You are on page 1of 15

MALCOLM X TOKOH TAJDID DAN ISLAH

DI AMERIKA SYARIKAT
(Malcom X Figures Reform And Rejuvenation
In The United States)

Oleh:
Salina Sahri*
Mohd Roslan B. Mohd Nor**

Abstrak
Merujuk kepada tajuk, artikel ini membincangkan isu tajdid dan islah di Barat iaitu Amerika
Syarikat. Malcolm X menjadi tokoh utama dalam pembaharuan dan pengislahan ini dengan
memperjuangkan nasib golongan kulit hitam1 yang ditindas dan diperlakukan dengan kejam
oleh golongan kulit putih. Bertitik tolak daripada perasaan ingin memiliki hak samarata
dengan golongan kulit putih, Malcolm X telah menerima Islam, yang di lihat sebagai agama
yang tidak mementingkan ras dan warna kulit serta bersifat universal. Beliau secara rasminya
telah memeluk agama Islam dengan gelaran El Hajj Malik El-Shabazz setelah menunaikan
ibadah haji di Mekkah. Pembaharuan yang dilakukan pada awalnya bermula dengan
keterlibatannya dengan Nation Of Islam sehinggalah beliau mengasaskan dua pertubuhan
baru iaitu Muslim Mosque Inc (MMI) dan Organization of Afro-American Unity (OAAU).

Kata Kunci: Malcolm X, Tajdid dan Islah, Amerika Syarikat

Abstract
Referring to the title, this article discusses the issue of reform and rejuvenation in the West,
in the United States. Malcolm X became a major figure in the renewal and reform with the
struggle of black people who are oppressed and treated unjustly by the whites. Arising from
the feeling you want to have equal rights with white people, Malcolm X has accepted Islam,
who is seen as a religion that is not concerned with race and skin color as well as universal.
He formally converted to Islam with the title El Hajj Malik El-Shabazz after performing hajj
in Mecca. Changes made initially began with his involvement with the Nation Of Islam until
he founded two new organizations of the Muslim Mosque Inc. (MMI) and the Organization
of Afro-American Unity (OAAU).

Keywords: Malcolm X, Tajdid and Islah, United States

*
Beliau merupakan pelajar Sarjana di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
**
Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
1
Mereka dikenali sebagai African Americans ataupun orang kulit hitam Amerika.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014, 54-68

Pendahuluan

Masyarakat kulit hitam African-Amerika merupakan warganegara atau penduduk Amerika


Syarikat yang berketurunan daripada suku bangsa kulit hitam dari benua Africa. Di Amerika
Syarikat, istilah ini biasanya merujuk kepada rakyat Amerika yang berketurunan
separa Afrika Sub-Sahara.2 Menurut sejarah kedatangan awal masyarakat kulit hitam Africa
di Amerika ini, bermula sejak (kurun ke 16, 17, 18 dan 19) apabila mereka telah dibawa
masuk oleh orang kulit putih pada tahun 1607.3 Di samping itu, ramai juga warga kulit hitam
Afrika diculik dan dihantar ke benua Amerika untuk dijual dan menjadi hamba abdi. Mereka
bekerja di ladang-ladang milik golongan kulit putih di wilayah-wilayah selatan Amerika.

Seperti yang tercatat dalam sejarah, perang saudara berlaku kemudiannya di antara wilayah-
wilayah selatan dan utara Amerika. Pihak yang menang ialah pihak utara dan sistem hamba
abdi kulit hitam beransur-ansur hapus.4 Seorang ahli sejarah, Simon Schama kemudiannya
memetik tulisan radikal seorang warga Inggeris bernama Thomas Day pada tahun 1976
seperti berikut:

Sungguh mengarut manakala seorang Amerika yang patriotik menandatangani


resolusi menuntut kemerdekaan dengan tangannya, tetapi sebelah tangan lagi
menghayun cemati ke arah hamba-hamba abdinya. 5

Di sini jelas menunjukan perbezaan ras dan kulit bagi sesebuah bangsa memainkan peranan
penting dalam masyarakat Amerika berkulit putih. Penjajahan oleh kuasa Eropah ke atas
negara Africa pada waktu itu adalah disebabkan kepentingan ekonomi masing-masing.6

Sungguhpun begitu perbezaan ras dan warna kulit ini tetap berlaku dan menebal dalam
masyarakat golongan kulit putih sehingga berpanjangan sekitar awal dan pertengah abad ke
20. Dengan ini lahirlah beberapa tokoh kulit hitam bangkit melawan diskriminasi dan
kezaliman yang berlaku terhadap mereka. Kemunculan Gerakan Hak Asasi Manusia di
bawah pimpinan Dr. Martin Luther King, Jr. dan Roy Wilkins membuahkan hasil apabila
kini rakyat kulit hitam di AS telah mendapatkan kehidupan dan perlakuan yang jauh lebih
baik. Keadaan ekonomi dan tingkatan kehidupan mereka dalam masyarakat juga telah
menjadi lebih baik.

Walaupun begitu, secara kolektif, mereka masih lagi ketinggalan dibandingkan dengan
golongan kulit putih dalam bidang-bidang tersebut. Pelbagai masalah sosial seperti
kemudahan kesihatan yang kurang dan kesukaran mendapatkan pekerjaan juga masih
berlaku terhadap warga kulit hitam di Amerika Syarikat.

2
Wikipedia ensiklopedia bebas, “Orang Amerika Afrika”, laman sesawang Wikipedia, dicapai 14 September
2014, http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Amerika_Afrika.
3
Ibid.
4
Mazlan Nordin, “Sejarah perhambaan di Afrika Selatan”, laman sesawang Utusan Online, dicapai 14
September 2014,
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm
#ixzz3DVFwXDbv.
5
Ibid.
6
Ibid.

