You are on page 1of 6

2.

0 Parti Komunis Itali

2.1 Keterlibatan Antonio Gramsci dalam Parti Komunis Itali

Antonio Gramsci merupakan satu tokoh yang amat mementingkan pendidikan. Beliau
juga membentuk satu minat yang mendalam dalam kesusasteraan. Beliau berkongsi minat
tersebut dengan adik perempuannya. Ibunya, Giuseppina Marcias memainkan peranan yang
sangat besar dalam kehidupanya. Karakter ibunya yang hebat dalam bercerita dan sifat yang
kental membentuk keperibadian Gramsci. Kecenderungan Gramsci kedalam sosialisme
didorong oleh abangnya , Gennaro Gramsci yang juga menjunjung fahaman sosialisme.
Walaubagaimanapun , kecenderungan beliau bukanlah disebabkan sosialisme itu sendiri
semata-mata, penggerak kepada kecenderungan beliau itu ialah daripada pengalaman dan
pemerhatian beliau terhadap kehidupan orang

Penglibatan Gramsci dalam gerakan sosialisme bermula sejak zaman pembelajaran


beliau di University of Turin. Setelah beliau menghabiskan pengajian di Cagliari lyceum,
beliau memenangi biasiswa untuk menyambung pembelajarannya di University of Turin.
Biasiswa yang membawa anak muda dari Sardinia ke Turin adalah satu biasiswa yang juga
direbut oleh tokoh-tokoh seperti Palmiro Togliatti. Togliatti merupakan bakal setiausaha
jeneral yang menjawat jawatan dalam Italian Communist Party (PCI) atau Parti Komunis Itali.
Ini menunjukkan kreadibiliti Gramsci dalam pendidikan dan kecekalan beliau dipamerkan
sehingga beliau dapat menyambung pelajaran di salah satu universiti yang terkenal di Itali.
Pada 1911 beliau mula menggiatkan diri dengan tokoh-tokoh lain seperti Angelo Tasca di
dalam Italian Socialist Party(PSI) atau Parti Sosialis Itali. Sebelum beliau menyertai Parti
Sosialis Itali, beliau terlebih dahulu mendaftarkan diri dengan Persatuan Muda Sosialis.
Persatuan untuk anak muda yang berpegang pada fahaman Sosialis ini ditubuhkan pada
September 6 dan 7, 1903 di Florence. Kesatuan ini merupakan satu penyatuan beberapa
parti sosialis yang bersifat kawasan atau regional. Kehidupan Gramsci sebagai seorang
pelajar di universiti itu sangat memberangsangkan apabila beliau banyaka bergaul dengan
pensyarah-pensyarah dalam beberapa bidang. Kematangan intelektual beliau memangkin
pergaulan tersebut. Seorang sosok yang penting dalam memperkenalkan falsafah Marxisme
kepada Gramsci ialah Annibel Pastore. Pastore meruoakan tokoh yang berpengaruh di Itali
dan beliau memperkenalkan pada Gramsci falsafah Marxisme menurut perspektif Hegelian
Tokoh-tokoh Hegelian Marxisme yang seangkatan dengan Gramsci ialah Lukacs dan Korsch.
Perspektif Hegelian inilah yang telah banyak membentuk falsafah politik Gramsci yang boleh
dikatakan Neo Marxisme. Namun, perjalanan Gramsci di universiti tersebut tidak berakhir
dengan sebuah graduasi apabila beliau terpaksa berhenti akibat masalah kewangan dan
kesihatan beliau yang kian merosot.

