You are on page 1of 13

Lampiran

Bahagian Pendidikan A
Guru, KPM

( Lampiran kepada Surat Siaran


Kementerian Pelajaran Malaysia
Bilangan 20 Tahun 2012 )

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) 0


Garis Panduan Pelajaran
Kementerian Pelaksanaan SPLG@2012
Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

1.0 PENGENALAN

1.1 Bersesuaian dengan prinsip Perkembangan Profesional Berterusan (CPD), usaha lebih
berkesan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu digembleng bagi meningkatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada warga pendidik secara berterusan untuk membina
diri menghadapi perubahan dalam pendidikan. Sehubungan itu, adalah wajar penyelarasan
dan pelaksanaan LDP di semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dimantapkan melalui aplikasi SPLG. Aplikasi ini sebagai kayu pengukur menilai
keberkesanan ‘output’ dan ‘outcomes’ pelaksanaan latihan.

2.0 TUJUAN

2.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan
Latihan Guru (SPLG) di semua sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) dan bahagian-bahagian di KPM bagi menguruskan semua pentadbiran latihan
dalam perkhidmatan.

3.0 LATAR BELAKANG

3.1 SPLG dibangunkan bagi mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan
yang dilaksanakan di peringkat pelaksana di samping merekod kursus-kursus, sesi
pembelajaran dan pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh guru-guru melalui modul
Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul ‘Book Review’ (BR).

3.2 SPLG merupakan satu aplikasi utama bagi mengumpul dan melaporkan maklumat/data
latihan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.3 SPLG dibangunkan bagi mengatasi masalah pertindihan data latihan guru yang telah
dilaporkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) oleh JPN, PPD dan sekolah seperti amalan
biasa.

3.4 Dalam menguruskan latihan dalam perkhidmatan, SPLG ini dapat memenuhi keperluan BPG
dari segi :
3.4.1 Pengurusan rekod latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan di peringkat
penyedia latihan.

1
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

3.4.2 Menyediakan analisis latihan yang boleh dicapai oleh peringkat Pengurusan
Tertinggi KPM, JPN dan PPD selari dengan kehendak Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 / 2005.

4.0 PUNCA KUASA

4.1 Mesyuarat yang telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KPM pada 17 Januari 2010 telah
membuat ketetapan bahawa fungsi utama BPG sekarang adalah melaksanakan latihan
kepada guru dalam perkhidmatan dan pengambilan guru. Keputusan tersebut telah
dipersetujui melalui satu mesyuarat bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Oleh itu,
satu memo daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 24
Februari 2010 memaklumkan mengenai keputusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia. Hal ini,
selari dengan Majlis Mesyuarat Profesional Khas KPM bertarikh 22 Ogos 2007 yang
memutuskan BPG sebagai penyelaras pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
KPM.

4.2 Urus setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) telah mengambil maklum tentang
pembangunan SPLG melalui memo KP.BPM(S) 1/07/011/01/Jilid 8 (14) bertarikh 22 April
2011 bahawa SPLG dibangunkan secara dalaman.

4.3 Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) BPG Bil.2/2011 pada 11 Julai 2011
telah memutuskan bahawa SPLG akan diwajibkan penggunaannya kepada semua guru di
sekolah.

4.4 Penggunaan SPLG telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir
Urus KPM Bil. 2/2011 pada 01 Ogos 2011 untuk makluman dan persetujuan bagi
mewajibkan penggunaannya kepada semua guru. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat
Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus KPM Bil. 3/2011 pada 15 November 2011 yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah
memutuskan bahawa hanya satu sistem sahaja digunakan untuk pengurusan latihan guru
iaitu Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan
Guru.

2
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

4.5 Fungsi SPLG bertepatan dengan peranan BPG sebagai peneraju Latihan Bina Upaya KPM.
Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) Bil. 3/2011 pada 21
Disember 2011, ahli-ahli mesyuarat telah memutuskan dua perkara mengenai program
latihan dalam perkhidmatan iaitu BPG mengkaji semula program latihan keguruan KPM
dengan berfokuskan bina upaya warga pendidikan dan BPG sebagai peneraju utama
program latihan KPM.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Peringkat Pelaksana


5.1.1 Bahagian KPM
Peringkat KPM, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus
dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat Bahagian masing-masing.

5.1.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)


Peringkat JPN, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus
dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat JPN, PPD dan sekolah.

5.1.3 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)


Peringkat PPD, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus
dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat PPD dan sekolah.

5.1.4 Sekolah
Peringkat sekolah, Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP)
dipertanggungjawabkan mengurus dan menyelaras pelaksanaan SPLG.

5.1.5 Individu
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bertanggungjawab
memastikan rekod latihan dikemaskini dari semasa ke semasa.

3
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

5.2 Peranan Pelaksana

5.2.1 Penyelaras Latihan di Bahagian KPM


Memastikan semua maklumat PPP dalam pangkalan data SPLG sentiasa
dikemaskini.
Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat
Bahagian melalui Modul SULDP.
Menawarkan latihan kepada semua PPP di Bahagian secara atas talian.
Menganalisis keperluan latihan di Bahagian masing-masing melalui Modul
TNA (Analisis Keperluan Kursus).
Merangka dan merancang takwim latihan tahunan.
Membuat analisis dan laporan latihan di Bahagian masing-masing.

