You are on page 1of 12

Faculty of Business and Management

January 2016 Semester

MPU3123
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NAME : Angel Deborah John


MATRICULATION NO : 930113015622001
IDENTITY CARD NO : 930113-01-5622
TELEPHONE NO : 018-2699772
E-MAIL : angeldeborah93@yahoo.com
NAME OF LECTURER : En. Sobri Bin Ismail
LEARNING CENTRE : Negeri Sembilan
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

Isi Kandungan

No. Tajuk M/S


1. Isi Kandungan 1
2. Pengenalan 2
3. Pendapat tentang faedah atau bunga dalam sistem perbankan konvensional 3-4
4. Keburukan faedah / bunga menurut pandangan 4 orang 5-6
5. Kesan negatif faedah / bunga terhadap masyarakat 7-8
6. Kaedah alternatif sistem faedah / bunga 8-10
7. Kesimpulan 10
8. Rujukan 11

Page | 1
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

Pengenalan
Negara-negara yang membangun akan sentiasa bergantung kepada Negara Barat dalam
aspek ekonomi kerana mereka kurang mahir dari segi teknologi serta kekurangan tenaga buruh
yang mahir untuk melaksanakan tugas-tugas dalam ekonomi. Disebabkan itulah, setiap urusan
yang dilakukan akan menguntungkan pihak Barat sahaja. Ini menyebabkan negara-negara yang
membangun sukar untuk mendapat keuntungan yang lebih untuk membangunkan negara masing-
masing dan juga menampun keperluan rakyat mereka. Pengaruh tamadun barat telah memberi
banyak kesan terhadap tamadun Melayu, Cina dan India. Antara kesan utamanya ialah dalam
aspek ekonomi. Dalam aspek ekonomi, tamadun barat iaitu British, telah mewujudkan sistem
faedah/bunga dalam perbankan konvensional.

Bunga adalah bayaran yang dibayar oleh peminjam aset kepada pemilik sebagai satu
bentuk pampasan bagi penggunaan aset. Ia adalah harga yang dibayar bagi penggunaan wang
yang dipinjam atau wang yang diperolehi dengan dana deposit. Ini kerana keuntungan yang
mungkin akan diperolehi oleh pemilik aset daripada penggunaan aset tersebut. Bunga dinyatakan
dalam bentuk peratusan daripada modal yang dipinjamkan untuk tempoh tertentu dan dikenali
dengan kadar bunga. Dengan mewujudkan sistem faedah dalam perbankan kovensional amat
berbaloi kerana pemilik wang atau asset boleh menjana sumber pendapatan kedua. Bank
konvensional pula bermaksud bank yang melaksanakan kegiatan usaha secara konvensional,
iaitu dalam kegiatannya, ia memberikan jasa dalam lalu lintas penbayaran secara umum
berdasarkan procedure dan ketentuan yang telah ditetapkan.

Page | 2
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

Pendapat tentang faedah atau bunga dalam sistem


perbankan konvensional
Menurut Kamus Dewan, faedah merupakan wang yang dikenakan atau dibayar untuk
pengunaan wang yang juga dikenali sebagai bunga. Bunga pula bermaksud faedah atau bunga
yang dikenakan kepada para pemimjam pada paras atau tahap yang keterlaluan.Persoalan wang
boleh pinjam dengan pulangan bunga adalah salah satu kesan ekonomi tertua di Tamadun Barat.
Pada Tahun 1859 Mercantile Bank India telah menubuhkan satu pejabat di Pulau Pinang, selepas
itu, Charted Bank India dalam tahun 1875 dan Hong Kong and Shanghai Banking Corperation
pada tahun 1884 turut mengikuti jejaknya. Selepas itu, Bank Rotterdam dan Banque de
Indochine juga telah ditubuhkan. Pada peringkat awal, bank-bank yang di tubuh akan
menumpukan operasi mereka di Pulau Pinang dan Singapura sahaja. Selepas itu, bank-bank ini
telah meluaskan perniagaan mereka ke kawasan pendalaman supaya masyarakat pendalaman
juga dapat menikmati kegunaan ini. Charted Bank mula beroperasi di Kuala Lumpur pada tahun
1888 dan di Taiping pada tahun 1911, Bank Mercantile juga telah membuka satu pejabat di Kota
Bharu dan kemudiannya meluaskan pejabat-pejabatnya di Pahang dan Terengganu.

