Professional Documents
Culture Documents
Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan
Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan
ISMAIL 700509115298001
NO TELEFON : 013-9399570
E-MAIL : zakiahismail54@yahoo.com
0
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
ISI KANDUNGAN
Rujukan 14
1
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
1.0 Pengenalan
Seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Mengikut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan
bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah seperti sajak, lukisan, muzik dan lain-lain.
Manakala menurut Herbert Read (1997), pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Seni Dalam Pendidikan
merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi
memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan
dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.
Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti,
sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu Seni Dalam
Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti
mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan
mempunyai nilai jati diri yang tinggi.Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui
lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada
pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Seni Dalam Pendidikan menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni
muzik. Tugasan HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan ini meminta kami menyediakan kertas
cadangan yang memperincikan aktiviti kreatif murid sekolah rendah melalui program seni
lukis dan seni reka dengan menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi
sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
1.2 Matlamat
i. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi sebagai elemen
ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
ii. Untuk menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran
lain.
1.3 Objektif
i. Memberi peluang kepada murid-murid untuk berkarya dan berimaginasi mengikut
kreativiti mereka sendiri.
ii. Memupuk semangat keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.
iii. Melatih murid berdisiplin, bekerjasama dan yakin kepada diri sendiri.
1.5 Tempat
Sekolah Kebangsaan Bukit Gading, Tanah Merah Kelantan.
1.6 Tema
“Seni Di Hatiku”
1.7 Modul/Topik
Modul Menggambar – Lukisan
1.9 Aktiviti
i. Lukisan
ii. Catan
iii. Kolaj
iv. Montaj
3
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
2.0 Pengalaman
Jelaskan pengalaman yang bakal dilalui oleh pelajar termasuk kemahiran berfikir bagi
perkembangan idea dan kemahiran berdasarkan topik yang dipilih. (contohnya, kemahiran
melukis)
Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian
(Zulkifi Yaakob, et. al., 2014). Antara aktiviti yang dirancang ialah:
guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bahasa
tampaknya. Disebabkan setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza, maka
pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahapnya sendiri. Selain daripada itu,
pembelajaran murid-murid juga berlaku melalui pemerhatian terhadap persekitaran murid-
murid. Di samping itu, aktiviti yang dirancang juga memberi pengalaman kepada murid
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Melalui aktiviti melukis ini juga akan menjadikan
murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan harian yang
sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja mengecat
peralatan kecil di rumah dan sebagainya. Murid juga dapat membuat apresiasi terhadap karya
mereka sendiri dan rakan-rakan berpandukan bahasa seni visual dengan mempamerkan hasil
karya yang dihasilkan seterusnya menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan
secara lisan.
5
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
menepati tajuk atau tema yang diberi. Aktiviti yang akan dilaksanakan bertemakan Alam
Semula Jadi iaitu bertajuk Kumbang Ladybird. Melalui aktiviti ini, murid-murid akan
mengetahui definisi kolaj dan didedahkan dengan cara membuat kumbang Ladybird dengan
menggunakan bahan seperti kertas lukisan, gam, majalah, surat khabar dan alatan seperti
gunting. Murid juga akan berpengalaman mengetahui dan memahami bahasa seni visual,
jenis-jenis media, serta proses dan teknik dalam penghasilan kolaj. Teknik kolaj dan mewarna
dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman daya intuisi mereka.
Murid-murid juga berpengalaman berinteraksi dengan bebas sesama rakan sebaya di samping
mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Di
samping itu, Matematik boleh di gunakan di dalam setiap aktiviti kerana murid-murid.
selalunya menjumlahkan bahan-bahan seni yang di gunakan. Mereka akan membandingkan
alatan antara satu sama lain. Misalnya mereka membeza saiz krayon, kuantiti warna, bilangan
berus dan banyak lagi.
3.0 Ekspresi
Menurut Taylor (1976), ekspresi membawa maksud pengucapan, pencurahan perasaan, rasa
hati yang dilahirkan melalui tutur kata, reaksi muka, imej visual dan reaksi fizikal seperti
pergerakan tangan, kaki dan badan atau keseluruhan anggota. Standard Kandungan KSSR
Dunia Seni Visual mengandungi ekspresi kreatif di mana murid dapat mengaplikasikan
pengetahuan dan kefahaman kemahiran bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya dengan memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif,
menggunakan bahasa seni visual iaitu dalam penghasilan karya dan mengaplikasikan proses
dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya mereka. (Panduan Pengajaran Dunia Seni
Visual KSSR). Ekspresi visual seseorang murid terhadap sesuatu objek yang dilukis
merupakan manifestasi rasa dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan. Aktiviti -
aktiviti yang dilaksanakan akan dapat memperkembangkan daya kreativiti serta membuat
7
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
sebagainya kerana dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang
harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya. Menurut Zul Fazli Md Noh (2015), secara
psikologi setiap warna memberikan pengaruh terhadap rasa, perilaku, dan sebagainya. Warna
sejuk banyak terinspirasi dari dinginnya air, sejuknya awan dan pemandangan serta segarnya
daun. Warna sejuk terdiri dari empat warna iaitu hijau, biru, ungu, dan merah jambu (pink).
Kebiasaannya murid-murid akan mentafsirkan warna berdasarkan apa yang dilihat.
