You are on page 1of 2

CUTI UMRAH

Cuti Umrah kepada staf yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah
sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

SYARAT :

a) Menunaikan ibadah umrah ditanah suci Mekah dan ziarah di


Madinah.

b) Beragama Islam dan bertaraf tetap.

c) Tempoh yang boleh diluluskan adalah tertakluk kepada


maksimum tujuh (7) hari tidak termasuk hari rehat mingguan,
hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

d) Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari
tarikh penerbangan sebenar menunaikan umrah di tanah suci
Mekah. Sekiranya tarikh penerbangan bemula pada hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am,
maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja
berikutnya.

e) Sekiranya staf memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas


sebab-sebab tertentu, maka staf boleh memohon untuk
menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti
Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan
cuti staf.

f) Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang


tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah
semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah
yang digunakan adalah kurang daropada tujuh (7) hari, baki cuti
yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan;

g) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan


berserta dengan dokumen perjalanan.

h) Dicatatkan di dalam buku rekod perkhidmatan Pegawai


KADAR :

a) Sekali sepanjang tempoh perkhidmatan


b) 7 hari maksimum bagi setiap permohonan termasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

PROSES KELULUSAN :

a) Semakan : PSM PTJ


b) Kelulusan : Ketua Jabatan

RUJUKAN :
a) Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2017

TARIKH KUAT KUASA : 1 Januari 2018

You might also like