55
Malcolm X Tokoh Tajdid Dan Islah
Di Amerika Syarikat

Dalam konteks kebangkitan dan kesedaran dalam beragama pula, (agama Islam) telah
lahirnya Malcolm X membawa perubahan dan pembaharuan dalam pegangan agama bagi
masyarakat kulit hitam. Beliau telah mempersoalkan kandungan Bible dalam anutan Kristian
yang dianutinya sejak dahulu lagi, dan mula mencari Allah yang Maha Esa. Beliau
membawa pendekatan dakwah melalui syarahan, memberi pidato dan debat melalui media
massa mahupun media elektromik bagi menarik masyarakat kulit hitam, terhadap ajaran
Agama Islam yang tidak mendiskriminasikan warna kulit dan memberi hak keadilan dan
saksama antara penganutnya. Melalui pengembaraanya di Timur Tengah dan Benua Eropah
setelah mengerjakan haji, ia membuka matanya bahawa Islam sememangnya tidak pernah
membezakan umatnya. Yang membezakannya adalah iman dan taqwa. Atas pengorbanan
dan usahanya, akhirnya beliau mampu menarik minat ramai orang kulit hitam untuk
menerima Islam sebagai pegangan hidup.

Biografi Tokoh

i. Latar Belakang Kehidupan Malcom X

Malcolm X merupakan insan yang paling rumit dan sukar difahami sebagai tokoh pemimpin
Islam nasionalisme Amerika-Afrika. Sebelum beliau menganut agama Islam, Malcolm X
adalah penganut agama Kristian berkulit hitam pada abad 20 bersama-sama dengan Martin
Luther King Jr.7 Berbanding dengan King, keberanian Malcolm X muncul daripada peribadi
beliau sebagai penganut agama Islam yang taat dan sikap beliau mempertahanankan kulit
hitam menentang kekejaman golongan kulit putih yang membangkitkan kefahaman ras.
Sekaligus menjadikan beliau sebagai seorang wira nasionalisme kulit hitam.8

Beliau dilahirkan sebagai Malcolm Little pada 19 May 1925 di Omaha, Nebraska. Malcolm
X berketurunan Negro-Mulatto dan menetap di 4336 Williams Street Inkster, Michigan.
Antara nama samaran beliau ialah Malachi Shabazz, Rhythm Red9, Detroit Red dan Jack
Carlton.10 Malcolm X mempunyai lapan orang adik beradik dan beliau adalah anak ke tujuh.
Tiga orang daripadanya merupakan adik beradik tiri satu ayah. Beliau adalah anak daripada
ibu yang kedua. Adik beradik tirinya adalah Ella, Earl and Mary yang tinggal di Boston.
Manakala adik beradik satu ibu dengannya ialah Wilfred, Hilda, Philbert, Malcolm and
Reginald.11 Malcolm X sangat rapat dengan adik-beradiknya itu walaupun pelbagai masalah
terpaksa dihadapinya.

7
Martin Luther King, Jr merupakan aktivis golongan kulit hitam di Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali
kerana peranannya dalam kemajuan hak asasi menggunakan penentangan orang awam tanpa kekerasan
berdasarkan kepercayaan Kristian beliau.
8
Michael Eric Dyson, Making Malcolm: The Myth & Meaning of Malcolm X (New York: Oxford University
Press, 1995), 3.
9
Di gelar Detroit Red kerana memiliki rambut bewarna kemerahan diwarisi daripada datuk Scotland sebelah
Ibunya.
10
Clayborne Carson Carroll & Graf, The FBI File (New York: Publishers Inc., 1991), 102-103.
11
Alex Haley, The Autobiography of Malcolm X (New York: Grove Press, 1964), 2.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014, 54-68

Sungguhpun begitu idea semangat nasionalisme kulit hitam yang terdapat dalam diri
Malcolm X ini sebenarnya telah dibentuk melalui teladan yang dibawa oleh ibubapa beliau
sendiri iaitu Earl dan Louise Little. Earl Little berasal daripada Reynolds, Georgia dan bapa
Earl merupakan orang kulit hitam. Manakala Louise Little pula berasal dari Grenada di
"British West Indies". Perwatakan Louise sama seperti wanita berkulit putih kerana ayahnya
berkulit putih manakala ibunya adalah orang kulit hitam.

Kedua-duanya merupakan ahli Persatuan Pembaharuan Kesatuan Negro Marcus Gravey


(Marcus Garvey‟s Universal Negro Improvement Association - UNIA). Sebagai ketua UNIA
cawangan Omaha, Earl Little juga adalah seorang paderi. Sikap Earl yang tegas seringkali
melaungkan doktrin Marcus Gravey yang dianutinya dengan semangat kesatuan kulit hitam.
Tidak ketinggalan, Earl sentiasa membawa bersama Malcolm X di sisinya. Louise Little pula
berkhidmat sebagai wartawan UNIA di Omaha. Sebagai penduduk pedalaman di Grenada,
Louise mempunyai sifat keibuan yang cukup tinggi dalam menguruskan kesemua lapan
orang anaknya walaupun dia juga pernah didera oleh suaminya sendiri. Oleh itu, keadaan ini
telah memberi kesan yang tersendiri kepada anak-anak mereka.12

Kehidupan Malcolm X semasa zaman kanak-kanaknya, dilakar dalam siri tragedi yang
menyayat hati. Menurutnya, semasa beliau masih kecil sekitar tahun 1929 di Omaha,
keluarganya telah dibawa secara paksa oleh golongan Ku Klux Klan (sebuah golongan
agama yang terseleweng) ke Lansing (Bandar Michigan, 80 batu utara barat Detroit) untuk
mencari perlindungan. Namun, keadaan ini hanya sementara sahaja kerana tidak lama
selepas itu, rumah mereka telah dibakar oleh golongan kulit putih yang membenci golongan
kulit hitam, iaitu kumpulan „Black Legionnaires‟. Kesemua peristiwa yang dilalui oleh
Malcolm X ini, jelas tersimpan di dalam memorinya sehingga memberi kesan yang cukup
mendalam semasa beliau menjadi tokoh nasionalisme kulit hitam dalam membendung
kecaman dan kutukan golongan kulit putih (yang berfahaman racisme).13

Apabila beliau berumur enam tahun, bapanya meninggal dunia akibat daripada nahas
kemalangan ngeri di jalan raya. Badan Earl ditemui terbaring di trek troli di bandar.14
Kejadian ini terbukti dilakukan oleh kumpulan „Black Legionnaires‟, sebagaimana yang
didakwanya di dalam autobiografi beliau. Ini kerana, ahli keluarganya percaya bahawa Earl
dibunuh kerana mennyebarkan idea anutannya iaitu doktrin Marcus Gravey.15
Walaubagaimanapun, kejadian ini dianggap sebagai suatu kemalangan biasa menurut
pandangan beberapa pengkaji yang lain.

