You are on page 1of 4

PRESTASI DAN KEDUDUKAN KEWANGAN LEMBAGA TABUNG HAJI

BAGI SEMBILAN BULAN PERTAMA TAHUN 2019


TH BERADA DI LANDASAN KUKUH BAGI MENAMBAHBAIK PERKHIDMATAN KEPADA
PENDEPOSIT

KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat prestasi
dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi suku ketiga dan sembilan (9)
bulan pertama tahun 2019, dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta
langkah pengurusan kos secara berhemah.

Prestasi kewangan semakin baik

Bagi suku ketiga tahun 2019, TH telah berjaya memperoleh pendapatan sejumlah
RM0.9 bilion menjadikan pendapatan bagi tempoh sembilan (9) bulan pertama
tahun 2019 meningkat kepada RM2.1 bilion, dijana terutamanya daripada
pelaburan aset pendapatan tetap (RM1.1 bilion), pelaburan hartanah (RM0.4
bilion), pelaburan ekuiti (RM0.3 bilion) dan pelaburan instrumen pasaran wang
Islam (RM0.3 bilion). Keuntungan bersih juga telah meningkat kepada RM1.3 bilion
dengan suku ketiga merekodkan keuntungan sebanyak RM0.5 bilion hasil langkah
berterusan penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran.

Kedudukan kewangan kekal kukuh

Perubahan strategi pelaburan TH kepada aset pelaburan yang lebih stabil telah
berjaya mengurangkan tekanan daripada keadaan pasaran ekuiti yang tidak
menentu akibat ketegangan perang dagangan di peringkat global.

1
Pada 30 September 2019, kedudukan kewangan TH kekal kukuh dengan jumlah
aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM2.3 bilion, di mana jumlah aset adalah
RM73.4 bilion manakala jumlah liabiliti adalah RM71.1 bilion. Lebihan aset tersebut
didokong oleh rizab penyamaan hibah berjumlah RM0.4 bilion dan keuntungan
terkumpul berjumlah RM2.0 bilion yang boleh diagihkan.

Sokongan pendeposit kekal utuh

Kepercayaan dan sokongan para pendeposit kepada TH sebagai sebuah institusi


yang membantu umat Islam menyimpan dan melaksanakan ibadah haji kekal
utuh dengan jumlah simpanan pendeposit berada pada paras RM70.0 bilion
pada 30 September 2019. Sepanjang tiga bulan dalam suku ketiga 2019, lebih
daripada 87,000 akaun simpanan baharu telah dibuka, seterusnya meningkatkan
jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 9.43 juta.

Operasi Haji Musim 1440H/2019M telah selesai

Operasi Haji Musim 1440H/2019M telah selesai dengan ketibaan kumpulan terakhir
Jemaah Haji Malaysia menerusi penerbangan carter MH8383 yang mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 September 2019
yang lalu. Secara keseluruhannya, operasi haji tahun ini berjalan lancar tanpa
sebarang insiden besar yang tidak diingini. Pada Musim Haji 1440H/2019M ini juga,
kos haji keseluruhan yang ditanggung oleh TH adalah sekitar RM300 juta. TH
sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada Jemaah Haji
Malaysia setiap tahun.

-Tamat-

2
LEMBAGA TABUNG HAJI

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Malaysia pada tahun 1963 dan ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995
(Akta 535). TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini menyimpan wang
untuk mengerjakan haji. TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam perkhidmatan
simpanan, haji dan pelaburan. Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara, TH
berusaha untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam Malaysia dengan memanfaatkan
dana dan sumber sedia ada. TH komited memberi perkhidmatan cemerlang dan
memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah
mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif. TH mempunyai
lebih daripada 9 juta pendeposit dan 125 cawangan dengan lebih 10,000 'touch-points'
di seluruh negara. TH juga mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab
Saudi di bawah Konsulat Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan Tabung Haji, sila lawati
www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre di talian 03-6207 1919.
Keterangan lanjut mengenai siaran akhbar ini, sila hubungi:

Hamzil Mohamadan Mustakim Mohamad


Pengurus Kanan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Kumpulan
Korporat Kumpulan

Menara TH Tun Razak Menara TH Tun Razak


201 Jalan Tun Razak 201 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Tel: +603 20542582 Tel: +603 20275501
Faks: +603 21640436 Faks: +603 21648236
Emel: hamzil@lth.gov.my Emel: mustakim@lth.gov.my

You might also like