You are on page 1of 22

7.

KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

KOLEKSI BAHAN

Pusat sumber Sekolah (PSS) merupakan lanjutan kepada perpustakaan tradisional,


maka bahan-bahannya pun sepatutnya meliputui buku-buku dan juga bahan bukan
buku. Koleksi merupakan unsur asas kepada sesebuah PSS. Dengan adanya
koleksi yang meluas dan meliputi berbagai jenis bahan dan alat, ia akan memberi
kesan yang positif terhadap penggunaan PSS. Koleksi PSS harus memenuhi
kehendak kurikulum dan gaya penggunaan oleh pengguna daripada berbagai
peringkat umur dan kelainan tersendiri.

7.1 JENIS KOLEKSI

A. PERABOT

a. Meja
b. Kerusi
c. Rak buku – tinggi dan rendah
d. Kaunter edaran
e. Almari
f. Kabinet kad katalog
g. Papan kenyataan
h. Penyaga surat khabar
i. Troli
j. Kabinet untuk fail tegak
k. Karel pendengaran
l. Karel kering
m. Rak kaset
n. Rak cerita
o. Rak peta
p. Papan pameran buku baru
q. Rak kad pinjaman murid
B. BAHAN BERCETAK

a. Buku
~ Buku Fiksyen

~ Buku Bukan Fiksyen

Karya Am 000

Falsafah 100

Agama 200

Sains Kemasyarakatan 300

Bahasa 400

Sains Tulin 500

Teknologi 600

Kesenian 700

Kesusasteraan 800

Sejarah dan Geografi 900

Rujukan Am : Kamus / Atlas / Ensaiklopedia dll.

Rujukan Khas ( Red Spot ) : Buku Teks

b. Bahan Bukan Buku

~ Majalah, surat khabar, risalah dan sebagainya.

C. BAHAN BUKAN BERCETAK

a. Bahan-bahan / Perisian

~ Lut sinar
~ Filem jalur
~ Filem sisipan
~ Filem 8 mm dan 16 mm
~ Kaset pita audio
~ Kaset Pita Video
~ Kain gambar ( carta pusing)
~ Kad-kad untuk papan planel
~ Kad cantum / kad imbasan
~ Floppy and compact dist / disket
~ piring hitam
~ cakera padat

b. Bahan Dua Dimensi

~ Peta
~ Fail Tegak
~ Carta
~ Gambar
~ Guntingan akhbar
~ Gambarajah dan sebagainya

c. Bahan Tiga Dimensi

~ Glob
~ Model
~ Relia
~ Diorama
~ Mock – up
~ Topeng
~ Contoh –contoh spesimen
~ Mobil
~ Akuarium dan sebagainya

d. Bahan – bahan Beraneka Media

~ Kit pembelajaran
~ Permainan pendidikan
~ Pukal pembelajaran ( aneka media )
D. PERALATAN

a. Alat Tayangan

~ Projektor overhead
~ Projektor Slaid
~ Projektor filem jalur
~ Projektor DP opeqe dsb

b. Alat Bukan tayang

~ Papan tulis
~ Papan magnet
~ Papan Flannel
~ Papan pamer
~ Papan kenyataan
~ Papan gulung

c. Alat-alat Audio

~ Radio
~ Radio kaset
~ Perakam kaset
~ Alat pemain piring hitam
~ Synerecoder
~ Perakam pita gelendong ( rel terbuka )
~ Sistem pembesar suara ( PA Sistem )
~ Pemain CD

d. Alat Pandang Dengar ( Audio – Visual )

~ TV dan VCR
~ Projektor slaid dengan kaset
~ Projektor filem jalur dengan kaset
~ Projektor filem 16 mm
~ Projektor filem 8 mm
~ Komputer multimedia
~ Projektor LCD
~ Pemain VCD
e. Perkakas Sokongan Lain

~ Kamera fotografi dan aksesori


~ Kamera video dan aksesori
~ Kit grafik
~ Kit pertukangan
~ Mesin pendua
~ Mesin Fotostat
~ Mesin Taip
~ Image printer
~ Transparency maker

7.2 DASAR PEMILIHAN BUKU DAN BUKAN BUKU

Tugas-tugas ini merangkumi kerja-kerja memilih, membeli dan memilih – buang


atau memilih – simpan. Dasar pemilihan bahan-bahan seperti berikut hendaklah
dipertimbangkan.