12
Ibid., 3-4.
13
Ibid., 4.
14
“Biography Malcolm X”, laman sesawang The Official Malcom X, dicapai 10 September 2014, http://www
.malcomx.com/index.html
15
“Penulis tidak diketahui”, Grolier Academic Encyclopedia. (t.tp: Grolier International, 1983), 86

57
Malcolm X Tokoh Tajdid Dan Islah
Di Amerika Syarikat

Malcolm X sekeluarga hidup melarat kerana kemiskinan selepas kematian bapanya. Louise
pula sering diburu oleh pihak berkuasa yang memerangi aktivis kulit hitam. Tambahan pula
Earl juga adalah seorang aktivis kulit hitam seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pada masa
itu, orang kulit hitam sering ditindas oleh orang kulit putih. Secara tidak langsung, Louise
terpaksa mengambil alih dalam urusan keluarga seperti mencari nafkah untuk anak-anak
sambil di bantu oleh anak tirinya Wilfred.

Akhirnya, kesemua adik beradik beliau terpaksa dihantar secara berasingan ke rumah-rumah
perlindungan yang lain kerana Louise mengalami tekanan perasaan dan kemurungan yang
teruk selepas kematian suaminya16 sehingga terpaksa dihantar ke rumah sakit jiwa di
Kalamazoo,17 pada tahun 1938. Keadaan ini menyebabkan Malcom X seringkali berulang
alik ke rumah-rumah kebajikan yang lain dan atas faktor ini juga kehidupannya pada ketika
itu berubah kepada keadaan yang terdesak sehingga beliau telah pandai mencuri makanan.
Namun beliau mula menjauhkan diri dari perbuatan tersebut apabila beliau menjadi seorang
yang baik selepas beliau berhijrah ke Boston.

Setelah menginjak dewasa, beliau tinggal bersama kakak tirinya di Boston18 selepas
menghabiskan persekolahannya dalam gred lapan. Sebelum menamatkan persekolahannya,
beliau telah memegang jawatan sebagai ketua kelas di Sekolah Tinggi Junior Mason. Beliau
mempunyai impian untuk menjadi seorang peguam namun, disebabkan gurunya yang
bersikap negatif terhadapnya, menyebabkan beliau tidak bersemangat dalam meneruskan
impiannya untuk menjadi seorang peguam. Antara kata-kata gurunya ialah:

Matlamatnya yang tinggi itu tidak akan tercapai kepada golongan kulit hitam
(niggers) dan peristtiwa ini memberi kesan terhadapnya sehingga membawa
kepada kegagalan dalam bidang akademik.19

Pada kali pertamanya di Boston, Malcolm X bertemu dan bergaul dengan golongan borjuis
(golongan kelas pertengahan). Manakala Roxbury dan di New York pula, beliau
diperkenalkan dengan kehidupan seharian golongan kulit hitam di tepi jalanan iaitu budaya
hidup dan penderitaan dari sudut sosial. Beliau mula mengenali kegiatan penyeludupan
dadah demi mendapatkan wang untuk menyara kehidupan mereka. Akhirnya beliau telah
ditangkap dan disabitkan atas tuduhan pecah rumah dan mencuri, dijatuhi hukuman penjara
selama 10 tahun walaupun telah diberikan parol berkhidmat tujuh tahun,20 di Penjara
Charlestown21

16
“Biography Malcolm X”, laman sesawang The Official Malcom X, dicapai 10 September 2014, http://www
.malcomx.com/index.html
17
Michael Eric Dyson, Making Malcolm: The Myth & Meaning of Malcolm X, 4-5.
18
Bermula usianya 14 sehingga 16 tahun, Malcom melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara kehidupanya
ketika itu yang tinggal bersama kakak tirinya Ella Little di Roxbury yang merupakan kawasan kejiranan
sebahagian besarnya di diami oleh Afrika-Amerika Boston. Kemudian beliau pindah ke Flint, Michigan dan
akhirnya ke Harlem New York pada tahun 1943.
19
Michael Eric Dyson, Making Malcolm: The Myth & Meaning of Malcolm X, 5.
20
“Biography Malcolm X”, laman sesawang The Official Malcom X, dicapai 10 September 2014, http://www
.malcomx.com/index.html
21
Ibid.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014, 54-68

ii. Penjara Dan Penghijrahannya Kepada Agama Islam

Kehidupan beliau semasa di dalam penjara pada tahun 1946-1952, telah membawa suatu
perubahan yang sungguh luar biasa. Keadaan ini dapat disaksikan apabila beliau mula
mencari kebenaran tentang dirinya sendiri dan hubungannya dengan kebebasan, kesatuan
serta agama bagi golongan kulit hitam. Semasa di dalam penjara, beliau sangat suka
membaca serta berdebat mengenai unsur ketuhanan dalam kandungan kitab Bible.
Pembacaan beliau yang begitu kerap menyebabkan matanya menjadi kabur dan beliau mula
memakai cermin mata. Abang dan kakaknya iaitu Wilfred dan Ella kerap melawatnya dan
mengajaknya menyertai Nation of Islam. Dari situlah Malcolm X mula mengenali Nation of
Islam dan mengkajinya semasa di dalam penjara.

Pada waktu ini, kehidupan beliau sedikit demi sedikit berubah menjadi seorang yang
sophisticated dan menjadi pemuja Elijah Muhammad yang memimpin Nation of Islam (NOI)
iaitu kumpulan nasionalis kulit hitam.