Gramsci menceburkan diri dalam bidang politik pada 1913, apabila beliau menyertai
Pasti Sosialis Itali. Kecenderungan Gramsci berkawan dan berhubung dengan para Sosialis
dan pendatang Sardinia ke Turin memangkin keterlibatan belliau dalam fahaman Sosialis.
Turin pada waktu itu sedang giat menjalani perindustrian kerana munculnya kilang-kilang
seperti Fiat dan Lancia. Kedua-dua kilang ini mengambil pekerja dari kawasan-kawasan yang
miskin. Ini sedikit sebanyak menimbulkan konflik sosial yang diakibatakan oleh
perindustrian. Banyak siri demonstrasi dan serangan yang dilakukan untuk menentang
industri kilang. Keadaan seperti ini juga telah banyak mempengaruhi pemikiran Gramsci dan
menaikkan semangat beliau untuk datang ke Turin. Akibat masalah kewangan dan kesihatan
beliau, beliau terpaksa berhenti pengajiannya di universiti pada umur 24 pada tahun 1915.
Walaupun demikian, pengetahuan beliau tentang sejarah dan falsafah sangat mendalam
atas kecekalan beliau dalam menuntut ilmu. Sejak penglibatan beliau yang aktif dalam Parti
Sosialis Itali, beliau menjadi seorang jurnalis untuk surat akhbar parti tersebut seperti II
Grido del Papolo. Penulisan beliau yang matang dan mendalam itu mengangkat beliau
sebagai seorang jurnalis yang berpengaruh. Menurut Antonio A. Santucci, Gramsci menulis
tentang penglibatan beliau dalam jurnalisme bukanlah untuk wang malahan beliau
merupakan seorang yang bebas, bebas untuk menulis pandangan beliau dan tidak perlu
untuk meyelindung pemikiran beliau untuk menjaga hati majikan atau sesiapa. Disebabkan
penulisan beliau yang berkualiti, beliau telah dilantik menjadi pembantu editor dalam surat
akhbar Itali, Avanti!. Di situ, beliau semakin giat menilai dan menulis tentang segala aspek
kehidupan sosial dan politik di Turin.

Ketika beliau menyertai PSI pada tahun 1913, parti tersebut telah terbahagi kepada
dua pecahan iaitu, reformis dan revolutionis. Golongan reformis mahukan perubahan
kerajaan kepada sosialis melali majoriti parlimen dan reformasi, kesatuan pedagang dan
gerakan kooperasi. Golongan reformasi juga menyokong kumpulan Liberal parlimen yang
menyokong Giovanni Giolitti. Giolitti merupakan Perdana Menteri untuk beberapa tahun
sebelum Perang Dunia Pertama. Puak kiri, revolutionis atau juga dikenali sebagai maximalis
beranggapan perubahan menerusi reformasi atau parlimen tidak akan menjadi dan hanya
akan gunakan parlimen sebagai propaganda mereka sahaja. Mereka anti- Giolitti, tidak mahu
bekerjasamma dengan golongan borjuis dan menyerang puak reformis atas dasar kerjasama
mereka dengan golongan borjuis. Gramsci, seperti mana kita tahu seorang revolusioner,
beliau tidak menerima pemberontakan anarki yang dipegang puak revolutionis dimana
beliau lebih menyerap akan tradisi yang pelbagai dan menggabungkan elemen idealisme
dengan fahaman Marxisme.