Pada masa itu, para penukar iaitu Money changer memainkan peranan yang amat penting
untuk menyimpan harta-harta pelanggannya (untuk mengelakkan masalah kecurian) di tempat
simpanan yang selamat dengan membolehkan mereka memperolehi komisen atau faedah.
Apabila sistem ini telah mencapai kestabilan dan kepercayaan pelanggan semakin bertambah,
maka para pelanggan terus membiarkan duit atau harta mereka untuk menyimpan dalam bank
dan tidak mengambilnya melainkan ketika memerlukan sahaja. Sistem bunga ini telah menjadi
amalan dalam kalangan masyarakat masa kini walaupun ia adalah sesuatu yang diharamkan oleh
Islam secara mutlak. Secara tidak disedari, sistem bunga ini telah lama dipraktikkan dalam
kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya apabila membuat sesuatu pinjaman bank
atau dengan syarikat-syarikat kewangan yang tidak mengamalkan sistem pinjaman seperti Islam.
Sebenarnya bukan hanya Islam yang mengharamkan dan mengutuksistem faedah ini, malah ia
juga diharamkan di kalangan orang Yahudi. Larangan ini terdapat di dalam kitab mereka sama
ada di dalam kitab undang-undang Talmud ataupun Ibrani. (Rujuk bab Exodus ayat-ayat 22:35-

Page | 3
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

37 menyebut: Janganlah engkau mengambil bunga wang atau faedah daripadanya...) Selain itu
sistem faedah ini juga tidak direkomen oleh ajaran Kristian sebagaimana yang terdapat di dalam
bab Luke 6:34-35.
Pada pendapat saya, faedah atau bunga dalam system perbankan kovensional adalah baik
dan berbaloi kerana masyarakat dapat menjana pendapatan yang lebih dalam jangka masa yang
panjang dalam akaun simpanan tetap. Dalam bank konvensional, perjanjian dibuat berdasarkan
hukum yang positif. Selain itu, sistem faedah di bank hanya memprioritaskan untung sahaja.
Tanpa sistem faedah dan bunga ini, bank-bank sekarang tidak boleh menjalankan operasi kerana
tiada wang masuk untuk memberi upah kepada pekerja serta tidak dapat memberi faedah kepada
pengguna yang menyimpankan wang mereka dalam bank tersebut. Dengan sistem ini, bank-bank
dapat membina dan meluaskan pejabat-pejabatnya tanpa batas. Selain itu, dengan adanya sistem
ini di bank-bank konvensional, ekonomi negara juga turut maju disebabkan cukai yang diberikan
kepada kerajaan.

Pada masa kini, sistem kewangan yang kita kenali mengamalkan sistem faedah seperti
pinjaman perumahan, sewa beli kenderaan, pinjaman wang sendirian, pinjaman wang pelajaran
dan sebagainya. Faedah yang dikenakan atas pinjaman-pinjaman ini adalah sangat tinggi, malah
jika lewat membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan maka faedah pinjaman tersebut
akan dinaikan. Disebabkan itulah, terdapat banyak ‘Ah Long’ atau pinjaman tanpa berlesen
berlaku, hanya untuk membiayai pinjaman tersebut. Tetapi selepas membiayai bank tersebut,
mereka masih terperangkap dengan sitem faedah ini dengan ‘Ah Long’ pula. Contohnya, dalam
pinjaman perumahan, pinjaman untuk rumah yang dibuat dengan bank konvensional selain
dikenakan faedah, terdapat juga kadar pinjaman asas (penambahan yang tidak tahu berapa
nilainya). Contohnya, jika seseorang meminjam RM 200, 000 dengan faedah 4% dan
pertambahan kadar pinjaman asas – 2.0%. Kadar pinjaman asas itu adalah ketidakpastian bahawa
nilainya mengikut ekonomi Malaysia yang tidak diketahui dinilainya. Jadi, orang tersebut kena
bayar banyak jika ekonomi Malaysia tidak bagus dan ini akan mewujudkan ‘bankruptcy’ untuk
orang tersebut

Page | 4
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

Keburukan Sistem Faedah / Bunga


Dalam sistem faedah/bunga, terdapat juga keburukannya. Saya telah menemu bual rakan-
rakan sekerja saya mengenai keburukan sistem faedah / bunga. Saya telah pilih mereka kerana
semasa mereka belajar sejarah dahulu, mereka telah belajar tentang sejarah sistem faedah ini dan
juga kesan-kesan yang buruk sistem faedah. Mereka juga tua daripada saya agak-agak 12+ tahun
lebih, jadi mereka ada pengelaman yang lebih daripada saya. Berikut adalah keburukan sistem
faedah menurut pandangan rakan-rakan sekerja saya.

