You are on page 1of 1

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU
1)Masni Jamin, 2)Noor Zila Md. Yusuf, 3)Che Mas Saud,
4)Bukhari Shafie, & 5)Aswadi Md Amin

IPG Kampus Darulaman, Kedah


Abstrak
Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu bentuk bahan bantu mengajar yang
semakin popular di sekolah mahupun di pusat pengajian. Keperluan penggunaan TMK dalam
pengajaran bahasa Melayu (BM) pada abad-21 penting untuk memastikan pelajar merasai
suasana pembelajaran yang lebih afektif dan menyeronokkan. Kajian ini bertujuan mengetahui
persepsi guru-guru bahasa Melayu di sekolah, terhadap penggunaan TMK dalam P&P BM pada
abad ke-21. Responden kajian terdiri daripada 50 orang guru BM sekolah rendah dan sekolah
menengah yang menghadiri kursus peningkatan profesional guru BM di bawah program
Memartabat Bahasa Melayu (MBM). Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan sebagai cara
pengumpulan data melalui penggunaan borang soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan peratusan, kekerapan dan seterusnya dirumuskan secara kualitatif. Terdapat
lima aspek yang disoal dalam borang soal selidik iaitu, penggunaan TMK dan penguasaan BM,
TMK dan kandungan kurikulum BM, keperluan mengikuti kursus TMK, faktor afektif dalam
penggunaan TMK sebagai bahan ajar, profesionalisme guru BM dalam penggunaan TMK.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, semua responden telah memberi respon positif
terhadap penggunaan TMK dalam P&P bahasa Melayu. Rumusan daripada kajian ini
menjelaskan bahawa, penggunaan TMK penting sebagai salah satu bahan sumber pengajaran
dan pembelajaran BM di sekolah.
Kata kunci: Teknologi Maklumat, P&P bahasa Melayu, guru sekolah, faktor afektif

You might also like