You are on page 1of 2

Tutorial 2

Analisiskan karya-karya agung pensejarahan Malaysia dengan


menghuraikan unsur-unsur penulisan sejarah. Berikan contoh-contoh yang
menyokong pernyataan ini.
Pengarang mencatatkan dengan jelas jumlah tahun pemerintahan tiap-tiap Raja Melaka,
bermula dari Raja Iskandar sehingga Sultan Mahmud yang dikalahkan Portugis pada 1511.

Satu perkara yang sangat penting, khususnya apabila membicarakan Kesultanan Melayu yang
berkaitan dengan konsep ‘Daulat dan Derhaka’ ialah Persetiaan di antara Seri Teri Buana
(versi Shellabear Sang Sapurba) dengan Demang Lebar Daun.

“Maka sembah Demang Lebar Daun, ”Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jagi
hambalah ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan
hamba; syahadan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan
dan dinista dengan kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau patut pada
hukum syarak”. Maka titah baginda, ”Kabullah hamba. Akan janji bapa hamba?”. Demang
Lebar Daun, ”Janji yang mana itu?” Maka titah Seri Teri Buana, ”Hendaklah pada akhir
zaman kelak anak cucu bapa jangan durhaka pada anak cucu hamba, jikalau ia zalim dan
jahat pekertinya sekalipun”. Maka sembah Demang Lebar Daun, ”Baiklah tuanku, tetapi
jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

(Sumber : Sulalatus Salatin, hlm 25-26)

Selain itu juga, Sejarah Melayu ini juga dianggap sebagai sumber pensejarahan kerana
Peristiwa-peristiwa penting pada zaman tersebut telah disusun dan mengandungi struktur isi
cerita. Struktur isi cerita merupakan salah satu ciri-ciri pensejarahan. Struktur isi cerita
Sulalatus Salatin terbahagi kepada beberapa bahagian tertentu iaitu bahagian awal yang
menceritakan tentang zaman awal sesebuah kerajaan atau Negara-Kota. Bahagian seterusnya
iaitu bahagian pertengahan yang menceritakan mengenai zaman kegemilangan pemerintahan
dan merakamkan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sesebuah kerajaan. Bahagian akhir pula
ialah mengenai zaman kemerosotan sesebuah pemerintahan sehingga jatuhnya kerajaan
tersebut ke tangan kuasa penjajah yang lain. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap peringkat cerita
yang terkandung dalam Sulalatus Salatin ini mempunyai cerita yang berbeza mengikut
bahagian.

You might also like