Malcolm X menganggotai kumpulan NOI yang dipimpin oleh Elijah kerana perjuangan yang
diterajui ini berteraskan kepada semangat nasionalis terhadap penghuni penjara kulit hitam
dan menganjurkan pemisahan daripada aktiviti kulit putih. Beliau menukar namanya
daripada Malcolm Little menjadi Malcolm X iaitu X disimbolkan dengan identitinya yang
bersih dari segala kejahatan yang dilakukan seperti merokok (ex-smoker), minum arak (ex-
drinker), penganut Kristian (ex-Kristian), perhambaan (ex-slave) dan sebagainya.22

iii. Mula Bergiat Aktif Di Dalam Pertubuhan Islam

Selepas beberapa tahun dibebaskan daripada penjara kerana mendapat parol pada 1952,
beliau memegang jawatan tertinggi di dalam Nation of Islam. Ketika menganggotai NOI
beliau telah berkahwin dengan Betty X pada tahun 1958 dan mempunyai enam orang cahaya
mata perempuan.23 Sikap beliau yang aktif di dalam NOI, telah menaikkan jawatannya
kepada jurucakap Elijah dan NOI. Sebagai jurucakap NOI, beliau telah menyingkap isu-isu
yang tidak pernah diendahkan oleh golongan lain, sehingga beliau dinamakan sebagai
„National Spokesman‟.24 Di bawah pimpinan Malcolm X, pengikut NOI telah bertambah
daripada ratusan kepada ribuan orang pada awal tahun 1960.25 Manakala binaan masjid juga
bertambah menjadi 40 buah di Amerika Syarikat dan juga telah membeli 30 stesen radio. 26
Bahkan beliau mula menerbitkan akhbar versi Islam yang pertama iaitu Muhammad
Speaks.27

22
“Penulis tidak diketahui”, The Encyclopedia Americana International Edition, (t.tp: t.p, 1829), 167.
23
Malcolm X mempunyai enam orang anak perempuan; Attallah lahir 1958 dinamakan sempena Attila Hun,
Qubilah lahir 1960 dinamakan sempena Kublai Khan, Ilyasah lahir 1962 dinamakan selepas Elijah Muhammad,
Gamilah Lumumba lahir 1964 dinamakan sempena Patrice Lumumba dan kembar Malikah dan Malaak lahir
1965 selepas kematian Malcolm X dan dinamakan sempena nama beliau.
24
“Penulis tidak diketahui”, The Encyclopedia Americana International Edition, 167.
25
Dengan karisma dan pidatonya beliau telah menarik minat ramai keahlian baru NOI di seluruh Amerika
Syarikat. Daripada 500 anggota pada tahun 1952 meningkat sehingga 30,000 anggota baru NOI pada tahun
1963.
26
Michael Eric Dyson, Making Malcolm: The Myth & Meaning of Malcolm X, 7.
27
“Penulis tidak diketahui”, The Encyclopedia Americana International Edition, 167.

59
Malcolm X Tokoh Tajdid Dan Islah
Di Amerika Syarikat

Namun, selepas beberapa ketika meanggotai kumpulan NOI, beliau merasakan idea yang
dibawa oleh NOI agak berbeza dengan pemikiran beliau. Banyak perkara yang berlaku di
dalam pergerakan ini seperti berlakunya rasuah daripada pihak atasan dalam aspek
belanjawan dan hubungan anak luar nikah yang melibatkan pemimpinnya, Elijah
Muhammad. Di dalam diam, beliau bercita-cita ingin menubuhkan dua pertubuhan baru iaitu
Perbadanan Masjid Islam (Muslim Mosque, Inc. - MMI) dan Pertubuhan Kesatuan Afro-
America (Organization of Afro-American Unity - OAAU) yang lebih berunsurkan politik.

iv. Peralihan Kepada Pertubuhan Islam Baru

Sebelum beliau menubuhkan kedua-dua pertubuhan itu, beliau telah menunaikan impiannya
untuk menunaikan ibadat haji di tanah suci Mekah pada tahun 1964. Semasa berada disana
beliau telah menulis beberapa pucuk surat kepada pengikutnya berkenaan perubahan hatinya
tentang hubungan sesama bangsa dan mengakui bahawa ajaran Islam tidak pernah
membezakan warna kulit sebagaimana ajaran NOI yang memandang golongan berkulit putih
dengan pandangan yang negatif. Ini disaksikan sendiri oleh beliau ketika melihat ramai umat
manusia yang berbilang bangsa dan pelbagai warna kulit bersama-sama mengerjakan tawaf
tanpa didiskriminasikan oleh pihak tertentu.

Sekembalinya dari Mekah, beliau secara rasminya menyatakan bahawa beliau telah
menganut agama Islam berfahaman Islam Ortodoks dan seterusnya menukar namanya
dengan panggilan “El-Hajj Malik El-Shabazz”. Beliau kembali dengan pemikiran dan
harapan yang baru untuk menyatupadukan semua ras tanpa mengira kulit mahupun bangsa
dan mempunyai mesej untuk semua kaum.28 Pada waktu ini, beliau telah menarik diri
daripada menganggotai pertubuhan NOI dan banyak mengembara ke beberapa tempat seperti
ke Timur Tengah dan Afrika. Melalui pengembaraan inilah, pandangannya bertambah luas
mengenai potensi kesatuan di antara golongan berkulit putih dan hitam. Oleh itu, beliau
banyak berucap berkenaan pembaharuan sosial berbanding isu bangsa atau perkauman. 29

v. Kematiannya Yang Dirancang

Selepas meninggalkan Nation of Islam, hubungan antara Malcom X dan NOI keduanya
menjadi semakin parah dan tidak menentu. Pemberi maklumat yang terdiri daripada anggota
FBI memberi maklumat bahawa terdapat cubaan membunuh beliau. Cubaan pertama
mengebom kereta Malcom X. Selepas itu beliau jarang hadir kemana-mana tanpa pengawal
peribadinya. Cubaan kedua pula adalam mengebom kediamannya di East Elmhurst, New
York pada 14 Febuari 1965. 30 Malcom X, isterinya Betty dan empat anak perempuannya
bernasib baik terselamat dan dapat melarikan diri daripada nahas tersebut.