Menurut Puan Sharifah (780815-05-5634), Sistem faedah dan bunga hanya memberi
kesusahan kepada masyarakat. Katanya, terdapat banyak kes bunuh diri disebabkan masalah ini.
Dengan adanya sistem faedah ini, masyarakat kini mendapati sangat susah untuk membayar
balik faedah dengan pinjaman tersebut. Ini kerana kini dengan adanya sarjana dalam pendidikan,
seseorang itu hanya boleh dapat maksimum RM 3500. Dengan pendapatan ini, orang tersebut
perlu membayar balik wang yang dipinjam dari bank campur faedahnya. Contohnya, orang
tersebut telah meminjam wang sebanyak RM 300, 000 untuk membeli rumah dengan faedah 8%
dan tempoh masa 20 tahun. Wang yang perlu orang tersebut bayar adalah:

(RM 300,000 + 10%) / 20 tahun = RM 16, 500 setahun

Iaitu, RM 16, 500 / 12 bulan = RM 1, 375 sebulan

Wang sebanyak itu bukannya kecil, selain itu ada juga perbelanjaan yang lain. Jadi, jika mereka
tidak dapat membayarnya, pihak bank akan lelong rumah mereka atau kereta mereka untuk
mendapat balik pinjaman tersebut. Orang yang bankrupt itu pula akan membunuh diri atau
menjadi pesakit mental disebabkan kegagalan dalam hidup. Jadi, dengan bank-bank yang caj
faedah yang tinggi tidak baik bagi masyarakat kerana mereka hanya mahu faedah dan
memprioritaskan keuntungan.

Menurut kata Puan Manimala (740926-05-5018) pula, beliau mengatakan sistem faedah
ini membawa kemusnahan akhlak moral. Sistem faedah ini akan mendorong pemakannya hidup
senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam atau agama Kristian menggalakkan
umatnya untuk berusaha dan bekerja. Dengan adanya sistem faedah ini, pihak pemberi hutang
akan bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan tertekan untuk

Page | 5
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

membayar hutang tersebut. Ini akan mewujudkan pengasingan di dalam masyarakat. Selain itu,
sistem faedah ini boleh menyebabkan kehilangan kasih saying dan sikap tolong menolong antara
satu sama lain. Di samping itu, ia juga boleh menimbulkan perasaan benci dan iri hati di
kalangan orang miskin. Justeru, konflik ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati dan
berlakunya rompakan, pembunuhan dan jenayah lain-lain. Ini akan mengganggu ketenteraman
dan kestabilan masyarakat secara keseluruhan menurut kata Puan Manimala.

Menurut kata Puan Nurul (781113-05-6734), amalan sistem faedah ini akan mengganggu
ekonomi negara. Kadar faedah yang tinggi akan memusnahkan daya penarik pelabur
menyebabkan kekurangan pekarjaan dan juga pendapatan. Dengan adanya sistem ini,
perkembangan ekonomi akan terganggu dan boleh mengakibatkan inflasi. Sistem faedah ini
hanya akan menyusahkan pihak peminjam. Ia boleh diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu
dengan meletakkan kesemua risiko ke atas bahu peminjam. Contohnya, pinjaman PTPTN.
Pelajar yang mengambil pinjaman ini sepatutnya membayar balik kepada kerajaan dengan
faedah 3% untuk 10 tahun pertama. Pelajar yang tidak mampu membayarnya biarkan
pinjamannya bertambah. Ini akan mengganggu dana ekonomi dalam bidang pelajaran dan akan
mengehadkan pelajar-pelajar generasi yang akan datang untuk meminjam wang untuk pelajaran
mereka.