7.2.1 PANDUAN

i. Konsep
~ Selaras dengan Dasar Negara, Dasar Pendidikan
~ Sesuai dengan nilai-nilai masyarakat setempat dan keadaan
semasa:
 keharmonian kaum
 memahami agama, adat resam sesuatu kaum lain di
sekitarnya.

ii. Keaslian / Ketulenan


~ Fakta-fakta tepat dikemukakan
~ Persembahan fakta tepat dan tersusun
~ Maklumatnya kemaskini dan boleh dipercayaai

iii. Kesesuaian
~ Perbendaharaan kata sesuai dengan peringkat murid
~ Konsep bersesuaian dengan peringkat murid
~ Data yang diberikan itu adalah berkaitan dan sesuai
~ Ada hubungan dengan subjek dan juga media yang digunakan
~ Sari kata, dialog, suara latar berkaiatan sengan subjek
~ Untuk kegunaan kumpulan dan individu

iv. Olahan
~ Mencukupi keseluruhan idea yang ingin dikemukakan.
Contohnya:
Sesuatu ulasan hasil sastera meliputi seluruh aspek yang
diperlukan untuk fahaman murid.
~ Dari segi konsep, persembahannya lebih berkesan dan
menggalakkan
~ Sesuai dengan keperluan semasa
~ Isinya dapat memenuhi kehendak murid berkaitan dengan subjek.

v. Memupuk minat
~ Berkaitan dengan pengalaman murid
~ Merupakan cabaran kepada perkembangan intelek
~ Menepati dan memuaskan keperluan rasa ingin tahu
~ Menepati minat imaginasi
~ Kesesuaian fakta-fakta yang dibentangkan selaras dengan
keperluan manusia

vi. Organisasi pengolahan


~ Perkembangan olahan ( cerita / fakta ) bersambungan dan
munasabah
~ Tersusun dan rapat
~ Dapat memperseimbangkan penggunaan suara latar, kata bual
~ Latar muzik dan lain-lain iringan

vii. Aspek teknikal


~ Kejernihan bunyi
~ Jelas didengar / dilihat
~ Kesesuaiannya dengan murid dan sekolah
~ Saiz dan bentuk
~ Pengolahan ( audio / video ) seimbang
~ Warna yang digunakan adalah sesuai dan menarik
~ Ada penyesuaian di antara suara dan gambar

viii. Aspek khas


~ Bahasa yang digunakan ( terutama Bahasa Inggeris) tidak terlalu
susah untuk difahami
~ Senang untuk diurus, diguna dan disimpan
~ Arahannya senang diikuti untuk menggunakannya
~ Rupa bentuk fizikal ( kulit, bungkusan, kotaknya ) dapat menarik
minat murid
~ Tahan lasak untuk digunakan oleh murid sekolah
~ Mudah dibaikpulih sekiranya berlaku kerosakkan

ix. Faedahnya
~ Berkaitan dengan aktiviti PSS
~ Mudah disesuaikan / diubahsuai untuk penggunaan yang lebih
efektif

x. Harga
~ Bersesuaian dengan kemampuan kewangan sekolah
~ Bahan ganti boleh didapati dengan mudah / murah
~ Harga sederhana dan berpatutan berbanding dengan perkakas yang
sedia ada
~ Belanja menjaganya seperti pengurusan, alat ganti, baikpulih,
memproses dan menyimpan adalah berpatutan
Untuk pemilihan yang berkesan, hendaklah dipertimbangkan dari
segi:
~ Keutamaan dan keperluan pengguna
~ Kekerapan penggunaannya
~ Mudah mendapatkannya
~ Dalam lingkungan keupayaan kewangan sekolah dan kemahiran
menggunakannya

7.2.2 ALAT PEMILIHAN BAHAN

i. Dasar Pendidikan Kebangsaan – Alat Pendidikan

ii. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Perlaksanaan Dasar Pendidikan


