You are on page 1of 3

Tugasan 2

Objek pembelajaran ( LO ) yang telah saya buat adalah Bahasa Melayu Tahun 5.
Saya pilih tahap 2 sebab murid-murid pada tahap ini sudah ada kemahiran untuk
menggunakan komputer dan laman web dengan baik. Tajuk yang saya pilih bagi LO ini
adalah kata hubung. Standard kandungan bagi tajuk ini ialah 2.4 iaitu membaca dan
memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk member
respons dengan betul. Standard pembelajaran ialah 2.4.3 iaitu membaca dan memahami
maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat
sesuatu keputusan dengan betul. Objektif pembelajaran tajuk ini adalah untuk mengenali
jenis-jenis kata hubung dan cara penggunaannya dalam ayat. Dalam sesuatu LO perlu ada
3 aspek utama ini supaya objektif pembelajaran tercapai. Aspek-aspek utama ialah visual,
audio, video.

Pertama ialah, visual yang membawa maksud bahan media pengajaran yang
menggunakan imej yang dapat dilihat atau berdasarkan penglihatan. Saya telah memasuki
maklumat penting seperti pengenalan kepada kata hubung terlebih dahulu sebelum
memasuki isi pelajaran. Pada pengenalan saya hanya menggunakan tulisan sahaja dan
tidak ada apa-apa unsur visual. Hal ini kerana, jika saya menggunakan visual untuk semua
isi yang hendak diajar. Jadi, saya hanya menggunakan visual pada tempat yang sesuai.
Pada halaman seterusnya, saya telah menggunakan visual iaitu sebuah peta i-think untuk
menyenaraikan jenis-jenis kata hubung gabungan. Saya juga telah memberi beberapa
contoh ayat bagi setiap kata hubung untuk menjelaskan penggunaan kata hubung dalam
ayat. Bagi menerangkan contoh ayat itu saya telah menggunakan gambar visual. Pada
masa yang sama, saya juga telah memasukkan beberapa gambar animasi bagi
menceriakan lagi situasi pembelajaran.

Kualiti gambar yang telah guna ialah sangat sesuai dan jelas. Saya mengatakan
begitu sebab kualiti gambar yang saya pilih sangat jelas dan mudah dilihat. Murid-murid
dapat melihat dan membaca setiap perkataan yang ada pada gambar. Kualiti tulisan yang
telah saya guna juga amat jelas dan dalam saiz yang sesuai supaya mudah membaca.
Selain itu, kualiti animasi yang ada dalam LO saya juga sesuai dan menarik. Saya
memasukkan beberapa animasi GIF supaya murid mudah tertarik dengan isi pelajaran.
Kualiti gambar latar belakang yang telah saya gunakan juga menarik sebab saya telah guna
latar belakang alam semulajadi yang bergerak. Tetapi, saya hanya menggunakan satu latar
belakang bagi sepanjang LO saya. Selanjutnya, kualiti keseluruhan visual yang telah saya
gunakan menepati objektif. Perkara ini merupakan kekuatan bagi pembelajaran LO saya
telah dilengkapi dengan aspek visual serta kualiti yang cukup bagus.

Kedua, ialah penggunaan audio dalam pembelajaran LO. Maksud audio ialah satu
sistem untuk mengirim atau menerima suara bunyi secara elektronik melalui kabel atau
udara. Saya tidak menggunakan audio untuk dalam LO saya. Hal ini kerana, saya
berpendapat bahawa murid lebih faham pengajaran jika isi pelajaran dalam bentuk visual
dan video. Gurid boleh menggunakan kaedah penggunaan audio ini terhadap murid yang
memang sudah menguasai kemahiran mendengar tetapi murid yang tidak menguasai
kemahiran tersebut akan mengalami kesukaran dalam memahami isi pelajaran. Walau
bagaimanapun, saya menggunakan audio semasa aktiviti kuiz. Bunyi tepukan akan
dibunyikan apabila murid menjawab jawapan betul dan bunyi pecah gelas akan dibunyikan
apabila murid menjawab jawapan salah. Tujuan saya menggunakan audio pada kuiz ini
adalah bagi menceriakan murid untuk melakukan soalan kuiz. Kualiti bunyi yang saya
gunakan ialah amat jelas dan kuat sebab mudah untuk mereka mengenali kesalahan
mereka. Penggunaan audio hanya pada aktiviti kuiz ini merupakan satu kelemahan dalam
pembelajaran LO saya.

Ketiga, ialah video yang membawa maksud gabungan bunyi dan visual yang direkod
ke dalam pita dan dimainkan melalui kaca tv. Saya telah memasuki kandungan pelajaran
seperti penjelasan kata hubung secara berleluasa dan jelas. Saya telah menggunakan video
pada setiap halaman bagi menjelaskan konsep kata hubung secara kaedah mudah dan
jelas. Dalam video-video itu seorang akan menjelaskan maksud kata hubung, jenis, contoh,
cara penggunaan dan sebagainya. Jadi, murid dapat belajar bersama-sama dan dapat
mengikut suara yang dipaparkan pada video tersebut. Saya juga telah menggunakan video
sebagai alat bagi menarik perhatian murid semasa belajar. Hal ini kerana, murid lebih suka
belajar menggunakan video berbanding dengan bentuk tulisan. Kualiti paparan grafik video
tersebut amat sesuai dan menarik. Kualiti suara latar juga intonasi yang sangat jelas dan
sesuai dengan kehendak murid. Selain itu, kualiti muzik latar juga sesuai dengan
pembelajaran dan kualiti kesan bunyi juga sesuai dengan isi pelajaran. Seterusnya, kualiti
keseluruhan video yang telah saya gunakan amat sesuai dan menepati objektif. Perkara ini
merupakan kekuatan bagi pembelajaran LO saya telah dilengkapi dengan aspek video serta
kualiti yang cukup bagus.
Secara keseluruhanya, kualiti teknikal yang telah saya gunakan sepanjang
pembelajaran LO ini merupakan media yang berkualiti dan sesuai dengan kehendak isi
pelajaran. Selain itu, kualiti maklumat juga dilengkapi dengan tepat dan maklumat yang
terkini. Seterusnya, LO ini amat mudah digunakan oleh murid dan guru. Semua aspek telah
dilengkapi dengan betul dan mudah untuk dikendalikan. Selanjutnya, maklumat yang telah
dimasukkan dalam LO itu amat jelas dan tersusun. Misalnya, mula-mula saya
memperkenalkan konsep kata hubung dan menjelaskan jenis-jenisnya. Kemudian, saya
menjelaskan setiap satu jenis dengan memberi huraian dan contoh yang relevan. Hal ini
menunjukkan isi pelajaran saya sangat tersusun dan jelas. Pada masa yang sama, aspek-
aspek yang telah saya gunakan dalam LO ini secara keseluruhanya menggabungkan semua
kemahiran seperti visual, audio dan video dimana murid akan tertatik dengan mudah dan
dapat melibatkan diri mereka secara aktif dalam kelas. Contohnya, semasa kuiz saya telah
memasukkan bunyi-bunyi bagi mengenal kesalahan mereka dan apabila murid menjawab
mereka akan berasa seronok dengan bunyi-bunyi tersebut.

You might also like