Akhirnya, Gramsci dan Amadeo Bordiga bertemu dan berbincang dan sebuah parti
komunis telah ditubuhkan. Parti Komunis Itali berpisah daripada Parti Sosialis Itali pada
kongres Livorno. Parti ini merupakan sebuah amalgamasi antara 3 buah pergerakan
iaitusebuah kumpulan maximalis dan dua pecahan komunis. Satu pecahan komunis tersebut
bersama II Soviet di Naples dan sebuah lagi bersama Ordine Nuovo di Turin. Ordine Nuovo
merupakan jurnal mingguan yang ditulis oleh Gramsci, Tasca, Togliatti dan Terracini.
Amadeo Bordiga dari Naples merupakan sekretari jeneral yang pertama parti itu. Gramsci
dalam Kongres Livorno tersebut telah mengetuai sebuah gerakan keluar kiri dari Parti
Sosialis Itali. Gramsci berpendapat bahawa sebuah parti komunis yang mengikut pengaruh
Leninisme diperlukan untuk menimbal balik kegagalan majlis pekerja. Kedudukan ketua
sepatutnya diletakkan di bahu Gramsci namun Gramsci diletakkan di bawah Bordiga. Parti
Komunis Itali dibawah Bordiga mengetengahkan isu disiplin, pemusatan kuasa dan keaslian
prinsip-prinsip. Gramsci dihantar ke Moscow sebagai seorang wakil daripa parti tersebut.
Beliau menetap di Moscow dari Jun 1922 hingga December 1923. Ketika beliau di Moscow
beliau mempelajari keadaan di Rusia supaya beliau faham akan selok belok parti komunis
kerana Parti Komunis Itali masih lagi baru. Pada April 1924, Gramsci telah dilantik menjadi
ketua parti dan beliau juga dipilih untuk jawatan dalam Chamber of Deputies negara
tersebut. Perlantikan Gramsci menggantikan Bordiga adalah diseabkan kerajaan fasisme di
bawah Bennito Mussolini, menjalankan kempen menentang parti-parti lain. Bordiga telah
ditangkap oleh kerajaan pada waktu itu. Gramsci yang ketika itu berada di Vienna setelah
berpindah dari Moscow, berpindah pula ke Rome untuk menegakkan demokrasi negara
tersebut. Gramsci mengeluarkan surat akhbar rasmi baharu, L’Unita.
Pada 9 November 1926, kerajaan Mussolini telah menjalankan satu gelombang undang-
undang, kerana beberapa hari sebelum 9 November, sebuah percubaan membunuh telah
dilakukan ke atas Mussolini. Akhirnya , pada bulan yang sama, Gramsci telah ditangkap dan
dipenjarakan di Rome. Kehidupan penjara beliau yang memakan masa 10 tahun telah diisi
dengan pelbagai perkara. Daripada sakitnya yang kian kronik sehingga penulisan penting
beliau seperti The Prison Notebook. Dalam masa Gramsci dipenjara di , Rome, beliau lebih
banyak berhubung dengan kakak iparnya, Tania Schucht yang banyak memberikan artikel
tentang pemakanan dan ubat-ubatan kepada Gramsci. Beliau telah ditempatkan di sebuah
klinik di Formia dan seterusnya ditukarkan pula ke Hospital Quisisana di Rome. Di sini,
Gramsci menghabiskan 2 tahun terakhirnya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada
tahun 1937. Abu mayatnya telah ditanam di Perkuburan Bukan-Katolik di Rome.

2.2 Karya dan akhbar-akhbar Gramsci tentang Marxisme

Antonio Gramsci merupakan antara pemikir fahaman Marxisme yang sangat penting
pada abad ke 20. Sumbangan beliau dalam falsafah politik sangat penting sehingga ia masih
relevan sehingga ke hari ini. Pemikiran Gramsci banyak berkisarkan pengalaman dan
pemerhatian beliau ke atas situasi-situasi di Sardinia dan Turin. Keadaan yang berada di
sekeliling beliau membentuk pemikiran beliau. Sejak abang kandungnya, Gennaro Gramsci
yang merupakan seorang militan sosialis yang berada di tanah besar Itali sering menghantar
risalah-risalah tentang sosialis kepada Gramsci. Namun, pemikiran beliau bukanlah hanya
kerana sosialis, namun ia lebih disebabkan oleh kehidupan rakyat Sardinia yang dihimpit
kemiskinan. Sardinia merupakan sebuah pulau yang terletak di selatan Itali. Sardinia pada
waktu itu, dilanda dengan kemiskinan dan disisihkan oleh Itali. Ini kerana , masyarakat
Sardinia menganggap diri mereka merupakan bangsa yang lain daripada masyarakat Itali di
tanah besar. Perbezaan kelas yang wujud antara masyarakat tanah besar dan Sardinia telah
membentuk pemikiran dan intelektual Gramsci dengan mendalam.