Contohnya, air dan langit berwarna biru, tanah berwarna perang, pokok berwarna hijau,
pakaian terdiri daripada pelbagai aneka warna dan sebagainya. Dalam aktiviti ini, ekspresi
digambarkan secara realiti bahawa warna hijau menggambarkan alam contohnya buah epal
berwarna hijau atau merah.
bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan
kepada kandungan dan penyampaian gambar. Menerusi teknik kolaj, murid dapat
menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan berwarna yang terdapat di
sekitar mereka. Murid diperkenalkan dengan media yang digunakan iaitu gunting, kertas
lukisan, gam, kertas warna, kertas majalah dan bahan-bahan lain yang sesuai. Mereka akan
menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan
idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang
penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat
merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan. Garisan juga menjadi unsur yang
terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui garisan murid boleh menulis,
melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan
melalui teknik kolaj. Guru akan menunjuk cara melakar rupa kumbang ladybird dan contoh
membuat kolaj kumbang ladybird supaya mereka dapat menghasilkan kolaj mengikut
kreativiti masing-masing setelah diberi bimbingan.
9
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
perlu diberikan untuk mengenalpasti aspek-aspek dalam teori kecerdasan pelbagai. Menurut
Gardner (1983), terdapat sembilan jenis kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu
Kecerdasan Verbal, Kecerdasan Visual, Kecerdasan Logikal, Kecerdasan Muzikal,
Kecerdasan Kinestetik, Kecerdasan Interpersonal, Kecerdasan Intrapersonal, Kecerdasan
Naturalis dan Kecerdasan Eksistensial, yang dicadangkan untuk diaplikasikan di dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Semasa melaksanakan aktiviti yang dirancang, pemilihan tajuk aktiviti mestilah bersesuaian
dengan kebolehan murid. Contohnya bidang menggambar, aktiviti lukisan, tajuk ‘Buah Epal
dan Oren’, guru boleh memperkenalkan bahan maujud yang merupakan bahan konkrit atau
bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang sebagai sumber. Aktiviti ini akan menarik
minat murid kerana mereka akan belajar melalui pengalaman di dalam dunia sebenar seperti
contoh di bawah:
Aktiviti 1
Aktiviti 2
10
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
Aktiviti 3
Aktiviti 4
Semasa aktiviti dijalankan, pelbagai teori kecerdasan akan diaplikasikan. Peranan guru sangat
penting dalam mengembangkan lapan jenis kecerdasan ini iaitu melalui pendidikan,
pengalaman dan persekitaran. Kecerdasan Visual-Ruang banyak digunakan dalam seni
visual. Kecerdasan tidak boleh dinilai secara berasingan misalnya Kecerdasan Visual-Ruang
boleh disepadukan dengan Kecerdasan Logic-Matematik. Semua ujian kecerdasan mesti
berupaya mengukur semua jenis kecerdasan murid. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Ikhsan Othman (2010), mendapati proses pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana pengajaran yang
kondusif untuk berlakunya pembelajaran. Manakala kajian Siti Rahayah Ariffin et. al. (2008),
pula mendapati seseorang individu itu mempunyai lebih daripada dua kecerdasan tradisi iaitu
Kecerdasan Verbal-Linguistik dan Kecerdasan Logik-Matematik. Justeru, kesemua unsur
kecerdasan pelbagai perlu diperkembangkan dalam diri setiap murid melalui kurikulum
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mewujudkan individu yang
dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
11
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
5.0 Kesimpulan
Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti menerusi perasaan, pernyataan emosi,
idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada
murid untuk meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri, menajamkan persepsi dan
meningkatkan nilai estetika. Dunia Seni Visual merupakan mata pelajaran penting untuk
meningkatkan daya kreativiti dan berkeupayaan tinggi dalam membuat inovasi serta
melahirkan murid yang celik seni dan berbudaya, di samping memberi peluang kepada murid
memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu
murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Dunia
Seni Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang kepada murid-murid memupuk
minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-
nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Lukisan, catan,
kolaj dan montaj yang terkandung dalam aktiviti yang dirancang menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar menggalakkan
murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik
mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan
menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat
penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga
dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa
akan datang.
Adalah diharapkan, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat memupuk minat murid-
murid serta memupuk sikap menghargai, menyayangi dan mencintai seni seterusnya dapat
menarik minat mereka terhadap mata pelajaran Dunia Seni Visual bertepatan dengan
tema yang dipilih iaitu “Seni Di Hatiku”. Amat diharapkan juga, melalui aktiviti yang
dirancang murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran seperti
pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan
melukis dan mengenai sumber motif dalam persekitaran. Sementara kemahiran yang akan
diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi
12
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan,
membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat membuka minda murid-murid agar sentiasa
berfikiran kreatif serta membuka mata warga Sekolah Kebangsaan Bukit Gading bahawa
murid-murid sekolah ini mempunyai kebolehan mereka tersendiri dan kreatif.
13
HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ZAKIAH BT. ISMAIL 700509115298001
6.0 Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dokumen Standard Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3.
(2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ikhsan Othman. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum,
Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21–32, Tanjong Malim:
Universiti Sultan Idris.
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. New York: Basic
Books.
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun
3. (2012). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Read, H. (1997). Meaning of Arts. London: Faber & Faber.
Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. (2008). Faktor Kontribusi
Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja, Jurnal Pendidikan, Vol. 33,
35-46.
Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail & Jamilah Omar. (2014). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Internet
Abu Bakar. (2010). HBEF1403: Seni Dalam Pendidikan. (Atas Talian):
http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html.
Diakses pada 20 September 2015.
Colourexist. (2010). Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi
Pendidikan Seni. (Atas Talian): http://colourexist.blogspot.my/2010/01/pengenalan-
seni-definisi-seni-definisi.html. Diakses pada 20 September 2015.
Zul Fazli Md Noh. (2015). Warna Berperanan Dalam Menjelaskan Ekspresi Pelukis
Terhadap Budaya Masyarakat, Persekitaran Dan Warisan Bangsa. (Atas Talian):
http://duniasenizulfazli.blogspot.my/2015/09/warna-berperanan-dalam-
menjelaskan_13.html Diakses pada 20 September 2015.
14