28
Penyatuan yang dimaksudkan adalah hubungan antara kulit hitam dan kulit putih menjadi lebih baik tanpa
mengira ras bangsa.
29
“Penulis tidak diketahui”, Grolier Academic Encyclopedia, 86.
30
“Biography Malcolm X”, laman sesawang The Official Malcom X, dicapai 10 September 2014, http://www
.malcomx.com/index.html
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014, 54-68

Namun, impiannya untuk menubuhkan OAAU secara rasmi tidak kesampaian. Ini kerana
pada 21 Februari 1965, selang seminggu daripada cubaan mengebom rumah Malcom X,
beliau ditembak mati ketika sedang menyediakan ucapan untuk berucap pada perjumpaan
OAAU di Audubon Ballroom, New York. Tiga orang suspek pembunuhan ini dipercayai
terdiri daripada anggota kumpulan NOI yang bermotifkan dendam dan perasaan tidak
berpuas hati dengan peralihan arah Malcolm X kepada kewujudan pertubuhan yang baru.
Talmadge Hayer, Norman 3X Butler dan Thomas Johnson telah disabitkan dan dihukum
penjara seumur hidup pada Mac 1966. Malcom X disahkan meninggal dunia sebaik tiba di
Hospitat Columbia Presbyterian, ketika berumur 39 tahun. Beliau di kebumikan di Ferncliff
Cemetery di Hartsdale, New York dengan kehadiran rakan dan pengikutnya dianggarkan
14,000 sehingga 30,000 yang berkabung.31

Walaubagaimanapun, Malcolm X telah berkesempatan menyempurnakan autobiografinya


dengan bantuan Alex Haley. Hasil penulisannya itu yang berjudul The Autobiography of
Malcolm X telah dijadikan sebagai bahan sastera kulit hitam yang klasik dan autobiografi
Amerika.32 Sejak kematiannya pada 1965, kisah hidup beliau semakin mendapat perhatian
ramai.

Menurut sumber lain, pada waktu itu, autobiografi ini telah dijadikan sebagai suatu yang
klasik di dalam sastera barat (Amerika ).33 Sesungguhnya pemergian beliau merupakan suatu
kehilangan yang besar kepada umat Islam berkulit hitam terutamanya di Amerika kerana
beliau merupakan seorang insan yang bijak, bersifat berani dan cekal dalam
memperjuangkan nasib golongan berkulit hitam. Bahkan pengikutnya mentafsirkan
kematiannya sebagai suatu pengorbanan kepada pembaharuan kulit hitam.34

vi. Kisah Di Sebalik Penarikan Diri Malcolm X Daripada Nation Of Islam

Setelah hampir 15 tahun Malcolm X bersama Elijah Muhammad, bersama-sama menerajui


Nation of Islam, akhirnya pada 8 March 1964 beliau telah menarik diri daripada Nation of
Islam. Menurut buku The Autobiography of Malcom X, antara salah satu faktor beliau nekad
keluar dari pertubuhan ini adalah kerana beliau telah mula meragui tentang kepimpinan
Elijah Muhammad.

Sebenarnya, Elijah Muhammad (67 tahun) pernah terlibat di dalam skandal seks dengan
beberapa bekas setiausahanya. Di antaranya ialah Miss Rosary dan Miss Williams (20-an)
sehinga melahirkan beberapa orang anak. Dalam diam, beliau menyiasat sendiri tentang
skandal tersebut dengan bantuan anak Elijah Muhammad sendiri iaitu Wallace Muhammad
dan berjumpa secara rahsia dengan tiga orang bekas setiausaha Elijah Muhammad. Melalui
perbincangan antara Malcom X dan bekas setiausaha tersebut, mereka memberitahu bahawa
Elijah Muhammad pernah berkata:

31
Malcolm X telah dikafankan dan dikebumikan mengikut ajaran Islam yang sebenar.
32
Michael Eric Dyson, Making Malcolm: The Myth & Meaning of Malcolm X, 13.
33
“Penulis tidak diketahui”, Grolier Academic Encyclopedia, 86. Malah pada 1998 majalah “Time Magazine”
menamakan buku The Autobiography of Malcolm X adalah buku bukan fiksyen yang paling berpengaruh pada
abad ke 20.
34
“Penulis tidak diketahui”, The World Book Encyclopedia. Vol. 13: (London. Scott Fetzer Company, t.t).

61
Malcolm X Tokoh Tajdid Dan Islah
Di Amerika Syarikat

“Malcolm merupakan pemimpin terbaik The Nation of Islam. Namun, pada suatu
hari dia akan tinggalkan aku, dan menentang aku. Dia (MalcolmX) adalah amat
membahayakan”

Ini membuatkan Malcom X merasakan dirinya bagaikan dikhianati. Akhirnya beliau


bertanya sendiri tentang skandal seks tersebut kepada Elijah Muhammad. Tetapi jawapan
Elijah Muhammad bagaikan tidak rasional, yang mengatakan dirinya seperti David, Noah,
dan Lot. Ungkapannya seperti berikut:

"I'm David. . . . When you read about how David took another man's wife, I'm that
David. You read about Noah, who got drunk-that's me. You read about Lot, who
went and laid up with his own daughters. I have to fulfill all of those things." 35

Seterusnya populariti, kepimpinan dan kebijaksanaan Malcolm X menimbulkan perasaan


kurang senang36 terhadap pemimpin tertinggi Nation of Islam dan Elijah Muhammad. Lantas
menimbulkan perasaan irihati dan dengki antara mereka. Malah dalam diam-diam, mereka
cuba mengkhianatinya. Selain itu, ada juga mengatakan Malcolm X, menarik diri dari Nation
of Islam disebabkan ulasannya mengenai pembunuhan President John F. Kennedy
(November 1963) sewaktu ditemuramah oleh media. Beliau mengatakan kematian President
Kennedy seperti berikut:

"The chickens coming home to roost," implying that Kennedy had brought his
death upon his own head. Then Malcolm added, "Being an old farm boy myself,
chickens coming to roost never did make me sad, they've always made me glad."