Puan Boomarani (721013-05-6748) pula mengatakan bahawa sistem faedah ini punca
peningkatan harga perumahan. Ini kerana pelabur-pelabur dan kontraktor-kontraktor rumah
meminjam wang dari bank untuk melabur dalam perumahan. Faedah yang mereka kena bayar
adalah banyak berbanding yang biasa. Ini kerana wang yang mereka pinjam bukannya dalam
amaun yang kecil tetapi berjuta-juta. Disebabkan itu, mereka menjual rumah-rumah yang bina
dengan harga yang tinggi supaya mereka dapat membayar balik amaun yang dipinjam dan juga
faedahnya. Contohnya, IJM meminjam RM 10 juta dari bank dengan 10% faedah untuk melabur
dalam pembinaan 18 buah rumah. Selepas membina dan menjual 1 buah rumah dengan harga
RM 1 juta, 18 buah berjumlah kepada RM 18 juta. Dengan wang berjumlah ini, mereka bolehlah
membayar faedah dan pinjaman tersebut dan juga boleh dapat faedah daripadanya.

Page | 6
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

Kesan negatif faedah / bunga terhadap masyarakat


Sistem Faedah / bunga juga ada kesan-kesan negatif terhadap sosial kemasyarakatan.
Kesan yang petama adalah masyarakat yang mengamalkan sistem faedah / bunga ini tidak akan
mempunyai sikap saling bantu-membantu dan hanya akan mempunyai sifat rakus, gelojoh,
tamak, kedekut dan ego. Ini kerana golongan yang kaya hanya akan memikirkan kekayaan dan
untung serta akan membuat apa jua untuk mendapat faedah daripada golongan yang meminjam
wangnya walaupun golongan meminjam wangnya adalah rakan-rakan. Contohnya, pada masa
kini, golongan yang kaya yang meminjam wang kepada masyarakat mempunyai suatu perjanjian
bahawa jika mereka tidak dapat memulangkan wang sepunuhnya, mereka haruslah serahkan
rumah / harta mereka walaupun mereka adalah rakan. Sistem faedah ini telah membutakan
kemanusiaan dan sikap saling bantu-membantu di dalam golongan yang zalim ini.

Selain itu, sistem faedah ini juga telah mewujudkan kedengkian dan kebencian dalam
kalangan masyarakat. Dengan perasaan kebencian dan kedengkian ini, kejahatan dan penyakit
jiwa juga tersebar disebabkan prasaan ini. Hal ini didsebabkan kerana masyarakat yang
mengamalkan sistem faedah / bunga ini hanya memprioritaskan keuntungan sehingga kesulitan
dan kesempitan orang lain menjadi peluang emas bagi yang kaya untuk mengembangkan
hartanya. Sudah tentu dengan adanya sistem ini, hilanglah persaudaraan dan sifat kasih sayang
antara masyarakat dan wujudlah kebencian dan permusuhan di antara mereka. Sebagai contoh,
ambillah ‘Ah Long’. Mereka hanya memikirkan keuntungan, mereka sengaja mengatakan
bahawa mereka akan menolong golongan miskin dengan bunga yang rendah tetapi dalam
perjanjianlah golong meminjam ini akan tertipu. Disebabkan inilah, golongan kaya bertambah
kaya, dan golongan miskin bertambah miskin.

Kesan ketiga adalah sistem faedah / bunga ini menjadi beban dalam kalangan masyarakat
yang mengamalkannya. Ini kerana masyarakat yang mengamalkan sistem faedah / bunga ini
menanggung kadar faedah yang tidak tertentu. Golongan masyarakat ini akan setuju kepada
kesemua syarat dahulu kerana mereka berada dalam kesempitan. Selepas itu, mereka tidak dapat
membayarnya kerana tidak cukup pendapatan, ini mebebankan mereka yang mempunyai anak-
anak atau yang berkeluarga. Sebagai contoh, jika seseorang itu berpendapatan RM 5,000 dan
mengambil pinjaman dengan faedah untuk membeli rumah dan kereta dengan tempoh 35 tahun

Page | 7
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

untuk membayar balik. Selepas orang tersebut berkeluarga, ia menjadi beban untuk dia
membiayai pinjam dengan faedah tersebut kerana dia harus membayar untuk pendidikan anak-
anaknya juga.