Antonio Gramsci merupakan seorang jurnalis yang hebat dan tidak pernah teragak-
agak untuk memberi kritikan terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Kelantangan dalam
tulisan-tulisan beliau mengangkat beliau sebagai seorang jurnalis yang berkualiti. Gramsci
menulis untuk akhbar-akhbar sosialis seperti II Gridodel Papolo dan Avanti!. Beliau
memfokuskan penulisan dalam akhbar tersebut terhadap perkara-perkara seperti kehidupan
sosial dan politik di Turin. Akhbar-akhbar seperti L’Ordine Nuovo yang dihasilkan oleh
Gramsci , Togliatti , Tasca ketika mereka berada dalam Parti Sosialis Itali. Kmpulan ini
mengagumi Revolusi Rusia yang berlaku pada 1917. Gramsci yang merupakan editor untuk
majalah ini merasakan kewujudan satu pemerintahan soviet perlu diadakan di Itali.
Pemerintahan ‘grassroots’ atau akar umbi rakyat Soviet Union ketika itu memberi satu
harapan baharu kepada Gramsci dan rakan-rakan untuk membenarkan sebuah
pemerintahan komunis bertapak di Itali. Namun pada awal surat akhbar itu lebih
memfokuskan tentang politik budaya namun selepas Gramsci dan Togliatti mengenepikan
Tasca dari badan editor surat akhbar tersebut, mereka mula memfokuskan perjuangan dan
penulisan mereka kepada revolusi.

Antonio Gramsci yang merupakan ketua Parti Komunis Itali yang menggantikan
Bordega telah ditangkap pada 1926 dan dipenjarakan dibawah pimpinan kerajaan Bennito
Mussolini. Mussolini merupakan seorang fasis dimana beliau telah memperkenalkan dua
gelombang pebasmian parti-parti politik yang membangkang kerajaan pada masa itu.
Antonio Gramsci telah ditangkap dan dimasukkan dalam beberapa buah penjara seperti di
Rome dan Bari dimana kemudiaanya beliau dipindahkan ke hospital di Rome lalu meninggal
dunia pada 1937. Waktu beliau dipenjara itu antara waktu yang penting dalam sejarah
Gramsci.Buku ini telah ditulis oleh beliau pada tahun 1929 hingga 1935. Pada masa inilah,
Gramsci menghasilkan 30 buku dan 3000 halaman tentang sejarah dan analisis. Gramsci
menulis karya beliau ini dengan mengambil perspektif dan analisis dari pemikir-pemikir
sebelum beliau seperti Niccolo Machiavelli, Vilfredo Pareto dan Benedetto Croce. The Prison
Notebook merangkumi pelbagai perkara seperti sejarah Itali, nationalisme, Revolusi
Perancis, Fasciscme , agama dan lain-lain.

Antara kandungan beliau dalam The Prison Notebook ialah tentang aktor masyarakat
politik. Beliau mengetengahkan tentang kepentingan parti politik dan bagaimana cara untuk
mengekalkan kekuasaan dalam sesebuah negara. Disini beliau menyentuh betapa
pentingnya pendidikan kerana para intelektual boleh mempengaruhi budaya sesebuah
masyarakat. Sesebuah negara perlu menguasai golongan intelektual dalam memastikan
keabsahan kekuasaan mereka. Disina, timbul teori hegemoni beliau yang sangat penting.
Kerajaan perlu menjalankan dan menanamkan hegemoni dalam masyarakat supaya
masyarakat terus akur kepada pemerintahan mereka. Dalam karya ini juga, Gramsci
mengetengahkan tentang budaya. Budaya yang merupakan satu akiviti sosial yang mampu
mengekalkan legitimasi sesebuah negara. Dalam karya ini, Gramsci memberi beberapa
contoh aktiviti budaya antaranya ialah kesusasteraan dan surat akhbar. Kedua-dua elemen
ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengekalan sesebuah budaya
dalam sesebuah negara itu dapat diteruskan. Seterusnya, penjelasan yang lebih mendalam
tentang karya dan pemikiran Gramsci akan diterangkan dalam bab seterusnya.

You might also like