You are on page 1of 4

Isu-isu Parti Politik di Belanda

Belanda yang telah menjalankan sebuah pilihanraya pada 2017 memperlihatkan


beberapa isu telah dibangkitkan oleh beberapa parti politik untuk diketengahkan. Isu-
isu tersebut hangat diperdebatkan oleh parti-parti politik ini dalam usaha mereka
memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dengan menjanjikan solusi atau janji
yang mereka rasakan menguntungkan rakyat. Pelbagai isu domestik dan juga luaran
yang bangkit dan memerlukan perhatian dan jawapan oleh parti-parti yang bakal
memerintah. Menawarkan solusi atau janji bukanlah satu perkara yang mudah kerana
mereka perlu mengambil kira kepentingan pelbagai pihak bukan sahaja dalam negara
mahupun luar negara. Ini sangat penting dalam menjamin keharmonian negara dan
meneruskan perhubungan baik antara negara Belanda dan negara-negara lain khususnya
negara Kesatuan Eropah.

Antara isu yang sangat menjadi tumpuan rakyat Belanda ialah berkenaan isu sistem
kesihatan.Belanda merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan antara
yang termahal namun kualiti yang ditawarkan merupakan antara yang terbaik di seluruh
Eropah. Namun, semakin menginjak tahun demi tahun, pelbagai isu timbul seperti
teknologi kesihatan yang kian maju, penyakit-penyakit baharu dan juga masalah
perubahan iklim juga mempengaruhi bajet yang akan disalurkan kepada sistem
kesihatan negara tersebut. Maka, isu sistem kesihatan sangat diketengahkan dan
pelbagai arena perdebatan tentang beberapa aspek juga diperdebatkan dan mendapat
perhatian ramai. Kita perlu memahami mekanisma sistem kesihatan di Belanda terlebih
dahulu. Kerajaan mempunyai tanggungjawab secara keseluruhan ke atas sistem
kesihatan. Ia perlu menilai aksesibiliti, kualiti dan kos dari masa ke semasa. Maka, kita
boleh lihat kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam menyalurkan peruntukan ke
sistem kesihatan seperti penjagaan materniti dan geriatrik. Bagaimana kerajaan
mendapat dana untuk membiayai penjagaan seperti itu? Percukaian. Seperti contoh
pada 2015, majikan perlu membayar 7.65 peratus daripada gaji setiap pekerja kepada
kerajaan dan tambahan 9.65 peratus perlu dibayar oleh pekerja kepada kerajaan secara
tetap. Kita dapat lihat sejumlah peratus daripada gaji pekerja disalurkan kepada sistem
kesihatan. Ini bermakna beberapa penjagaan khas akan ditanggung oleh kerajaan
manakala yang lain perlu dibayar.
Sistem insurans kesihatan juga wajib untuk setiap orang yang ingin tinggal lama di
negara tersebut. Sistem insurans perlu dibahagi kepada dua iaitu state healthcare
insurance system dan private healthcare insurance system. Kerajaan Belanda telah
mewajibkan setiap syarikat insurans untuk menawarkan insurans kepada setiap individu
yang ingin tinggal lama tidak mengira kaum dan agama. Insurans ini lebih berbentuk
basic atau asas. Setiap individu perlu membayar sejumlah wang untuk mengambil pakej
asas tersebut. Namun, setiap individu juga mempunyai hak untuk mengambil insurans
tambahan mengikut kehendak masing-masing. Mereka perlu membayar lebih dan
insurans akan melitupi lebih banyak aspek seperti penjagaan gigi.

