Isi Fakta 1:Nilai kemanusiaan yang pertama ialah Keberanian. Huraian (perbincangan) Pro: Sikap berani akan menyebabkan kita tidak gentar pada segala cabaran dan musuh. Kontra: Sekiranya kita tidak berani kita akan mudah ditewaskan oleh pihak lawan. Contoh (Contohnya seperti yang terdapat pada rangkap satu baris tiga: ‘Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah’ Ulasan contoh: melalui frasa ‘menitiskan’ darah jelas menunjukkan pahlawan mempunyai nilai keberanian dalam menentang musuh. Kesimpulan kecil: Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan berani supaya kita tidak mudah ditindas oleh pihak lawan.