Kebangsaan Malaysia

iii. Risalah, katalog dan edaran dari penerbit, pembekal swasta dan agensi
Pendidikan
~ Senarai Buku Pusat Sumber untuk Sekolah Rendah dan Menengah
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
~ Dasar Pemilihan dan Panduan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan
Pusat Sumber Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
~ Buletin Teknologi Pendidikan, Jurnal Pendidikan, Berota
Bimbingan dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia
~ Bibliografi Buku-buku, terbitan Perpustakaan Negara Malaysia
dan perpustakaan – perpustakaan yang laian.
~ Berita Buku Baru Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebagainya

iv. Cadangan-cadangan oleh panitia mata pelajaran di sekolah

v. Sukatan Pelajaran

vi. Buku-buku KBSR / KBSM

7.2.3 PEMBELIAN MELALUI SEBUT HARGA / KONTRAK PUSAT


ATAU SECARA TERUS

~ Untuk membeli bahan-bahan dan perkakas, seperti juga halnya dengan


barang-barang lain yang dibeli dengan menggunakan wang kerajaan,
perlulah berpandukan kepada peraturan-peraturan yang terdapat dalam
buku Arahan Perbendaharaan Kerajaan Malaysia.

~ Untuk membeli barang-barang yang boleh didapati dalam senarai Kontrak


Pusat, Arahan Perbendaharaan Bil. 178 (a), 178(b) perlulah dirujuk.
Senarai Kontrak Kerajaan ini dikeluarkan dari masa ke semasa.

~ Selain itu, PSS boleh menghasilkan bahan sendiri.

~ Untuk bahan / alat yang didapatkan secara percuma atau derma, hendaklah
dipastikan bahawa bahan / alat ini sesuai digunakan dan ditempatkan di
PSS.

Sekiranya menghadapi masalah, eloklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan,


Jabatan Pendidikan Negeri untuk penjelasan selanjutnya.
7.3 PROSEDUR KOLEKSI BUKU DAN BUKAN BUKU

A. JAWATANKUASA PEMILIHAN DAN PEMBINAAN


KOLEKSI

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

NAIB SETIAUSAHA

BENDAHARI

AJK

KURIKULUM WAKIL PIBG PERPUSTAKAAN

HAL EHWAL MURID WAKIL MURID TUA PENERBITAN

KOKURIKULUM WAKIL MASYARAKAT APD

FOTOGRAFI

KECERIAAN

BANK SOALAN

BBM

PERKEMBANGAN
STAF
KOMPUTER
GRAFIK

LAIN - LAIN

B. DASAR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKSI

1. Dasar pemilihan dan pembinaan koleksi bahan bacaan Pusat


Sumber hendaklah diselaraskan dengan keperluan Falsafah
Pendidikan Negara.

2. Bahan bacaan yang dipilih hendaklah :-

~ Memperkayakan dan menyokong proses pendidikan


dengan mengmbil kira perbezaan minat kebolehan dari
peringkat kematangan pelajar.

~ Memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum sekolah.

~ Memupuk minat membaca di kalangan pelajar ke arah


melahirkan masyarakat berfikir, berbudaya ilmu dalam
konteks pendidikan sepanjang hayat.

~ Menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan pelajar untuk


membolehkannya membuat pertimbangan yang bijak dalam
kehidupan.

~ Mempertingkatkan penguasaan bahasa dan membina


aspirasi sastera pelajar.

~ Memperkukuhkan semangat persefahaman dan harmoni di


antara kaum demi mewujudkan perpaduan bangsa.

~ Memupuk dan membina sikap tanggungjawab pelajar


terhadap agama, bangsa dan negara.

C. PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN BACAAN PUSAT


SUMBER SEKOLAH PERLULAH MENCERMINKAN
UNSUR-UNSUR :

a. Kekemaskini
b. Keperbagaian jenis
c. Kecukupan bahan
d. Keseimbangan dari segi pengagihan mengikut peringkat sekolah.
e. Keseimbangan dari segi pengagihan mengikut jenis bahan.
f. Keseimbangan dari segi aliran bahasa.

D. PEMBINAAN KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER


SEKOLAH

Hendaklah mengenepikan semua bahan yang mengandungi perkara yang


dilarang.

E. PENGURUSAN PEMILIHAN PEMBINAAN KOLEKSI


BAHAN

Bacaan Pusat sumber hendaklah dilaksanakan dengan menubuhkan


Jawatankuasa Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan Pusat
Sumber Sekolah.

F. DASAR PEMILIHAN DAN PEMBINAAN KOLEKS

Hendaklah berpendukan prinsip –prinsip Sains Perpustakaan.