5.2.2 Pegawai Latihan di JPN


Memastikan semua maklumat PPP dari data EMIS ke dalam SPLG.
Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat JPN
melalui Modul SULDP.
Melaksanakan taklimat / bengkel aplikasi SPLG kepada semua PPP JPN
dan Penyelaras Latihan PPD
Menawarkan latihan kepada semua PPP di JPN , PPD dan guru secara atas
talian.
Menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan menerusi modul
individu secara atas talian.
Memastikan semua PPP mengisi instrumen TNA melalui Modul Individu.
Merangka dan merancang takwim latihan tahunan peringkat jabatan.
Memantau pelaksanaan latihan peringkat PPD dan sekolah.
Menganalisis keperluan kursus di JPN, PPD dan sekolah melalui Modul TNA
Membuat analisis dan laporan latihan di Jabatan, PPD dan sekolah.

5.2.3 Penyelaras Latihan di PPD


Memastikan semua maklumat PPP dalam data SPLG yang diperoleh dari
data EMIS adalah betul.
Menawar dan mendaftar semua latihan yang akan dijalankan di peringkat
PPD dan sekolah secara atas talian melalui Modul SULDP.
Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLG kepada semua pegawai
PPD dan SULDP sekolah.

4
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

Menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan oleh PPP di PPD
menerusi Modul Individu secara atas talian.
Menguruskan maklumat berkaitan latihan yang melibatkan PPP di PPD dan
guru-guru di dalam daerah.
Menyokong dan meluluskan permohonan latihan oleh pihak sekolah secara
atas talian.
Menganalisis keperluan latihan di PPD dan sekolah melalui Modul TNA
Merangka dan merancang takwim latihan tahunan peringkat PPD.
Memantau pelaksanaan latihan peringkat PPD dan sekolah.
Membuat analisis dan laporan latihan di PPD dan sekolah.

5.2.4 Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) di sekolah


Memastikan semua maklumat guru dalam SPLG yang diperoleh dari data
EMIS adalah betul.
Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat
sekolah dalam SPLG melalui Modul SULDP.
Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLG kepada semua guru.
Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat PPD.
Mengurus, menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan oleh
guru menerusi Modul Individu secara atas talian.
Memastikan semua guru mengisi instrumen TNA melalui Modul Individu.
Membuat analisis dan pelaporan latihan di sekolah.

5.2.5 Individu
Mengisi instrumen TNA mengikut kategori masing-masing setiap awal
tahun.
Mendaftar KKL dan BR melalui Modul Indivudi secara atas talian.
Menyerahkan ulasan buku yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan kepada
Pegawai Latihan/Penyelaras Latihan/SULDP.
Mencetak Pelaporan Individu dan Sijil Kehadiran Latihan Dalam
Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia secara digital dan mendapat
pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing untuk direkodkan
dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) pada berakhir tahun berkenaan.

5
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.0 CARTA ALIR PROSES SPLG

6.1 Modul SULDP


6.1.1 Daftar dan tawaran latihan secara berkumpulan di Bahagian KPM, JPN dan PPD

INDIVIDU ( PPP ) PEGAWAI/PENYELARAS LATIHAN

Login

Daftar Kursus
Berkumpulan

Daftar peserta

Pelaporan Laksana kursus


Digital

Kemaskini kehadiran
peserta

Analisis

6
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.2 Tawaran kursus oleh Bahagian/JPN/PPD dan permohonan kursus oleh individu
di Bahagian/JPN/PPD

INDIVIDU (PPP) SU LDP BAHAGIAN/JPN/PPD

Login

Mohon Kursus Daftar Kursus


Dalaman

Tidak

Terima
permohonan
kursus
Pelaporan
Digital
Ya

Laksana kursus

Kemas kini kehadiran


peserta

Analisis

7
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.3 Daftar Kursus Berkumpulan (Schoolbased) di sekolah dan pengesahan serta


sokongan oleh PPD

INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH

Login

Daftar Kursus
Berkumpulan

Daftar peserta Pengesahan

Pelaporan Laksana kursus


digital

Kemas kini kehadiran


peserta

Analisis Analisis Analisis

8
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.4 Tawaran kursus oleh PPD dan pencalonan peserta dari sekolah

INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH

Login

Calon peserta Daftar Kursus

Daftar peserta

Sokongan pencalonan
peserta
Pelaporan
digital

Laksana kursus

Kemas kini kehadiran


peserta

Analisis Analisis Analisis

9
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.5 Tawaran kursus oleh PPD dan permohonan kursus oleh individu di sekolah

INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN PENGESAH

Login

Mohon kursus Daftar Kursus


Terbuka

Tidak

Terima
permohonan
kursus
Pelaporan
digital
Ya

Laksana kursus

Kemas kini kehadiran


peserta

Analisis Analisis Analisis

10
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.2 Modul Individu


6.2.1 Daftar ‘Book Review’ (BR) dan Kehadiran Kursus Luar (KKL)

INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH

Login

Daftar BR
Pengesah
Daftar KKL

Pelaporan
digital

Analisis Analisis Analisis

11
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012
Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.2.2 Instrumen TNA (Analisis Keperluan Kursus)

INDIVIDU SU LDP/PENGESAH PPD/PENGESAH JPN/PENGESAH

Login

TNA

Analisis Analisis Analisis

7.0 PENUTUP

7.1 Semua Bahagian/JPN/PPD/sekolah hendaklah menggunakan SPLG bagi mengurus dan


merekod pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan pegawai, guru dan warga pendidik
menerusi modul SULDP aplikasi SPLG.

7.2 Semua guru dan warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengisi kehadiran
kursus luar (KKL), book review dan soal selidik Analisis Keperluan Kursus ‘TNA’ menerusi
modul individu aplikasi SPLG.

7.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan Latihan Guru
(SPLG), sila hubungi :
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2- 6, Blok E13,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya,
No. Tel: 03-8884 6000 (TALIAN UMUM)
03-8884 1052 / 1055 / 1069 / 1053 / 1066 / 1214
No.Fax: 03-8889 3570

12
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

You might also like