You are on page 1of 1

SUP WANTAN

Bahan inti
A.
1 ketul dada ayam ( ambil isi dan dicincang atau potong dadu kecil )
1 biji kerot ( diparut halus )
7 biji cendawan butang ( hiris halus )
Daun sup ( dihiris )
Serbuk lada sulah, garam, msg secukupnya
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
1 biji telur ayam
2 sudu makan tepung jagung
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak bijan
1 bungkus kulit wantan

B.
Cara membuat kicap pedas
Cili padi, bwg putih diblender bersama kicap manis sehingga cil dan bwg halus.
Boleh masuk air jus limau kasturi atau cuka

C.
Air rebusan tulang ayam Untuk sup
Tulang dada ayam yg telah diambil isinya direbus utk kuah sup masukkan Sedikit
halia, bwg putih, lada sulah, bwg merah goreng, sos tiram, sedikit kicap, garam dan
msg secukupnya.
Sedikit minyak bijan
Daun sup

CARA MEMBUAT
Satukan semua bahan diatas, kemudian gaulkan rata². Selepas itu sudukan sedikit
dan isikan atau diatas kulit wantan. Buatkan seperti bungkusan bujut rempah.
Selesai semuanya masukkan kedalam air rebusan tulang ayam. Masakkan
sehingga adunan bungkusan wantan timbul dan masak.

Cara menyedia masakan: wantan boleh di goreng, selain di rebus dan boleh di
hidang bersama mee kuning atau beehoon.

You might also like