7.4 PROSES PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN / ALAT

A. PANDUAN PEMILIHAN KOLEKSI BAHAN PUSAT


SUMBER SEKOLAH

1. Bahan Bacaan

Pemilihan bahan bacaan adalah proses mengesan, menilai dan menentukan


bilangan naskah yang perlu diperolehi untuk membina koleksi Pusat
Sumber Sekolah.

a. Kriteria Am

Proses Pemilihan bahan hendaklah berdasarkan:

i. Isi kandungan yang memenuhi keperluan dan penyampaian


yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.

ii. Keadaan fizikal yang baik.


iii. Penerbitan yang berwibawa.

b. Kriteria Pemilihan

i. Buku Bergambar

Buku bergambar adalah bahan bacaan khusus untuk


kanak-kanak di peringkat pembaca.

Gambar dan ilustrasi berperanan sebagai media utama.


Menyampaikan konsep atau cerita sedangkan teks pula
hanya merupakan unsure sokongan gambar ilustrasi.

Gambar dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan


lebih jelas daripada teks dan hendaklah berwarna-warni.

Mutunya bukan sahaja perlu dilihat dari segi estetika tetapi


juga dari segi perkembangan pelajar mengikut aspek efektif
dan kolektif.

Urutan cerita atau fakta dari gambar-gambar yang dilihat


perlu ada.

Bahasa mudah difahami.

Perkataan dan ungkapan.

Gaya persembahan.

Keharmonian antara teks dengan gambar.

Ciri fizikal, kulit keras, penjilidan, saiz huruf, jenis huruf


dan cetakan.

ii. Fiksyen

Buku fiksyen adalah buku cereka seperti novel, cerpen,


dongeng, cerita rakyat dan sebagainya.

~ tema
~ bahasa
~ gaya penyampaian
iii. Bukan Fiksyen

Buku pengetahuan yang khusus dalam bidang Falsafah,


Agama, Sains Kemasyarakatan, buku pengetahuan Am dan
lain-lain.

~ ensaiklopedia
~ kamus
~ atlas
~ buku tahunan
~ buku panduan
~ buku maklumat ringkas
~ alamanak

iv. Terbitan Berkala

Bahan bacaan yang diterbitkan mengikut kekerapan


tertentu seperti majalah, akhbar, fail tegak, buku skrap dan
poster.

c. Alat-alat Pemilihan

i. Senarai buku oleh Seksyen Pusat Sumber BTP.

ii. Senarai perolehan perpustakaan awam.

iii. Senarai buku dalam Bahasa Malaysia oleh Perpustakaan


Negara.

iv. Katalog penerbitan dan pembekal.

v. Bibliografi

vi. Ulasan buku dari media massa.

vii. Ulasan penerbitan kanak-kanak

viii. Indeks majalah, surat khabar.

d. Proses Pemilihan Bahan Pusat Sumber Sekolah


i. Tugas pemilihan bahan bacaan pada amnya merupakan
tugas guru Penyelaras PSS, setiausaha Kurikulum dan
guru-guru.

ii. Dari masa ke semasa guru Penyelaras PSS akan


mengumpulkan maklumat mengenai jadual bahan bacaan
yang dicadangkan oleh guru-guru.

iii. Membuat senarai judul.

iv. Selepas itu guru Pusat Sumber akan menyemak sama ada
bahan yang dicadangkan ada di PSS atau tidak.

v. Sekiranya ada bahan tersebut di PSS, Guru Pusat Sumber


akan menerangkan kepada pihak yang meminta mengenai
bahan tersebut.

e. Bahan – bahan bacaan yang dilarang

i. Tidak sesuai dari segi isi.

ii. Tidak lagi kemaskini dari segi maklumat dan ejaan.

iii. Keadaan fizikal bahan yang tidak sesuai.

B. Bahan Bukan Buku

Pemilihan Bahan Bukan Buku adalah proses mengesan, menilai dan


menentukan segala jenis dan bentuk sumber atau bahan yang digunakan
dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dan membina koleksi Pusat Sumber Sekolah.

a. Kriteria Am

Proses pemilihan bahan hendaklah berdasarkan :-

i. “ Cost – benefit analysys “

ii. Kegunaan bahan tersebut.

iii. Tempat penyimpanan / ruang untuk meletakkan bahan


tersebut.
iv. Peruntukan kewangan.

v. Harga barang.

b. Kriteria Pemilihan

1. Peralatan

1.1 Alat Tayangan


Projektor Overhead
Projektor Slaid
Projektor Filem Jalur
Projektor DP Opage dan lain-lain

