You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

`PK 07/3
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BINGAN

MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN DISPLIN BIL. 1 / 2018

Tarikh : 1 Januari 2018

Masa : 1:30 Petang

Tempat : MAKMAL KOMPUTER

Pengerusi : EN. SARDI BIN HASHIM

Kehadiran : 01. HJ. MOHD LAZIM BIN SOLIHAN


02. PN. SITI ARPAH BINTI PORMI
03. PN. SITI ZAINAB BINTI MAZLAN
04. PN. MARLINA BINTI MISWAN

Turut Hadir : 01. GURU BESAR

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-alukan
kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara
berikut:-

Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana disiplin murid
merupakan satu perkara yang amat penting.Segalanya bermula dengan disiplin. Mesyuarat
pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.

1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu, sebelum
mendisiplinkan murid, guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri.Segala tindakan
guru menjadi contoh kepada murid.

1.3 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun


ini diadakan sebanyak 4 kali.

Tindakan: Setiausaha Disiplin 1

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan oleh : Pn. Siti Arpah Bt. Pormi

Disokong oleh : Pn. Marlina Bt. Miswan

3.0 PERKARA BERBANGKIT


1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

(Dibincang di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan)

4.0 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan sepertimana berikut:-

4.1 Rekod Pemantauan Murid Lewat


4.1.1 Buku Log Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas harian,
pengawas dan juga pengawal keselamatan.
4.1.2 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid yang
datang lambat dengan melakukan kerja amal dan memberikan demerit (5M).
Keputusan
Murid hadir selepas pukul 7:30 pagi dianggap lewat .
Tindakan: Guru Bertugas Harian/Pengawas/Pengawal Keselamatan

4.2 Buku Log Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran


4.2.1 Buku Log Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran masih diguna pakai pada tahun
ini.Buku tersebut akan diserahkan kepada guru kelas setiap hari untuk diambil
tindakan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran/Guru Tingkatan

4.3 Pengemukaan Usul


4.3.1 Satu usul akan dikemukakan pada Mesyuarat Agung PIBG iaitu mengenakan
bayaran kepada murid yang digunting rambutnya, murid yang lewat dan yang
membawa handphone ke sekolah.
Keputusan
Pengerusi mengingatkan sebarang perubahan perlulah dimaklumkan awal kepada semua ibu bapa .
Oleh itu,ibu bapa dapat mengemukakan usul lebih awal dan memudahkan pihak sekolah untuk
menjawabnya.
Tindakan: Setiausaha Disiplin/Setiausaha PIBG

4.4 Kad Kuning


4.4.1 Berjalan dengan lancar.

4.5 SSDM
4.5.1 Setiausaha Disiplin 2 melaporkan statistik kesalahan tingkahlaku disiplin murid
sehingga Disember 2017.(Rujuk lampiran)

4.6 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah


4.6.1 Pengerusi memohon penjelasan daripada Unit Bimbingan dan
Kaunseling tentanpelaksanaan terhadap murid yang bermasalah.
4.6.2 Guru Bimbngan dan Kaunseling menjelaskan sesi kaunseling telah dijalankan untuk
kesalahan disiplin pada tahun ini
4.6.3

Keputusan
Murid-murid yang dikenakan tindakan disiplin haruslah dirujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling.

4.7 Pemantapan SSDM


2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.7.1 Pengerusi menyatakan akan cuba menghubungi yang bertanggungjawab untuk


membantu melancarkan lagi sistem yang sedia ada.

4.8 Sistem Merit Demerit (akan dirujuk semula)

4.9 Sistem Kawalan Disiplin


Guru Disiplin melaporkan sepertimana berikut:-

4.9.1 Pergerakan murid


Teratur dan berjalan lancar

4.9.2 Penggunaan tangga


Murid mengikut arahan yang ditetapkan

4.9.3 Penguatkuasaan pas keluar


Cadangan mewujudkan pas untuk Ketua Tingkatan .

Tindakan: JK Disiplin

4.10 “Spot Check”


4.10.1 Telah dilaksanakan sekali dan akan dilakukan lagi dari semasa ke semasa. Aktiviti ini
memerlukan sokongan dan kerjasama guru- guru agar dapat mendidik murid menjadi
insan yang cemerlang.
4.10.2 PK HEM memuji sikap murid pada tahun ini yang jauh lebih baik dibandingkan pada
tahun lepas. Masalah rokok sahaja yang masih di luar kawalan.

4.11 Kekemasan Pelajar


Memerlukan teguran sepanjang masa.