Ini kerana, kematian Kennedy baginya setimpal dengan perlakuan orang kulit putih yang
sentiasa memusuhi, membunuh dan menindas orang kulit hitam. Menerusi ulasan lantang
ini, beliau tidak dibenarkan berucap selama tiga bulan (iaitu 90 hari)37 oleh Elijah
Muhammad.

Justeru, akibat keraguan dan kekecewaanya tentang skandal Elijah Muhammad dan ajaran
Nation of Islam yang tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar, membuatkan Malcolm X
menarik diri daripada pertubuhan ini. Baginya Nation of Islam tidak memerlukan seorang
pemimpin yang bergelumang dengan fitnah dan dosa yang keji. 38 Lantas beliau membuat
pengumuman nekad di hadapan media untuk menubuhkan sebuah pertubuhan Islam yang
menitik beratkan tentang aqidah dan spiritual iaitu Muslim Mosque Inc. Sungguhpun begitu,
beliau sedar akan halangan yang bakal dihadapinya adalah „cubaan membunuh‟39 daripada
ahli Nation of Islam yang taksub dengan persatuan tersebut.

35
Alex Haley, The Autobiography of Malcolm X (New York: Grove Press, 1964), 303.
36
Azlin Mohd. Hamin, “Malcolm X dari penjara ke Dunia Dakwah”, MAJALAH I, Julai 2008, 27-29.
37
Alex Haley, The Autobiography of Malcolm X, 306.
38
T.p,“Muslim Mosque Inc.”, laman sesawang Gale, dicapai 14 September 2014,
www.gale.cengage.com/pdf/scguides/muslim/ mosqueintro.pdf.
39
Alex Haley, The Autobiography of Malcolm X, 313.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014, 54-68

Perbezaan Nation Of Islam Dan Muslim Mosque Inc.

Nation Of Islam

i. Pengenalan

Nation of Islam ditubuhkan pada 1931, di Detroit oleh Robert Poole, yang cuba
mengetengahkan tentang sejarah hubungan antara bangsa dan kaum (khususnya golongan
kulit hitam). Kemudian beliau telah menukarkan namanya kepada Elijah Muhammad.40
Beliau menyebarkan fahaman „blue eye white‟ iaitu „devil‟ yang merujuk kepada orang kulit
putih (berbangsa Caucasian), yang mana orang kulit Putih mempergunakan Bible untuk
menindas dan memperhambakan orang kulit hitam lebih dari tiga kurun. Beliau amat taksub
terhadap orang kulit hitam dan mengangkat keunggulan kaum mereka sehingga ingin
menguasai ekonomi dan politik orang Afrika Amerika secara mutlak tanpa wujud campur
tangan daripada orang kulit putih.41

Menurut sejarah penubuhan Nation of Islam, Elijah Muhammad banyak terpengaruh dengan
gurunya, Wallace Dodd Fard42 yang menjadi tulang belakang kepada pertubuhan ini.
Menurut Fard, agama yang sebenarnya dimiliki oleh orang kulit hitam adalah agama Islam,
yang menyembah Allah dan mempunyai kitabnya tersendiri iaitu al-Quran. Fard menolak
agama Kristian kerana baginya agama ini tidak bersikap toleransi dan adil malah menindas
orang kulit hitam. Namun, gurunya bukanlah seorang yang beragama Islam tetapi merupakan
ahli kumpulan Kristian Fundamental (doktrin Jehovah‟s Witness).43

Kepercayaan utama Nation of Islam ialah menyembah Allah s.w.t. Manakala perkara
terpenting dalam kehidupan mereka adalah menunaikan ibadah solat fardhu sebanyak lima
waktu sehari dan semalam, mempercayai kepada kebangkitan selepas mati (tetapi dalam
aspek mental bukannya fizikal), mempercayai tentang keadilan untuk semua, mempercayai
bahawa kaum wanita mereka harus dihormati dan dilindungi, mempercayai Allah s.w.t
menjelma dalam diri gurunya (Wallace Dodd Fard) dan berbagai kepercayaan yang lain.

Namun, boleh juga di katakan pegangan agama Nation of Islam ini merupakan gabungan
antara agama Islam dan Kristian. Ini dapat dilihat dalam ucapannya, sehinggakan
mengatakan: “Allah itu adalah MaN dan juga mengatakan Allah menjelma dalam diri
gurunya”.

40
T.p, “Muslim Mosque Inc.”, laman sesawang Gale, dicapai 14 September 2014,
www.gale.cengage.com/pdf/scguides/muslim/ mosqueintro.pdf.
41
Mother Tynetta Muhammad, “A Brief History on the origin of the Nation of Islam”, laman sesawang The
Nation Islam, dicapai 14 September 2014, http://www.thenationofislam.org/.
42
Nama penuhnya Wallie D. Fard orang kulit putih yang terlibat dengan beberapa kesalahan, berasal dari
Portland, Oregon- dlm Fail FBI
43
Eric Pement, “Louis Farrakhan and the Nation of Islam: Part One” laman sesawang Answering Islam, dicapai
14 September 2014, http://answering –islam-org/NOI/noi1.html

63
Malcolm X Tokoh Tajdid Dan Islah
Di Amerika Syarikat

Sehubungan itu, Temple Of Islam di Amerika telah dibina dan dianggap sebagai tempat suci
yang mempunyai kedamaian untuk beribadah kepada Allah yang Satu.44 Di sini turut
dijalankan aktiviti ceramah bagi mendalami fahaman mereka, mengajar ahlinya tentang
agama Islam dan pelbagai aktiviti lain. Seterusnya turut ditubuhkan sekolah yang dikenali
sebagai Universiti of Islam yang menekan dan mengangkat ilmu matematik 45 sebagai ilmu
yang amat penting dalam kehidupan mereka.