Isu yang hangat diperdebatkan dalam perbahasan pilihanraya pada 2017 ialah
berkenaan healthcare deductibles ( Dutch News, 2017). Deductible merupakan satu
terma dimana setiap individu perlu membayar sejumlah kos dalam beberapa tempoh
masa untuk syarikat insurans bersetuju untuk bersama-sama membiayai kos-kos
perubatan. Isu ini timbul apabila beberapa parti seperti Socialist Party, Freedom Party,
GreenLeft Party dan Labour Party mengusulkan untuk menghapuskan healthcare
deductibles. Ini mendapat tentangan daripada Liberal Party dan Democrats66 yang
ingin mempertahankan kewujudan healthcare deductibles. Manakala, parti seperti
Christian Democratic Appeal (CDA) dan Christian Union (CU) mengususulkan untuk
mengurangi kos tersebut. Selain itu, isu lain yang diperdebatkan dalam arena kesihatan
ialah menukar sistem dimana syarikat-syarikat insurans berlumba untuk mendapat klien
kepada sistem insurans kesihatan nasional ( Broerse & Bunders, 2010). Isu ini
diketengahkan oleh Socialist Party dan disokong oleh parti-parti yang lebih kecil seperti
Party for the Animals (PvdD) dan parti untuk pesara, 50PLUS. Ini merupakan satu usul
yang berbentuk sosialis kerana meletakkan sistem insurans dibawah tanggungang
kerajaan dan menggantikan sistem syarikat insurans yang lebih kapitalis, Isu seterusnya
yang diperdebatkan ialah berkenaan soal moral. Edith Schippers, yang merupakan
menteri kesihatan daripada Liberal Party (VVD) mengusulkan untuk individu yang
mempunyai masalah fizikal dan merasakan hidup mereka telah memenuhi tujuan,
mereka boleh “membunuh diri” dengan bantuan daripada pakar. Ia dipanggil sebagai
“accomplished life”. Isu ini sangat sensitif terutama kepada parti yang berorientasikan
Kristian kerana perbuatan membunuh diri merupakan sesuatu yang keji dan melanggar
moraliti. Namun, parti seperti D66, PvdA dan GL menyokong usul yang dibawa ini dan
parti-parti Kristian termasuk SP juga menolak usul tersebut.
Antara isu lain yang hangat diperdebatkan dalam pilihanraya 2017 ialah isu Islam. Isu
Islam sangat hangat khususnya di negara Kesatuan Eropah. Gelombang immigran dari
negara-negara berperang seperti Syria telah datang mencari perlindungan di negara –
negara Eropah. Belanda antara negara Eropah yang menerima ramai imigran Muslim
iaitu seramai 1,210000( Pew Research Center, 2016). Ini menunjukkan sebanyak 7.1
peratus masyarakat Muslim menetap di Belanda. Islam yang sering dikaitkan dengan
terorisme telah meningkatkan ketakutan dan kebimbangan sesetengah masyarakat
Eropah yang kebanyakannnya beragama Kristian termasuk ahli-ahli politik. Isu ini
timbul apabila Geert Wilders, ketua parti PVV yang mengusulkan untuk de-Islamisasi
negara tersebut. Wilders atau juga dikenali sebagai Trump Eropah, mengatakan bahawa
Islamisasi merupakan masalah terbesar negara tersebut (PVV, 2007). Beliau juga
mengatakan ia mendatangkan bahaya kepada identiti dan kebebasan, Wilders
memandang masalah ini bukanlah dari sudut ekonomi,namun beliau lihat dari segi
budaya. Budaya Islam itu dikatakan membahayakan negara Belanda yang sekular itu.

Geert Wilders merupakan seorang yang lantang dan radikal dari segi idea-ideanya.
Beliau sering melaungkan slogan-slogan anti-Islam dan pernah membandingkan antara
Quran dan Mein Kampf, tulisan Adolf Hitler. Beliau juga mencadangkan bahawa kitab
suci tersebut diharamkan di seluruh Belanda (Wilders, 2007) . Pada 2010, beliau juga
mengusulkan untuk menutup semua masjid-masjid di Belanda dan ini menjadi
manifesto yang dibawa dalam menghadapi pilihanraya 2017. Wilders juga dikenali
sebagai penyokong Israel dan memanggil negara tersebut “ West’s first line of defence”
dalam menentang Islam. Parti-parti di Belanda mempunyai pandangan tersendiri dalam
isu Islam. Parti kiri seperti parti VVD, di mana Mark Rutte sebagai ketuanya
mengatakan beliau tidak mahu perkara tidak normal kepada komuniti masyarakat
Belanda untuk wujud di Belanda. Namun parti-parti kiri masih melabel Islamic
extremism merupakan masalah kepada negara tersebut bukan Islam itu sendiri.
Pandangan ini juga dipersetujui dan dibawa oleh parti Kristian seperti CDA. Mereka
juga memfokuskan terhadap soal kepelbagaian dalam masyarakat dan mengatakan
rasisme, diskriminasi, dan radikal agama juga tidak diperlukan di Belanda. Kita dapat
lihat semakin kiri spectrum politik, semakin kurang anti Islam. Manakala makin ke
kanan, sentimen anti Islam semakin menebal. Belanda dan negara-negara Eropah lain
perlu memikirkan solusi-solusi untuk masalah ini.
Rujukan

Anon. 2017. The big election issues: healthcare needs a shake-up. Dutch News.
https://www.dutchnews.nl/features/2017/02/the-big-election-issues-healthcare-needs-
a-shake-up [ 6 Februari 2017].

Broerse, J.E. & Bunders, J.F. 2010. Transitions in Health Systems: Dealing with
Persistent Problems. VU University Press, Amsterdam.

Geert Wilders. 2007. Genoeg is genoeg: verbied de Koran. De Volkskrant.


https://www.volkskrant.nl/nieuws-achtergrond/genoeg-is-genoeg-verbied-de-
koran~b014930c/ [8 Ogos 2007].

Partij Voor de Vrijheid. 2007. Inbreng Wilders bij debat Algemene Politieke
Beschouwingen. https://www.pvv.nl/12-in-de-kamer/spreekteksten/475-inbreng-
wilders-bij-debat-algemene-politieke-beschouwingen.html [ 19 September 2007].

Pew Research Center. 2017. Europe’s Growing Muslim Population.


https://www.pewforum.org/2017/11/29/europes-growing-muslim-population/ [ 29
November 2017]

You might also like