Kesan yang ke-empat adalah sistem faedah / bunga ini mewujudkan masyarakat yang
bersikap pemalas. Ini kerana sikap malas akan terus menguasai diri dengan keuntungan secara
jual beli yang tidak boleh memberi manfaat kepada ekonomi negara. Golongan kaya hanya akan
memikir untuk mencari untung atau wang secara mudah, iaitu dengan memberi pinjaman serta
mengenakan faedah. Dengan adanya sikap ini yang tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada
ekonomi, masyarakat yang miskin hanya akan bertambah dan ini akan menjejaskan ekonomi
negara kerana wujudnya jurang kerenggangan antara golongan kaya dan golongan miskin.
Dengan ini, mata wang negara juga akan menurun.

Kaedah alternatif sistem faedah / bunga


Pada masa kini, dunia hita diselubungi dengan masalah sistem faedah / bunga dalam
perbankan dan bebanan pinjaman yang menjadi punca kesempitan setiap masyarakat. Kesan
sistem faedah / bunga ini telah mewujudkan pelbagai masalah sosial dan dijangka akan
membankruptkan negara kita. Selain itu, setiap rakyat perlu mengetahui konsep faedah / bunga
dengan lebih mendalam dan juga cuba sedaya upaya untuk tidak terjebak dalam aktiviti yang
mengamalkan sistem faedah / bunga ini. Antara empat kaedah yang alternatif boleh mengelakkan
dengan terjebak dengan aktiviti sistem faedah / bunga adalah berikut.

Kaedah alternatif pertama untuk mengelakkan amalan sistem faedah / bunga adalah
dengan mengelakkan penggunaan kad kredit. Menurut kata Professor Undang-Undang,
Universiti Havard, Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Warren, kad kredit adalah masa seperti ‘Ah
Long’. Beliau mengatakan ia sama kerana jika seseorang meminjam wang dari Ah Long, dia
dikenakan faedah / bunga. Sama juga dalam hal kad kredit, malahan lebih bahaya daripada Ah
Long. Seseorang itu dapat menggunakan kad kredit sepenuhnya dengan hadnya tersendiri. Tetapi
bila masa untuk bayar, seseorang itu akan dikenakan pesentasi faedah / bunga yang banyak dan

Page | 8
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

ia akan bertambah mengikut tempoh masa. Jadi, masyarakat yang igin mengelakkan hal seperti
ini haruslah mengelak daripada mengguna kad kredit kerana ia hanya akan membawa kepada
‘bankruptcy’.

Kaedah yang ke-dua adalah dengan memiliki perasaan berpuas. Masyarakat kini hanya
ingin hidup dengan mewah tanpa memikiri bahawa bolehkah mereka mampu untuk hidup
demikian. Golongan masyarakat yang sederhana juga ingin hidup dengan mewah, maka di
sinilah mereka membuat pinjaman dengan faedah dan sebagainya. Sudah tentu mereka dapat apa
yang diingini, tetapi dengan risiko yang tinggi iaitu membayar balik pinjaman dengan faedah
tersebut. Dalam kalangan remaja, mereka bersaing untuk mendapatkan smartphone yang canggih
dan terbaru. Tetapi kenapa? Sedangkan semua smartphone ada fungsi yang sama. Jadi, baiklah
kita tidak selalu menukar handphone, dan kereta. Kita harus bersyukur untuk mendapat benda
seperti smartphone sedangkan golongan miskin tidak mampunya. Kita juga harus bersyukur
bahawa kita ada rumah walaupun is kecil dan bukan sebesar istana, sedangkan kebanyakan tiada
rumah sendiri. Dengan adanya perasaan bersyukur dan berpuas, maka boleh kita menghindari
daripada aktiviti-aktiviti yang mengamalkan sistem faedah ini.

Kaedah alternatif ke-tiga adalah dengan meminjam wang daripada saudara atau keluraga
jika diperlukan. Dengan kaedah ini, golongan masyarakat dapat mewujudkan perasaan kasih
sayang dan keyakinan antara saudara mereka. Selain itu, dengan meminjam daripada saudara-
mara, kita tidak perlu membayar faedah / bunga. Sekiranya, seseorang terdesak untuk wang,
keluarganya akan membantunya kerana tiada orang setia dan sedia untuk memberi bantuan
daripada keluarga. Mereka juga akan sedia menolong jika seseorang antara mereka ditimpa
masalah dan juga tidak akan mengambil kesempatan untuk manfaat diri.