ii. Prinsip-Prinsip Nation Of Islam

 Mencintai dan menghormati Tuhan


 Peperangan dan keganasan bukanlah satu cara yang betul dalam memperkenalkan
Islam
 Keluarga adalah tulang belakang dalam sesebuah masyarakat dan anak-anak
dipelihara dan dididik dengan akhlak yang mulia untuk melengkapkan masyarakat
ini.
 Diajar untuk memilih makanan yang baik-baik tanpa mempergunakan alkohol, rokok
dan benda yang boleh membahayakan kesihatan.
 Menghormati dan melindungi kaum wanita yang merupakan ibu kepada tamadun.
(Memakai dress labuh dan berakhlak yang baik untuk menjadi role-model)46

Jelas menunjukkan bahawa mereka menitikberatkan institusi kekeluargaan untuk


menggeratkan silaturahim dan menerapkan kasih sayang antara mereka. Ini kerana
kebanyakan mereka berasal dari keluarga yang berpecah belah yang menjadi punca gejala
sosial semakin meningkat di kalangan mereka. Nation of Islam cuba mengorak langkah
untuk membendung masalah gejala sosial yang menular di kalangan mereka.

Tuntasnya, kehadiran Elijah Muhammad dan Nation Of Islam memberi nafas baru bagi
menjaga dan melindungi hak orang kulit hitam (Afrika Amerika), khususnya dari ditindas
dan diekploitasi oleh orang kulit putih dari pelbagai aspek; terutama dalam aspek politik,
ekonomi dan pendidikan. Secara umumnya, ia lebih dimonopoli oleh orang kulit putih.
Justeru, Nation of Islam berperanan sebagai penyelamat bagi mereka. Namun terdapat
kecelaruan yang amat serius dalam pegangan dan aqidah mereka, iaitu kepercayaan mereka
bagaikan bercampur baur dengan agama-agama yang lain. Secara tidak langsung ia memberi
kesan yang negatif terhadap pengikut Nation of Islam itu sendiri.

44
Mother Tynetta Muhammad, A Brief History on the origin of the Nation of Islam, laman sesawang The Nation
of Islam, dicapai 14 September 2014, http://www.thenationofislam.org/
45
Ibid., 2
46
Ibid., 2
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014, 54-68

Muslim Mosque Inc.

i. Pengenalan

Rentetan daripada perasaan tidak puas hati terhadap perilaku Elijah Muhammad dan ajaran
The Nation of Islam yang tersasar dari ajaran Islam yang sebenar, Malcom X bangkit
menubuhkan Muslim Mosque Inc. pada March 1964 yang berpusat di Hotel Thresa, Harlem.

Penubuhan Muslim Mosque Inc. bertujuan untuk membawa orang kulit hitam memajukan
diri dalam pelbagai aspek yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi. Ini dapat dilihat
menerusi manifestonya yang ingin memberi pengetahuan asas agama Islam dan spiritual
serta kemantapan kerohanian yang bertujuan untuk membawa orang kulit hitam keluar dari
kepompong kejahilan dan keruntuhan moral yang teruk. Oleh itu, beliau amat mengambil
berat hal yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan social.47 Harapan beliau agar orang
kulit hitam tidak lagi ditindas dalam politik, tidak diekploitasi dalam bidang ekonomi dan
tidak direndahkan martabat dalam hal yang berkaitan dengan sosial.

Muslim Mosque Inc. bersifat terbuka dan paling kontroversi kerana menerima dan
menjemput orang kulit putih menyertainya. Pendirian Malcolm X terhadap orang kulit putih
mulai berubah setelah menunaikan ibadah haji di Mekah.48 Dimana sewaktu tawaf, beliau
melihat pelbagai kaum dan bangsa tanpa mengira darjat dan pangkat bersama-sama berpanas
dan menunaikan ibadah haji. Malahan, sewaktu disana, beliau menerima layanan yang baik
di kalangan orang Islam. Keadaan ini berbeza di Amerika yang sering menindas golongan
kulit hitam.

Malcolm X menyebarkan dakwah tentang idea kesatuan bangsa Afro America yang berkait
dengan dunia polisi luar negara dan juga politik. Selain itu, beliau juga turut mengutarakan
isu kebajikan dan pendidikan orang kulit hitam dengan mengutarakan idea baru serta
mensasarkan golongan pelajar muda melakukan pembelajaran sendiri (independent study).

ii. Prinsip-Prinsip Muslim Mosque Inc.

 Sentiasa terbuka terhadap idea dan bantuan kewangan dari mana-mana pihak
termasuk orang kulit putih.
 Memikirkan bagaimana untuk menyatukan ukhwah antara golongan kulit hitam
sebelum memikirkan bagaimana hendak menyatukan orang lain. Bagaikan
perumpamaan “seseorang itu tidak boleh menyatukan pisang dan daun-daun kering”
 Adalah menjadi jenayah jika mengajar seseorang untuk tidak mempertahankan diri
apabila menjadi mangsa serangan kejam. Oleh itu, dibenarkan dalam peruntukan
perundangan untuk memiliki senjata seperti rifle atau senapang. “Ini kerana bangsa
kita sering menjadi mangsa kekejaman dan kerajaan seperti tidak mahu
menyelamatkan kita”.

47
Ibid., 321.
48
Ibid., 323-347.

65
Malcolm X Tokoh Tajdid Dan Islah
Di Amerika Syarikat

 Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang. Tetapi apabila diserang secara


tidak adil atau sebagainya, harus mempertahankan diri walau di mana dan bagaimana
sekalipun.

Secara ringkasnya, Malcom X mahupun Al-Haj Malik El-Shabazz menubuhkan Muslim


Mosque Inc. bagi menjernihkan kembali aqidah golongan kulit hitam yang telah jauh tersasar
dengan ajaran yang dibawa oleh the Nation of Islam. Oleh itu, beliau lebih bersifat terbuka
dan tidak lagi bersifat asabiyah (perkauman) seperti yang terdapat dalam ajaran The Nation
of Islam. Malah, menerima semua bangsa dan kulit sebagai saudara seIslam. Namun,
idealogi dan kempen beliau menerima serangan, ugutan dan ancaman bunuh daripada pihak
tertentu. Akhirnya Muslim Mosque Inc. yang masih setahun jagung beroperasi (March 1964-
21 Febuari 1965), telah kehilangan pemimpinnya apabila al-Haj Malik El-Shabazz ditembak
oleh pengikut The Nation of Islam diAudubon Ballroom, New York.

