You are on page 1of 4

DEMOKRASI 

BERPARLIMEN
Oleh silamgemilang

DEMOKRASI BERPARLIMEN Teras Suara Rakyat

Kepimpinan Negara Malaysia Berasaskan Demokrasi Berparlimen Mewarnai Kehidupan Rakyat

Pengenalan

Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri. Terdapat berbagai
nama yang diberikan untuk menggambarkan bentuk
pemerintahan sesebuah negara seperti demokrasi, sosialis, monarki dan lain-lain. Dalam sistem
berkenaan, terdapat jenis pemerintahan yang
membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerintahan negara.
Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak
memberi ruang kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

Pentadbiran kerajaan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang


Teras Suara Rakyat

Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan
kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang
memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi
“kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”. Unsur
penting dalam demokrasi ialah “pemerintahan rakyat”. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa
ialah rakyat. Rakyatlah yang akan menentukan
siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang
bertentangan dengan autokrasi. Dalam autokrasi, rakyat
tidak boleh bersuara dan tidak dibenarkan terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

Sistem Demokrasi

Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan


seperti mana yang dinyatakan dalam perkara 44 Perlembagaan
Persekutuan. Dalam sistem ini, kuasa perundangan Persekutuan terletak kepada Parlimen yang
mengandungi Yang Di-Pertuan Agong dan dua majlis yang
dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Parlimen mempunyai kedudukan tertinggi dan
merupakan badan yang mewakili rakyat untuk membuat undang-undang
dan dasar-dasar melalui kuasa yang diberi kepadanya oleh rakyat.

Pemimpin Turun Padang Meninjau Dan Membantu Menyelesaikan Masalah Rakyat

Kuasa Rakyat
Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan kerajaan. Wakil
yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan
kepentingan rakyat yang diwakilinya. Amalan memilih pemimpin dan
kerajaan dalam demokrasi berparlimen ini dibuat melalui pilihanraya. Pilihanraya merupakan
salah satu saluran penglibatan warganegara dalam membuat keputusan politik.
Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada sesuatu seperti parti untuk
membentuk kerajaan. Kuasa rakyatlah yang akan menentukan
parti yang akan memerintah negara serta membentuk corak pembangunan dan masa depan
rakyat.

Keamanan Negara kesan pemerintahan yang berasaskan Demokrasi berparlimen

Pilihan Yang Bijak

Rakyat Malaysia amat bertuah kerana bebas untuk menentukan sendiri bentuk dan corak
pemerintahan yang dikehendaki melalui amalan demokrasi berparlimen.
Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menjadi model negara
membangun melalui amalan sistem demokrasi. Selaras dengan itu, rakyat telah membuat
pilihan yang bijak dengan memilih sebuah kerajaan yang mantap dan berpandangan
jauh.Pembangunan berterusan mengutamakan kepentingan rakyat di samping kejayaan
cemerlang
mengurus dan mentadbir negara ini adalah faktor utama mengapa rakyat memberi kepercayaan
dan sokongan yang berterusan kepada kerajaan yang ada. Selain itu,
kekuatan ekonomi, kestabilan politik, perpaduan antara kaum, keamanan dan kemakmuran
negara telah memberi keselesaan hidup kepada rakyat. Kini rakyat Malaysia
boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang
besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan
yang memerintah di negara ini. Pembangunan yang berterusan di Malaysia sejak merdeka
sehingga sekarang ternyata menguntungkan rakyat.

Sokongan Berterusan

Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat melalui pilihanraya lalu ternyata terus mendapat sokongan.
Rakyat majoriti terus mahukan kerajaan yang boleh menjamin
kehidupan dan impian mereka tercapai dalam pelbagai aspek, terutama ke arah sebuah negara
maju menjelang 2020. Kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran

You might also like