Tindakan : JK Disiplin/JK Pengawas/Guru Bertugas

4.12 Kajian Tindakan


Guru displin memaklumkan bahawa beliau dalam proses mengumpulkan data untuk
kajian kes lewat dan ponteng .

4.13 Sistem Perhimpunan Rasmi Sekolah


Mesyuarat telah memutuskan Ahli Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi sekolah iaitu:

Ahli Jawantakuasa Perhimpunan Rasmi Sekolah

Pengerusi -( Guru Besar )


Naib Pengerusi -(PK HEM)
Setiausaha -(Guru Displin)
Penolong Setiausaha -(Guru Pengawas)
AJK -Guru Bertugas Mingguan
-Pengawas sekolah

Keputusan
Pengerusi mengarahkan sebarang agenda untuk perhimpunan hendaklah dimaklumkan kepada beliau
sehari sebelum majlis berlaku.

Tindakan: Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi Sekolah/Setiausaha Perhimpunan Sekolah


5.0 PERANCANGAN AKTIVITI 2018

3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5.1 Lagu Asma Husna

JK Pengawas diingatkan untuk memasangkan lagu alunan Asma Husna.


Keputusan
Pengerusi mengarahkan Jawatankuasa Perhimpunan Rasmi sekolah untuk membantu
program yang akan dijalankan.

5.2 Kreatif Minda


Pengerusi menjelaskan adalah wajar untuk mencungkil bakat murid. Beliau mengharapkan
ramai murid dapat dicungkil bakat mereka melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh
pihak sekolah.

5.3 Perlantikan Jawatankuasa Pengawas


Ketua Guru Pengawas melaporkan jumlah pengawas adalah seramai 27 orang turut
memaklumkan perlantikan akan dijalankan dalam pertengahan bulan Mac .

5.4 Tugas di kantin


Pengerusi menyatakan pengawas perlu menjalankan tugas di kantin.Pengerusi
menjelaskan akan berusaha memohon pihak tertentu mendapatkanvass untuk pengawas.

5.5 Aktiviti/Mesyuarat
Sebarang mesyuarat yang melibatkan pengawas dibenarkan menggunakan bilik
mesyuarat. Mesyuarat pada hari ini juga dikira sebagai Mesyuarat Jawatankuasa Pengawas
Kali Pertama. Pengerusi mencadangkan mesyuarat akan datang diadakan pegabungan
dengan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin. Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan
cadangan tersebut.

5.6 Uniform Pengawas.


Mesyuarat memutuskan pada tahun ini juga mengikut seperti yang dijalankan pada tahun
lepas.Hanya baju batik dan vaz/blazer diberikan percuma oleh pihak sekolah.
Pengawas lelaki berbaju lengan panjang untuk menampakkan kelainan.

5.7 Tugas Pengawas


Pengerusi mahu perjelasan tugas pengawas.
Ketua Pengawas menjelaskan semua pengawas sudah maklum tugasan masing-masing .
Senarai tugas sudah ditampal pada papan kenyataan pengawas bermula bulan Januari .

5.8 Kebajikan Pengawas


Pengerusi menyatakan hasrat beliau supaya pada tahun ini kebajikan pengawas tidak
diabaikan.Beliau juga berharap pengawas yang telah dilantik akan lebih berketrampilan
agar lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan rakan-rakan dari sekolah lain.

Tindakan : JK Pengawas Sekolah

6.0 Hal-Hal Lain.


6.1 Mesyuarat memutuskan aktiviti Anti Dadah diadakan pada hari Ahad 22 April
2018.
6.2 Majlis Pelancaran Program Minda Sihat .(Akan dibincangkan kemudian).Guru
Bimbingan dan kaunseling.
6.3 Kursus Kepimpinan untuk Pengawas ditukarkan kepada lawatan penanda aras .
6.4 Guru Displin mencadangkan data SSDM diguna pakai untuk membuat
pelaporan.Dipesetujui oleh pengerusi dan mengingatkan pelaporan pertama adalah
sebelum Mesyuarat Agung PIBG di adakan. Tindakan : PK HEM
4
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

8.0 PENUTUP

Pengerusi mengharapkan Sk Pt. Bingan lebih gemilang sesuai dengan motto sekolah iaitu Semoga Ke
Puncak Bahagia.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

........................................... .....................................
(HJ MOHD LAZIM SOLIHAN) (EN SARDI BIN HASHIM)
Guru Disiplin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Parit Bingan. SK Parit Bingan.

Disahkan oleh:

……………................

You might also like