Kesimpulan

Perjuangan Malcolm X merupakan suatu tindakan yang cukup luar biasa di kalangan ahli
sarjana Barat khususnya. Perubahan yang dilakukan itu merupakan titik tolak daripada
kehidupan beliau yang penuh dengan keperitan hidup. Keadaan ini mengajar beliau
mengenai kehidupan yang sebenarnya, sekaligus menjadikan beliau sebagai insan yang
sungguh istemewa.

Perubahan atau tajdid yang dilakukannya ini ternyata berbeza dengan perubahan yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh lain seperti di Nusantara. Penghijrahan beliau daripada seorang
penganut Kristian kepada seorang yang taat dalam menjalankan perintahNya ternyata
membawa suatu kelainan di dalam dirinya. Ini dapat dilihat ketika beliau menarik diri
daripada menjadi anggota pertubuhan Nation of Islam, seterusnya mewujudkan pertubuhan
yang mengikut landasan Islam iaitu Organaziation of Afro-Amerika United (OAAU).

Pembaharuan yang dilakukan ini memberi kesan yang cukup mendalam sehingga kisah
pembunuhan beliau yang tragis telah dijadikan sebagai kes FBI di New York. Kisah
pembunuhan beliau mendapat liputan yang cukup luas sehingga diterbitkan sebuah buku
yang berjudul „The FBI File‟. Dalang di sebalik pembunuhan ini, merupakan anggota
pertubuhan Nation of Islam yang terlalu taksub dengan NOI sehingga sanggup membunuh
hanya berlandaskan emosi dendam dan irihati dengan perilaku beliau menjadikan beliau
mangsa pembunuhan yang tidak berdosa.

Jika diteliti, tajdid yang dilakukan oleh beliau seiring dengan islah iaitu pembaikan kepada
masyarakat sekililingnya, khususnya kepada golongan kulit hitam yang ditindas semahu-
mahunya oleh golongan kulit putih. Akibat daripada perbezaan warna kulit, martabat dan
maruah mereka dipandang rendah oleh golongan itu. Adapun islah yang dilakukan ternyata
memberi makna yang cukup mendalam kepada golongan kulit hitam yang menginginkan hak
sama rata untuk bersama-sama hidup di muka bumi Allah s.a.w ini.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2014, 54-68

Justeru, aura mahupun pengaruh tajdid dan islah yang dimainkan oleh Malcom X telah
menarik minat dikalangan anak muda, misalnya pada akhir tahun 1980-an dan awal 1990-an
kumpulan penyanyi Hip Hop seperti Public Enemy menjadikan Malcom X sebagai ikon dan
imej beliau telah di paparkan di pelbagai tempat antaranya di pejabat, rumah, sekolah, baju
T, jaket dan sebagainya.

Klimaks gelombang pengaruh ini apabila terbitnya Filem Malcom X daripada adaptasi The
Autobiography of Malcom X yang dilakonkan oleh Denzle Washington dan dipilih sebagai
salah satu filem terbaik daripada sepuluh filem terbaik tahun 1992 oleh pengkritik Roger
Ebert dan pengarah Martin Scorsese. Selain itu, pada tahun 1999 perkhidmatan Pos Amerika
Syarikat mengeluarkan setem pos Malcom X dan pada tahun 2005 University Columbia
mengumumkan Pembukaan Memorial Malcom X dan Dr. Betty Shabazz dengan Pusat
Pendidikan. Tugu tersebut terletak di Audubon Ballroom, tempat kejadian pembunuhan
sebenar Malcom X di bunuh. Koleksi kertas ucapannya pula telah disimpan oleh Pusat
Schomburg Penyelidikan dalam Budaya Orang Kulit Hitam dan Perpustakaan Robert W.
Woodruff.

Rujukan
Alex Haley, The Autobiography of Malcolm X (New York: Grove Press, 1964).
Azlin Mohd. Hamin, “Malcolm X dari penjara ke Dunia Dakwah”, MAJALAH I, Julai 2008.
“Biography Malcolm X”, laman sesawang The Official Malcom X, dicapai 10 September
2014, http://www .malcomx.com/index.html
Clayborne Carson Carroll & Graf, The FBI File (New York: Publishers Inc., 1991).
Eric Pement, “Louis Farrakhan and the Nation of Islam: Part One” laman sesawang
Answering Islam, dicapai 14 September 2014, http://answering –islam-org/NOI/noi1.html
Mazlan Nordin, “Sejarah perhambaan di Afrika Selatan”, laman sesawang Utusan Online,
dicapai 14 September 2014,
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Renc
ana&pg=re_10.htm#ixzz3DVFwXDbv
Michael Eric Dyson, Making Malcolm: The Myth & Meaning of Malcolm X (New York:
Oxford University Press, 1995).
Mother Tynetta Muhammad, “A Brief History on the origin of the Nation of Islam”, laman
sesawang The Nation of Islam, dicapai 14 September 2014, http://www.thenationofislam.org/
“Penulis tidak diketahui”, Grolier Academic Encyclopedia. (t.tp: Grolier International,
1983).
“Penulis tidak diketahui”, The Encyclopedia Americana International Edition, (t.tp: t.p,
1829).
“Penulis tidak diketahui”, The World Book Encyclopedia. Vol. 13: (London. Scott Fetzer
Company, t.t).
T.p,“Muslim Mosque Inc.”, laman sesawang Gale, dicapai 14 September 2014,
www.gale.cengage.com/pdf/scguides/muslim/ mosqueintro.pdf.

67
Malcolm X Tokoh Tajdid Dan Islah
Di Amerika Syarikat

Wikipedia ensiklopedia bebas, “Orang Amerika Afrika”, laman sesawang Wikipedia, dicapai
14 September 2014, http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Amerika_Afrika

You might also like