri Bin Radin Salim, PK Pentadbiran
SMK Agama Kerian,
Yang Berusaha,Tn.Hj. Mohd Norzalan B. Mohd Hassan, PK Hal Ehwal
Murid SMK Agama Kerian,
Yang Berusaha, En Zahari B. Khamis, PK Kokurikulum SMK Agama
Kerian,
Yang Berusaha, En.Azhar Bin Bahazan, PK Tingkatan 6 SMK Agama
Kerian,
Guru-guru, anak –anak pelajar,tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati
Allah sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada para hadirin atas kesudian


tuan/puan memenuhi undangan ke majlis pada hari ini. Kami warga
SMK Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab amat berbesar hati dan
mengucapkan ribuan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran
tuan/puan ke majlis lambaian kasih sempena persaraan Tn. Hj
Mohamad Arshad b. Saidin Tn Hj Ramli b. Husin
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata untuk guru-guru Penyampaian


yang: hadiah

1. Berkahwin -- dijemput Puan Inshirah


2. Bersalin anak pertama
3. Menyambut hari lahir
4. Berpindah

Muslimin dan muslimat sekalian,

Majlis diteruskan dengan menjemput Tn Mohd Rozman Bin Abdul


Muin,Pengetua SMK Agama Kerian Tahfiz Model Ulul Albab bagi Ucapan
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..... Pengetua

Terima kasih diucapkan kepada Tn Mohd Rozman Bin Abdul Muin


atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin dan hadirat sekalian,


Izinkan saya membacakan serba sedikit biodata yg diraikan pada hari
ini.

Majlis diteruskan dengan menjemput Tn Hj Mohamad Arshad Bin Ucapan


Saidin, bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya Ustaz Arshad
dipersilakan.....

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohamad Arshad Bin Saidin


atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Di sini majlis marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia yang telah disunting untuk memberi Multimedia
penghargaan kepada Tn Hj Mohamad Arshad B. Saidin.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Izinkan sekali lagi saya membacakan biodata yg diraikan pada hari ini. Ucapan Tn Hj
Ramli
Majlis dengan ini menjemput Tn Hj Ramli bin Husin, bagi
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.....

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Ramli bin Husin atas ucapan


yang telah disampaikan sebentar tadi.

Di sini majlis marilah sama-sama kita saksikan


persembahan multimedia yang telah disunting oleh anak-anak pelajar
untuk memberi penghargaan kepada Tn Hj Ramli bin Husin

Hadirin yang dihormati,


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan Penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita hadiah
raikan pada hari ini iaitu Tn. Hj Mohamad Arshad B. Saidin dan Tn Hj
Ramli B. Husin

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Tn Mohd Rozman Bin Abdul Muin, Pengetua Smk
Agama Kerian mengiringi Yang Diraikan, Tn. Hj Mohamad Arshad B.
Saidin untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Rujuk senarai hadiah……

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Tn.Hj Radin Shahri Bin Radin Salim, PK Pentadbiran
SMK Agama Kerian, mengiringi Yang Diraikan, Tn Hj Ramli bin Husin
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Terima kasih….

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan


khusus untuk Yang Diraikan Tn. Hj Mohamad Arshad B. Saidin Dan Tn
Hj Ramli B. Husin

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk yang diraikan….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis “Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri
serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di
khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

You might also like