You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

KALI KE – 1 / 2020

Tarikh : 11.01.2018 GKTV


Hari : KHAMIS Ketua Panitia KH/RBT
Masa : 2.00 petang SU Panitia KH
Tempat : Bengkel Kerja Paip Ahli Panitia
Kehadiran : En.Zulkifli B. Md Nor Ahli Panitia
Pn Hjh Zaharah bt Che Isa
Pn. Hjh Wan Norlia bt Wan Ibrahim
Pn. Suhini bt Mahmood
Pn. Fatimah bt Ismail

Agenda Mesyuarat

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pn. Hjh Zaharah selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan surah Alfatihah

dan mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran guru-

guru pada mesyuarat yang diadakan pada hari ini. Ucapan aluan atas kehadiran

ahli panitia yang baharu iaitu Pn Fatimah dari SMK Tunku Putra yang

menggantikan En Mohd Sofie yang berpindah keluar ke SMK Tunku Putra.

Pengerusi juga turut mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama serta

usahabuat secara berterusan yang diberi oleh guru KH.

II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2. Minit mesyuarat dibentang dan disahkan oleh Pn. Hjh Wan Norlia dan disokong

oleh Pn.Suhini.
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3. Tiada perkara berbangkit. Semua program yang dirancang telah dilaksanakan.

IV. ISU KURIKULUM (PEMBENTANGAN LAPORAN PIHAK ATASAN)

4. GKTV En.Zulkifli Md.Nor mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia

KH yang hadir dan mengucapkan selamat datang kepada Pn.Fatimah yang

menggantikan En. Mohamad Sofie yang berpindah ke SMK Tunku Putra.

5. En.Zulkifli melaporkan keputusan PT3 2017 yang mana tiada calon yang

mendapat semua A. 31 orang (22.63%) mencapai tahap minimum (minimum E

atau semua lulus). Manakala yang belum mencapai tahap minimum (sekurang-

kurangnya satu F) adalah 106 orang (77.37%). Bagi mata pelajaran Kemahiran

Hidup, seramai 103 calon yang lulus dan 29 gagal serta 5 calon tidak hadir.

Analisa terperinci dipaparkan pada lampiran 1.

Tindakan : makluman

6. Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)

- Penghantaran buku atau fail rekod mengajar mengikut kumpulan yang

ditetapkan seperti mana dalam buku Panduan Tugas dan Takwim 2018.

- Buku atau fail rekod mengajar hendaklah dihantar setiap Khamis atau

selewat-lewatnya Ahad pagi sebelum rehat.

- Guru-guru diminta merujuk buku Panduan Tugas dan Takwim bagi


pencerapan PdPc dan semakan latihan murid 2018.

Tindakan : semua guru

7. Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)

- Pengetua meminta semua guru melaksanakan PAK21 secara sederhana tetapi

berterusan.

Tindakan : semua guru

8. Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran.

- Pastikan senarai penggubal soalan bagi setiap ujian dan peperiksaan

disediakan oleh setiap panitia.

- Perbincangan dan perancangan panitia yang terperinci bagi memastikan

perjalanan panitia lancar sepanjang tahun.

- Pastikan semua guru dalam setiap panitia telah terlatih dengan KSSM.

- Setiap perancangan peningkatan prestasi mata pelajaran perlu dibincang dan

diputuskan dalam mesyuarat panitia.

Tindakan : Semua guru

V. ISU PANITIA

9. Penyediaan Rancangan Tahunan mata pelajaran KHB dan RBT, penggubal

soalan setiap ujian dan peperiksaan, dan giliran penggunaan bengkel KHB dan

RBT, guru-guru diminta merujuk kepada lampiran 2 yang disediakan.

Tindakan : Semua guru


10. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran

- Semua guru KHB dan RBT diminta sentiasa merujuk kepada Huraian

Sukatan Pelajaran (HSP) dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP) terkini bagi memastikan kelancaran pembelajaran dan pemudahcaraan PdPC.

- Pastikan semua guru RBT tingkatan 1 dan 2 menyediakan templat pelaporan

pentaksiran mengikut format yang disediakan oleh pihak Kementerian

Pendidikan. Tapak templat pelaporan akan diberikan oleh ketua panitia dalam

group telegram panitia. Diminta semua guru RBT untuk mencetak dan

dimasukkan dalam buku atau fail rekod mengajar.

Tindakan : Semua guru

11. Kewangan Panitia

- Senarai lengkap anggaran pendapatan dan perbelanjaan panitia 2018, sila

rujuk pada lampiran 3 yang disediakan.

- Sekiranya ada bahan atau alatan lain yang diperlukan oleh guru KHB dan

RBT sila rujuk kepada ketua panitia untuk pembelian berdasarkan kewangan semasa panitia.

Tindakan : semua guru

VI. HAL-HAL LAIN

12. Pn.Suhini meminta pihak pengurusan untuk mempertimbangkan usaha

pembaikan siling yang bocor di tingkat atas berdekatan dengan bengkel masakan.

Selain itu mohon juga pembaikan sinki yang bocor dalam bilik masakan.
Tindakan : En. Zulkifli

13. Ketua panitia diminta untuk meyediakan buku rekod pinjaman alatan, buku rekod

kecederaan, buku rekod penggunaan bengkel serta buku rekod pelawat bagi setiap

bengkel KHB.

Tindakan : Ketua panitia

14. Semua guru yang bertanggungjawab bagi setiap bengkel (lampiran 4) hendaklah

memastikan semua alatan mencukupi serta berada dalam keadaan yang baik

sebelum digunakan untuk PdPc. Selain itu, pinjaman sebarang alatan dalam

kalangan ahli panitia atau pihak luar hendaklah melalui guru yang

bertanggungjawab terhadap bengkel yang telah ditetapkan.

Tindakan : semua guru

VII. PENUTUP

15. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan masa bersama-

sama membincangkan isu panitia. Beliau juga mengharapkan bahawa semua guru dapat bersama
untuk meningkatkan prestasi panitia.

16. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan bacaan Tasbih Kafarrah

dan surah Al-Asr.

17. Mesyuarat panitia kali kedua akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan

kemudian.
Disemak oleh Disahkan oleh
Disediakan oleh,

MOHD KHAIRUL MUNIR BIN SIRABANUN BT HAMID


WAN NORLIA WAN IBRAHIM MAT SAID
Guru Kanan Teknik Dan
Setiausaha Panitia RBT Ketua Panitia RBT Vokasional

SMK Mata Ayer SMK Mata Ayer SMK Mata Ayer

You might also like