1.2 Alat Bukan Tayangan


Papan Tulis
Papan Magnet
Papan Flannel
Papan Pamer
Papan kenyataan
Papan Gulung

1.3 Alat-alat Audio


Radio
Radio Kaset
Perakam Kaset
Alat Pemain Piring Hitam
Synerecoder
Perakam Pita Gelendong ( rel terbuka )
Sistem pembesar suara ( PA System ) dsb

1.4 Alat Pandang Dengar ( Audio – Visual )


TV dan VCR
Komputer ( monitor )

2. Bahan –bahan / Perisian

Transparency Maker
Filem jalur
Filem sisipan
Filem 8 mm dan 16 mm
Kaset pita audio
Kaset pita video
Kad untuk papan flannel
Kad cantum
~Pemilihan peralatan hendaklah dinilai dari segi mutu
dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang
~Kesesuaian bahan juga perlu diambil kira.

~Perlu dikaji dari segi “ cost benefit analysis” iaitu sama


ada wang yang dilaburkan untuk sesuatu bahan itu
setimpal dengan manfaat yang akan diterima oleh
pengguna.

~Pita video mampu membawa pengalaman-pengalaman


luar di dalam bilik darjah dan memudahkan pemahaman
konsep-konsep yang abstrak.

3. Bahan Dua Dimensi

Peta, Fail Tegak, Carta, Gambar, Guntingan Akhbar dan


Gambarajah.

4. Bahan Tiga Dimensi

Glob, Model, Relia, Diorama, Mock-ups, Topeng, Mobile


dan Akuarium

5. Bahan-bahan Beraneka Media

~ Kit pembelajaran, Permainan Pendidikan dan Pukal


Pembelajaran. Kesemua bahan –bahan di atas
mutunya bukan sahaja dilihat dari segi estetik tetapi
dari segi perkembangan pelajar dari aspek efektif
dan kognitif.

~ Urutan cerita / fakta dari gambar-gambar yang


dilihat perlu ada.

~ Dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan


pelajar melalui akhbar dan majalah.

~ Bahan-bahan ini dapat menambah kreativiti pelajar


dan pengguna PSS.

~ Bergantung kepada keberkesanan dan keperluan


pengguna.
~ Tempat untuk menyimpan.

c. Alat-alat Pemilihan

1. Senarai bahan oleh seksyen Pusat Sumber BTP.

2. Katalog pembekal.

3. Senarai harga bahan dari pembekal / pekedai.

4. Senarai pembelian bahan oleh AJK Pusat Sumber.

d. Proses Pemilihan Bahan Bukan Buku Pusat Sumber Sekolah

1. Tugas memilih bahan ini ialah tugas guru Penyelaras PSS,


Setiausaha Kurikulum dan guru AJK Induk.

2. Dari masa ke semasa Guru PSS akan menerima dan


menyenaraikan bahan yang dicadangkan oleh guru-guru.

3. Guru PSS akan menyemak sama ada bahan itu ada atau
tidak di PSS.

4. Senarai bahan yang dibeli mestilah mengikut keutamaan,


kesesuaian, mutu dan keberkesanan penggunaannya.

5. Semuanya bergantung kepada sumber kewangan.

7.5 KRITERIA PEMILIHAN DAN PEMEROLEHAN BAHAN

Koleksi bahan bacaan ialah semua bahan sumber maklumat bercetak yang
diselenggarakan dan disimpan di sekolah, digunakan oleh semua murid dan guru-
guru.

Koleksi ini terdiri :-

a. Buku Bergambar

~Fiksyen
~Bukan Fiksyen

b. Buku Fiksyen

~Cerpen

~Cerita ajaib, binatang, dongeng, fantasi, jenaka, keluarga, lagenda,


metos, pari-pari, pengembaraan, percintaan, rakyat dan sukan.

~Fiksyen sains dan sejarah

~Novel

c. Buku Bukan Fiksyen

~Buku Rujukanan Am - Alamanak, ensaiklopedia, buku panduan,


tahunan, pengetahuan, kamus dan atlas.

~Buku Ilmiah – Agama, Sains Kemasyarakatan termasuk Sivik,


Perdagangan dan Ekonomi, Bahasa, Sains, Teknologi, Seni Perusahaan
dan Sains Pertanian, Rekreasi, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.

d. Terbitan Berkala

~akhbar, jurnal, majalah da risalah.

e. Bahan Khusus

~broshur

~buku skrap

~dokumen kerajaan

~Fail tegak ( koleksi risalah, keratan akhbar, majalah dan sebarang


sumber maklumat satu-satu topik yang disimpan dalam fail )

~karya-karya murid yang bermutu

~keratan akhbar

~koleksi kertas soalan ujian atau peperiksaan


~poster

~sukatan pelajaran
f. Sekiranya bahan belum ada di PSS.