Kaedah alternatif ke-empat adalah berilmu dahulu sebelum menanangi kontrak atau
mengambil pinjaman. Dalam Islam, ‘berilmulah terlebih dahulu’ sering diingati dan diajari.
Contohnya, seorang pedagang hendaklah berilu tentang bidangnya dan juga membaca kontrak
jual beli sebelum menananginya. Jika pedagang tersebut tidak memahaminya, maka berlakulah
salah faham dan boleh ditipukan. Pedagang juga harus memahami bahaya sistem faedah / bunga
ini. Hal di atas bukan hanya bagi pedagang, tetapi juga untuk pembeli. Pembeli pun harus tahu

Page | 9
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

selok-belok jual beli sebelum bertindak. Dengan berilmu pengetahuan, kita boleh mencari
langkah-langkah untuk mengatasi sistem faedah / bunga ini.

Kesimpulan
Dalam konteks Islam, sitem faedah / bunga adalah haram kerana ia boleh membawa
pelbagai jenis kejahatan dan risiko kepada masyarakat dan negara. Sistem faedah ini akan
mewujudkan generasi yang pemalas kerana mereka boleh bekerja tanpa berusaha. Selain itu,
sistem ini juga menyebabkan penindasan dalam kalangan masyarakat terutamanya, golongan
miskin. Disebabkan ini, golongan kaya akan bertambah kaya, dan golongan miskin akan
bertambah miskan dan ini akan mewujudkan perasaan kebencian dan kedengkian antara mereka
lalu ini akan me wujudkan jurang kerenggangan antara golongan kaya dan miskin. Justeru, mata
wang negara akan menurun disebabkan itu. Walaupun kita boleh menjana wang darpiadanya, ia
adalah haram dan tidak baik dari segi agama. Hal ini juga penting bagi memastikan rezeki kita
adalah dari kesusahan sendiri dan bukan daripada hasil yang haram.

Page | 10
MPU3123 Tamadun Islam and Tamadun Asia

Rujukan
 A. (1998, May 28). Kesan Kadar Faedah. Retrieved March 17, 2016, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0528&sec=Rencana&pg=ot_03.
htm
 Fahmi, S. C. (2014, January 27). Dampak Buruk Riba bagi Pribadi dan Masyarakat.
Retrieved March 17, 2016, from http://solusiriba.com/kejadian-riba-dalam-
berita/dampak-buruk-riba-bagi-pribadi-dan-masyarakat.html
 HASHIM, A. (2014, October 14). KONSEP FAEDAH. Retrieved March 19, 2016, from
http://eugenomics.blogspot.my/2014/10/konsep-faedah.html
 Hj Abd Rahman, H. (2007, March 1). Zaharuddin.net. Retrieved March 17, 2016, from
http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/301-riba-dalam-bentuk-semasa-di-bank-
konvensional.html
 MOHD JALANI, A. (2014, October 14). BUNGA. Retrieved March 17, 2016, from
http://eugenomics.blogspot.my/2014/10/bunga.html
 Mohd Noor, A. (2013, March). Riba dan Kesannya kepada Negara. Retrieved March 17,
2016, from http://drazman.net/wp-content/uploads/2013/03/Riba-dan-kesannya-kepada-
negara-azman08071212.pdf
 Tuasikal, M. A. (2012, February 22). Agar Tidak Terjerumus dalam Riba | Rumaysho
Riba. Retrieved March 17, 2016, from https://rumaysho.com/2274-agar-tidak-terjerumus-
dalam-riba.html
 Wan Draman, W. A. (n.d.). TEORI BUNGA KAITANNYA DENGAN RIBA YANG
DIHARAMKAN. Retrieved March 19, 2016, from
https://www.academia.edu/5166342/TEORI_BUNGA_KAITANNYA_DENGAN_RIBA
_YANG_DIHARAMKAN
 Z. (2011, January 28). Bila Hati Berbicara. Retrieved March 17, 2016, from
http://zakwanhalim.blogspot.my/2011/01/riba-jenis-isu-berkaitannya-pada-masa.html

Page | 11

You might also like