You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG NANGKA

43400 SERDANG,
SELANGOR.
Tel : 03-3768459
E-mel:skkn09@gmail.com
Kod Sek. : BBA 4171

Ruj Kami : BBA4171/PRA/100-19/7/2(31)


Tarikh : 24 Januari 2019

Pengarah Pelajaran Selangor,


Jabatan Pendidikan Selangor,
Jalan Bambu,
40604 Shah Alam, Selangor.
(u.p: Unit Perhubungan Dan Pendaftaran)

Tuan,

Permohonan Mengadakan Lawatan Ke Kidzania

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kami berhasrat untuk mengadakan Lawatan ke


Kidzania. Sehubungan dengan perkara di atas, berikut adalah butiran lawatan:

Tarikh : 16 Mac 2019


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi- 4.30 petang
Peserta : 38 orang
Tempat : Kidzania, Kuala Lumpur

3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak
tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan.
Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

______________________

(Nur Jannah bt Jun)


Setiausaha Lawatan Ke Kidzania
SK Kampung Nangka
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG NANGKA
43400 SERDANG,
SELANGOR.
Tel : 03-3768459
E-mel:skkn09@gmail.com
Kod Sek. : BBA 4171
Ruj Tuan : BBA4171/PRA/100-19/7/2(37)
Ruj Kami : JBA 1070/PRA/100-19/7/2(01)
Tarikh : 27 Februari 2019

Kepada,
Semua ibu bapa / penjaga
Murid Tahun 4 yang menyertai lawatan,
SK Kampung Nangka.

Tuan / Puan,

LAWATAN KE KIDZANIA

Salam sejahtera. Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah telah memutuskan untuk mengadakan lawatan


tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Mac 2019


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi- 4.30 petang
Peserta : 38 orang
Tempat : Kidzania, Kuala Lumpur
Yuran : RM113 seorang pelajar

3. Sekiranya tuan / puan membenarkan anak untuk menyertai lawatan ini, sila kembalikan
lampiran yang disediakan beserta wang yuran kepada pihak sekolah secepat mungkin.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

___________________
(Nur Jannah bt Jun)
Setiausaha Lawatan Ke Kidzania
SK Kampung Nangka

You might also like