~Guru PSS akan meminta penerbit meminjamkan naskah untuk dinilai.

g. Sekiranya naskah itu boleh didapati :

~Guru PSS menyerahkan bahan kepada setiausaha kurikulum untuk


dinilai oleh panitia.

~Sekiranya diperakui oleh guru-guru, setiausaha kurikulum


menyediakan senarai bahan dan serah kepada Guru PSS.

~Guru PSS akan menyediakan senarai indek judul yang diperakukan


oleh Jawatankuasa PSS untuk membuat keputusan membeli.

~Guru PSS juga menghantar buku pinjaman kepada penerbit.

h. Sekiranya naskah yang dinilai tidak dapat dipinjam :

~Guru PSS akan menyemak dengan senarai Buku Bacaan Tambahan


PSS Kementerian Pendidikan.

~Sekiranya ada dalam senarai, guru PSS menyediakan senarai judul


untuk diserahkan kepada Jawatankuasa PSS untuk membuat keputusan
membeli.

~Sekiranya tiada dalam senarai, rujuk BTP.

~Sekiranya diperakukan, Guru PSS menyediakan senarai judul untuk


diserahkan kepada Jawatankuasa PSS untuk membuat keputusan
membeli.

~Sekiranya tidak diperakukan, jangan beli.


7.6 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KOLEKSI PSS

7.6.1 PILIH BUANG / PILIH SIMPAN

Bahan-bahan koleksi itu hendaklah disemak dari masa ke semasa supaya sentiasa
kemaskini dari segi pembekalan maklumat. Mana-mana bahan yang kurang sesuai
haruslah dipilih buang.

7.6.1.1 Definisi

~ Pilih buang bahan yang tidak berguna lagi.


~ Pilih simpan bahan yang patut dikeluarkan dari PSS kerana mungkin
lebih sesuai digunakan di tempat lain atau untuk dibaikpulih.

7.6.1.2 Tujuan

~ Menjimatkan ruang
~ Memudahkan penggunaan
~menjimatkan wang untuk membaikpulih
~mengelakkan bahan-bahan yang tidak sesuai sampai ke tangan
murid.

7.6.1.3 Aspek-aspek Untuk Pilihbuang / Pilihsimpan

~ Bentuk Fizikal
~Kulitnya koyak, muka surat hilang, jilidnya tanggal, hurufnya
luntur ( untuk carta, lutsinar dan sebagainya ), tidak lengkap
seperti set ensaiklopedia dan permainan.

~ Isi dan Maklumat:


~Tidak sesuai dari segi ejaan dan perbendaharaan kata.
~ Fakta dan maklumat tidak sesuai dengan keadaan semasa dan
keperluan pendidikan.
~ Maklumat itu mungkin mengelirukan atau menimbulkan
kesan negatif.

~ Perkakas yang rosak tidak ekonomik untuk diperbaiki:


~ Membahayakan pengguna
~ Tidak lagi sesuai kerana ada bahan yang lebih berkesan
~ Bahan- bahan tiruan
~ Sekiranya digunakan akan menimbulkan masalah pada
pengguna atau pengurus PSS.

~ Aspek Teknikal
~ Suara latar, muzik dan dialog, ilustrasi tidak berkesan lagi
~ Teknik persembahan tidak sesuai lagi
~ Maklumat terlalu berkecamuk, terlalu kecil atau kabur

7.6.2 MENGHAPUSKIRA

7.6.2.1 Langkah-langkah

~ Dapatkan kelulusan daripada Setiausaha Bahagian Kewangan dan


Akaun Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan
Negeri.

NOTA : Gunakan borang-borang tertentu semasa membuat


permohonan kelulusan untuk hapuskira.

Untuk cara-cara menguruskan pembelian, sila rujuk Arahan


Perbendaharaan 169, 170, 172, 173, 174, 175, 175(a), 178, 326 (a) dan
(b)

Sekiranya menghadapi sebarang masalah, sila hubungi Bahagian


kewangan di Jabatan Pendidikan Negeri.

You might also like